omniture

Hisense Menjadi Jenama TV Pertama Dunia Peroleh Pensijilan Privasi mengikut Reka Bentuk TÜV Rheinland Berdasarkan ETSI EN 303 645

Hisense
2021-07-05 08:25 80

QINGDAO, China, 5 Julai 2021 /PRNewswire/ -- TÜV Rheinland Rantau Besar China (TÜV Rheinland) memberikan pensijilan standard keselamatan siber produk dan perlindungan privasi ETSI EN 303 645 (IoT) kepada TV pintar platform VIDAA 72671 Hisense Visual Technology Co., Ltd pada 25 Jun 2021. Hisense menjadi jenama TV yang pertama di dunia menerima sijil tersebut. Dr Chen Weikang, Naib Presiden Perkhidmatan Perindustrian Aliran Perniagaan & Keselamatan Siber di TÜV Rheinland Rantau Besar China dan Jurutera Kanan; Zhao Bin, Pengurus Besar Perkhidmatan Perindustrian & Keselamatan Siber TÜV Rheinland Rantau Besar China; Yu Zhitao, Naib Presiden Hisense Group Holdings Co., Ltd. dan Liu Yong, Penolong Naib Presiden Hisense International serta ahli-ahli lain menghadiri Majlis Penandatanganan Perjanjian Kerjasama Strategi berkenaan.

 

 

TÜV Rheinland Mengeluarkan Sijil Privasi mengikut Reka Bentuk kepada Hisense
TÜV Rheinland Mengeluarkan Sijil Privasi mengikut Reka Bentuk kepada Hisense

"TÜV Rheinland dan Hisense sentiasa menjadi rakan kongsi termaklum dalam bidang keselamatan siber dan perlindungan privasi. Dengan memberikan sijil ETSI EN 303 645 yang pertama di dunia TÜV Rheinland menunjukkan usaha tidak henti-henti oleh kedua-dua pihak terhadap penemuan ulung teknologi dan standard kualiti yang lebih tinggi," kata Dr Chen.

Pada bulan Jun 2020, European Telecommunication Standards Institute (ETSI) bersama pengeluar produk yang berkaitan, dunia akademik dan kerajaan, mengeluarkan standard baharu ETSI EN 303 645 secara rasmi, yang mengawal selia keperluan dasar keselamatan siber untuk produk IoT pengguna seperti perlindungan privasi pengguna, pencegahan serangan rangkaian utama dan sebagainya. Standard ETSI EN 303 645 menyediakan kaedah penilaian praktikal untuk mengehadkan penjenayah siber daripada mengawal peranti global, melancarkan serangan DDoS, melombong mata wang kripto atau mengintip pengguna. Ia juga mengurangkan risiko ketirisan data peribadi. Standard tersebut menilai produk daripada dua aspek: peruntukan keselamatan siber dan peruntukan perlindungan privasi data, memfokuskan pada langkah-langkah kawalan teknikal dan langkah-langkah organisasi untuk memerangi kesilapan keselamatan siber dan menangani serangan rangkaian utama terhadap kerentanan keselamatan siber.

 

 

Hisense dan TÜV Rheinland menandatangani perjanjian kerjasama strategik
Hisense dan TÜV Rheinland menandatangani perjanjian kerjasama strategik

Melalui pensijilan ini, TÜV Rheinland menilai prestasi produk Hisense mengikut peraturan keselamatan siber dan keperluan perlindungan privasi standard ETSI EN 303 645. Di samping itu, TÜV Rheinland menjalankan penilaian produk yang komprehensif dengan menggunakan audit penilaian reka bentuk dan penentusahan berkaitan keselamatan yang komprehensif. Pasaran Eropah sentiasa menjadi bahagian yang penting dalam strategi globalisasi Hisense. Sebagai penaja rasmi EURO 2016 dan EURO 2020, Hisense memahami keperluan pasaran dan pengguna Eropah serta sentiasa komited untuk meningkatkan perlindungan privasi produk dan keselamatan data dalam pasaran Eropah melalui penyelidikan dan pembangunan teknologi, pelaksanaan strategi penyetempatan dan menaja acara sukan terkemuka. Sebagai jenama TV yang utama di dunia, Hisense akan memfokuskan pelaburan penyelidikan dan pembangunan serta memberi perhatian kepada perlindungan data dan akhirnya menjadi jenama yang paling andal di dunia!

Hubungan Media:
Lori Luo (Pasukan Perhubungan Awam Ogilvy)
Tel: +86-135-1278-4739
Emel: lori.luo@ogilvy.com / HisenseGlobal@ogilvy.com

 

 

 

 
Source: Hisense
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics High Tech Security