omniture

Country Garden Keluarkan Laporan Kemampanan 2020

Country Garden Holdings
2021-07-05 08:28 2467

Laporan tersebut menunjukkan komitmen syarikat terhadap pembangunan mesra alam dan berfokuskan kualiti

FOSHAN, China, 5 Julai 2021 /PRNewswire/ -- Pada 28 Jun, pemaju hartanah Cina Country Garden (HK:2007) mengeluarkan Laporan Kemampanan 2020, yang menunjukkan secara sistematik amalan dan pencapaiannya yang terkini dalam bidang Persekitaran, Sosial dan Tadbir Urus (ESG).

Mencipta kehidupan lebih baik dengan menggalakkan inovasi dalam teknologi  

Menurut laporan ini, dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Country Garden mengalami transformasi secara aktif menjadi sebuah syarikat teknologi terpelbagai yang mencipta kehidupan yang bahagia buat dunia. Selain daripada perniagaan hartanahnya, pengurusan hartanah dan perniagaan hotel yang berkaitan, syarikat ini turut memperluas kehadirannya dalam sektor robotik pintar dan pertanian moden. Sebagai peneraju dalam pembuatan pintar untuk pembinaan, Country Garden merupakan perintis dari segi inovasi bagi kaedah pembinaan. Dengan menjalin kerjasama bersama subsidiarinya Bright Dream Robotics dan menggunakan model pembinaan Robot+BIM+Pasang Siap, syarikat ini mencabar masalah penuh ranjau dalam industri ini secara terus dan mencapai kemajuan yang besar dalam keselamatan tapak, kualiti projek, kecekapan dan pengurangan pencemaran. Sehingga akhir tahun 2020, Bright Dream Robotics mempunyai 49 robot pembinaan yang dibangunkan dengan jumlah kawasan projek perintis melebihi 300,000 meter persegi.

Country Garden turut mempercepatkan penggunaan robot katering di seluruh China. Subsidiari milik penuh syarikat, Qianxi Robotics Group telah membangunkan lebih 80 peranti robotik dan sistem perisian yang berupaya untuk menyediakan dan menyajikan masakan Cina, makanan panas dan mee, antara jenis makanan yang lain.

Country Garden juga komited untuk membangunkan perniagaan pertanian modennya. Pada tahun 2020, Country Garden Agriculture mendaftar enam paten bagi Bifidobacterium adolescentis dan aplikasinya, iaitu penanda molekul penampilan beras serta amplifikasi PCR langsung daun sekoi. Syarikat ini mewujudkan banyak projek berfokuskan kualiti secara beransur-ansur termasuk "Lembah Benih China" Wuhan Hannan, Taman Industri Pertanian Zhaoqing dan Taman Industri Pertanian Yunnan Baoshan.

Menjadi lestari dan mesra alam telah menjadi prinsip panduan Country Garden apabila melibatkan operasi

Berpandukan falsafah perniagaannya untuk menjadi lestari dan mesra alam, Country Garden telah mencapai pembangunan mampan dari segi bangunan lestari dan pembinaan lestari. Pada tahun 2020, syarikat ini membina 64 projek baharu selaras dengan standard penilaian kebangsaan untuk bangunan lestari, yang mana 46 daripadanya diperakui sebagai bangunan lestari GB. Selain itu, 6 projek dibina berdasarkan standard LEED, dengan kawasan tergabung berkeluasan 39,454 meter persegi, serta 111 projek bandar 'span' dengan kawasan lantai mencapai 7.7682 juta meter persegi.

Laporan ini mendedahkan prestasi persekitaran mengikut standard antarabangsa dan keperluan domestik yang ketat. Emisi karbon dioksida Country Garden telah menurun sebanyak lebih daripada 39% selama tiga tahun berturut-turut, menetapkan penanda aras bagi penjimatan tenaga dan pengurangan karbon dalam seluruh industri ini. 

Country Garden komited untuk sentiasa meningkatkan pengurusan ESGnya. Pada bulan Disember 2020, syarikat ini berjaya melancarkan platform pengurusan data ESG, lalu mempercepatkan transformasi digital tadbir urus korporat.

Memperdalam penglibatannya dalam aktiviti kebajikan dan khidmat sosial

Selama bertahun-tahun, Country Garden terlibat secara aktif dalam aktiviti kebajikan dan khidmat sosial sekali gus memenuhi tanggungjawab sosialnya.

Setakat ini, Country Garden telah menderma sebanyak lebih daripada 8.7 bilion yuan kepada program kebajikan awam di China dan mengambil bahagian dalam projek bantuan kemiskinan bersasar di 57 daerah merentas 16 wilayah, membebaskan lebih 490,000 orang keluar daripada belenggu kemiskinan.

Country Garden telah diiktiraf oleh banyak institusi berwibawa atas usahanya yang tidak henti-henti dalam menyokong pembangunan mampan. Syarikat tersebut mendaki ke kedudukan ke-147 dalam senarai 2020 Fortune Global 500, menjadikannya sebagai pemaju hartanah berkedudukan tertinggi bagi senarai tersebut. Pada tahun 2021, Country Garden menduduki tempat ke-140 dalam penarafan Forbes Global 2000 syarikat-syarikat awam yang terbesar di dunia, mewakili tahun ke-12 berturut-turut syarikat ini dimasukkan ke dalam senarai berkenaan.

Memandang ke hadapan, Country Garden akan terus menggalakkan pembangunan mampan. Sebagai respons kepada sasaran kerajaan Cina untuk mencapai emisi puncak menjelang tahun 2030 dan keneutralan karbon menjelang tahun 2060 dan dengan tanggungjawab sosial korporat serta perlindungan alam sekitar yang diutamakan, syarikat ini merancang untuk meneruskan pembangunannya yang berkualiti tinggi dan mampan dengan tujuan untuk berjaya dalam abad-abad seterusnya yang akan datang.

Source: Country Garden Holdings
Related Stocks:
HongKong:2007 OTC:CTRYY
Keywords: Banking/Financial Service Overseas Real Estate (non-US) Real Estate Corporate Social Responsibility Environmental Issues