omniture

Kemudahan pembuatan baharu GoodWe akan tingkatkan kapasiti pengeluaran kepada 1.2 juta unit setiap tahun

GoodWe
2021-07-06 08:52 65

SUZHOU, China, 6 Julai 2021 /PRNewswire/ -- Pada 22 Mei, GoodWe menganjurkan majlis perasmian untuk fasa II tapak pembuatan Guangde. Ketua Pegawai Eksekutif & pengasas GoodWe Daniel Huang, Lembaga Pengarah dan Pemegang Saham meletakkan batu asas bagi menandakan permulaan projek berkenaan.

Sejak penyenaraian saham GoodWe pada tahun 2020, modal pelabur telah mendorong syarikat menuju tahap pembangunan pesat yang baharu. Dengan penghantaran terkumpul mencecah lebih daripada dua juta penyongsang solar dan pemasangan 23GW di lebih daripada 100 negara dan wilayah, GoodWe dijangka akan menjadi peneraju bagi utiliti, C&I dan penyimpanan tenaga yang amat sepadan dengan permintaan dan trend pasaran Malaysia.

Lokasi strategik Guangde akan melancarkan akses mudah kepada peluang pasaran yang besar di kawasan ekonomi Delta Sungai Yangtze. Lebih 52 juta USD dilaburkan dalam pembinaan kilang pengeluaran seluas 68,000 m2 yang akan membolehkan GoodWe mencapai kapasiti pengeluaran sebanyak 25GW dan memenuhi permintaan yang semakin meningkat.

Daniel Huang berkata: "Menerusi fasa II tapak pembuatan Guangde kami, kapasiti pengeluaran syarikat, imej dan pengaruh industri akan bertambah baik dengan cepat. GoodWe akan dapat memenuhi permintaan global yang semakin meningkat untuk produk PV dan pasaran kami dijangka meningkat dengan pantas. GoodWe akan memanfaatkan sepenuhnya pertumbuhan pesat industri solar, terus menumpukan usahanya terhadap teknologi elektronik kuasa sebagai terasnya dan dalam masa yang sama mengembangkan pengaruhnya dalam bidang fotovolta, penyimpanan tenaga, tenaga pintar dan lain-lain serta mewujudkan era baharu tenaga pintar. GoodWe bertekad untuk menjadi daya penggerak utama dalam peralihan tenaga global dan mencipta masa depan yang lestari untuk bumi, umat manusia dan generasi-generasi masa depan."

Latar Belakang GoodWe:

GoodWe ialah pengeluar penyongsang PV dan penyelesaian penyimpanan tenaga yang terkemuka di dunia dan disenaraikan sebagai syarikat awam berhad di Shanghai Stock Exchange (Kod Saham: 688390). GoodWe memiliki lebih daripada 2000 pekerja yang berada di 15 negara berbeza dan dianggap sebagai penyongsang penyimpanan No.1 Global oleh Wood Mackenzie pada tahun 2020. GoodWe turut disenaraikan sebagai salah satu daripada 10 pembekal penyongsang terunggul oleh IHS Markit dan telah menerima lima Anugerah 'All Quality Matters' TÜV Rheinland secara berturut-turut. Dengan lebih daripada 500 pekerja di dua pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D), GoodWe dapat menawarkan portfolio produk dan penyelesaian yang komprehensif untuk sistem PV berskala kediaman, komersial dan utiliti, memastikan agar prestasi dan kualiti wujud seiringan dalam seluruh rangkaian.

www.goodwe.com

Source: GoodWe
Related Stocks:
Shanghai:688390
Related Links:
Keywords: Alternative Energies Environmental Products & Services Machinery Mining/Metals Utilities Corporate Expansion