SEOUL, Korea Selatan, 5 Julai 2021 /PRNewswire/ -- Carrot General Insurance Corp. ("Carrot" atau "Syarikat"), penyedia insurans digital-sahaja yang pertama di Korea Selatan, mengumumkan pada hari Jumaat bahawa penawaran hak ("Penawaran Hak") telah ditutup dengan jayanya dengan perolehan kasar mencecah ₩100 bilion (US $88.7 juta). Jumlah perolehan tersebut bersamaan dengan langganan haknya yang diterbitkan oleh syarikat untuk modal pengasasnya pada tahun 2019 yang lalu.
Syarikat insurans bukan nyawa digital telah menjadi topik hangat dalam lingkungan insurans dan pelaburan sejak ia diwujudkan melalui perkongsian bersama antara pelabur-pelabur terkemuka iaitu Hanhwa, SK Telecom, Hyundai Motors, Altos Ventures dan Stic Investments. Justeru itu, pusingan penawaran yang terkini dilihat mengesahkan lagi kepercayaan dan keyakinan pemegang kepentingan terhadap potensi pertumbuhan masa depan dan strategi perniagaannya.
Dunia berkembang pada kadar yang pantas dengan teknologi membuka jalan ke hadapan, namun begitu kadar inovasi bergerak perlahan untuk mencapai sektor insurans jangka panjang. Walau bagaimanapun, pendatang baharu seperti Carrot telah melakar kejayaan dan mengubah status quo, dengan Carrot menjadi sebuah syarikat terkenal yang menyumbang dalam industri teknologi kewangan bagi membentuk semula pengalaman pengguna dengan menawarkan perlindungan moden yang berasaskan teknologi dan dalam masa yang sama menerajui transformasi digital.
Menyaksikan pertumbuhan Keluk-J yang mantap, baru-baru ini, syarikat Teknologi Insurans tersebut mencapai 200 ribu pelanggan baharu untuk perlindungan insurans kenderaan bayar-setiap-batu dalam tempoh kurang daripada 2 tahun sejak melancarkan produk tersebut. Konsep baharu Carrot iaitu 'bayar hanya untuk berapa batu yang dipandu, pada hujung bulan', 'kelihatan diterima baik oleh pasaran. Selain itu, syarikat tersebut turut mengumumkan kepada orang ramai bahawa ia sedang membangunkan model bayar-bagaimana-anda-pandu (UBI) yang menghitung premium berdasarkan faktor-faktor risiko yang berkaitan dengan tingkah laku pemandu. Perlindungan UBI mereka akan diaplikasikan untuk lanjutan vertikal yang selanjutnya termasuk perlindungan untuk motor, e-panggilan, kereta sewa dan pengangkutan dengan matlamat untuk mengurangkan tuntutan serta kadar kemalangan dan dalam masa yang sama menggalakkan corak memandu yang selamat dan menjimatkan, menurut jurucakap Carrot.
Selain daripada analisis data pemanduan proprietari Carrot dan aplikasi peranti laluan kenderaan/IoT untuk insurans kenderaannya, ia turut memacu inovasi teknologi yang selanjutnya dalam produk-produk lain. Perlindungan atas permintaan meliputi untuk pengembara, pemain golf dan aktiviti sukan dan riadah lain, dengan ciri-ciri Diambil atau Dihentikan mengikut keperluan dan corak gaya hidup pengguna merupakan beberapa produk yang boleh dibeli serta merta melalui aplikasi atau platform web mereka. Perkongsian B2B2C Carrot dengan platform-platform e-dagang utama membolehkan penjualan terbenam dan meluaskan pengedaran.
Mengambil bahagian dalam peningkatan modal terkini ialah para pemegang saham sedia ada Syarikat dan T-Map Mobility, penyedia perkhidmatan navigasi No.1 negara, yang baru menyertai melalui penguntukan pihak ketiga untuk kepentingan 5% kuasa mengundi. Hanhwa Group, pemegang saham terbesar syarikat menyumbang sebanyak ₩61.6 bilion ($55 juta) dalam penawaran ini, yang kini memberi kepentingan mengundi syarikat sebanyak 56.6% kepada Hanhwa, meningkat daripada 51.6% sebelum pusingan, manakala SK Telecom memegang kepentingan sebanyak 10%, Hyundai Motor Group 3.5%, Altos Ventures 9.9% dan Stic Investments 15%.
"Kami teruja dengan sokongan daripada pemegang saham kami dan gembira kerana berupaya untuk memperuntukkan modal tambahan ini. Pusingan penawaran semasa ini dirancang terlebih dahulu daripada penubuhan usaha niaga tersebut, namun begitu, saiz sumbangan telah meningkat tatkala pemegang saham kami menyedari keupayaan inovasi Carrot dan potensi pertumbuhan masa depan," kata Ketua Pegawai Eksekutif Carrot Paul Jung. "Penawaran tersebut menempatkan Carrot untuk mengukuhkan lagi daya saing, memacu pertumbuhan masa depan dan akan mempercepatkan langkah untuk kami membawa masa depan insurans ke pasaran." Beliau menyambung, "Saya berbangga untuk berkongsi bahawa walaupun dengan persekitaran ekonomi tempatan dan global yang mencabar, masih terdapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada pemegang saham kami dan saya ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka atas kepercayaan dan keyakinan berterusan mereka terhadap Carrot."