omniture

Ceritakan sejarah Hainan selama 100 tahun dengan 22 meter warisan

Hainan International Media Center (HIMC)
2021-07-03 07:23 488

HAIKOU, China, 3 Julai 2021 /PRNewswire/ -- Bayangkan mempelajari mengenai sejarah pembangunan Pulau Hainan dengan cara yang luar biasa dan sangat menarik, melalui gulungan kertas panjang seni kertas potongan yang indah! Pusat Media Antarabangsa Hainan (HIMC) telah menjemput sekumpulan artis kertas potongan, termasuk Huang Haitao dan Wei Qin yang telah memenangi pengiktirafan istimewa daripada Kerajaan Hainan atas kepakaran mereka, untuk bersama-sama mencipta The 100-Year Road and the Hainan Tide, gulungan kertas sepanjang 22-meter yang mempersembahkan 21 peristiwa penting dalam pembangunan Hainan sepanjang 100 tahun yang lalu iaitu sejak tahun 1921.

The team unrolled the 22-meter scroll for viewing under the Century Bridge, a landmark building in provincial capital Haikou. (Photo/HIMC)
The team unrolled the 22-meter scroll for viewing under the Century Bridge, a landmark building in provincial capital Haikou. (Photo/HIMC)

Mengapa kertas potongan dipilih sebagai wadahnya? Ini kerana selain daya tarikannya yang unik, seni ini merupakan warisan budaya China yang tak ketara. Kumpulan ini mengambil masa selama sebulan untuk mencipta karya agung ini dengan warna-warna merah dan putih tradisional.

"Ia merupakan karya kertas potongan terpanjang yang pernah saya lakukan dan juga yang paling mencabar," kata Huang Haitao, yang mempunyai pengalaman selama hampir 20 tahun. Beliau menceritakan bagaimana beliau mengusahakan bahagian gulungan kertas beliau dengan duduk di meja panjang di studio beliau. Pertama, beliau perlu menggariskan reka bentuknya dengan teliti, termasuk kelompok daun kelapa kecil, di atas kertas dengan pemotong, daunnya lebih kecil daripada kuku jari beliau. Kemudian, beliau menekan setiap daun perlahan-lahan dengan hujung kuku beliau dan memotong bentuk daun dengan berhati-hati sepanjang garisan, sedikit demi sedikit.

Huang Haitao, who led the papercut team, shows the part of the 22-meter scroll depicting the Boao Forum for Asia conference. (Photo/HIMC)
Huang Haitao, who led the papercut team, shows the part of the 22-meter scroll depicting the Boao Forum for Asia conference. (Photo/HIMC)

Pada 28 Mei, beliau memujuk beberapa orang artis lagi dan selepas membuat pertimbangan yang teliti, mereka memilih 21 peristiwa penting yang akan digambarkan oleh mereka. Ia termasuk Tapak Revolusioner Gunung Murui di mana tempat asal Revolusi Hainan berdiri teguh dan Red Detachment of Women, unit khas gerila wanita yang selanjutnya memberi inspirasi kepada opera, balet, malah filem. Kemenangan dalam Kempen Pembebasan Pulau Hainan pada tahun 1950 turut dipersembahkan di atas gulungan kertas tersebut.

Peristiwa-peristiwa daripada sejarah yang lebih mutakhir termasuk penubuhan Hainan sebagai sebuah wilayah pada tahun 1988 dan penubuhan Zon Ekonomi Khas Hainan yang seterusnya serta pelancaran pelan induk untuk Pelabuhan Perdagangan Bebas Hainan.

Gulungan kertas tersebut mengandungi 18 helaian kertas yang disambungkan bersama, setiap satu berukuran 60 cm hingga 130 cm panjang dan 68 cm lebar.

Lukisan merupakan tulang belakang gulungan kertas tersebut. Sebahagian besar latarnya merangkumi tumbuh-tumbuhan tempatan seperti pokok kelapa dan pokok banyan. Seni bina yang digambarkan mencerminkan transformasi daripada pondok jerami masyarakat etnik Li yang tinggal di pulau tersebut sehinggalah pembinaan moden yang dilambangkan dengan Century Bridge.

Pada 29 Jun, gulungan kertas tersebut akhirnya digantung. "Walaupun kerja-kerja yang terlibat adalah sangat sukar, kami berjaya melakukannya dengan usaha bersepadu daripada pasukan kami," kata Huang Haitao. "Ia membuatkan saya berfikir mengenai kekuatan negara yang bekerjasama secara solidariti untuk menangani segala kesukaran hingga akhirnya berjaya mencapai kemenangan."

Klik pautan untuk melihat gulungan kertas tersebut:
https://file590cbb74f209.vrh5.cn/v3/idea/VUV9K3zM?suid=396E5BAE-34F7-49A9-9B37-001D595E72AF&sl=1#suid=ohAJ7weovJ0xS_b5-tTLaLxKLpWo&sl=1 

Klik pautan untuk melihat dokumentari pembuatan gulungan kertas tersebut:
http://www.hicn.cn/system/2021/07/01/032576588.shtml 

 

Source: Hainan International Media Center (HIMC)
Keywords: Art Banking/Financial Service Entertainment Publishing/Information Service Economic news, trends, analysis