--Kembar Pintar Pelabuhan Percepatkan Penaiktarafan Pelabuhan & Industri Perkapalan
SHANGHAI, 7 Julai 2021 /PRNewswire/ -- Pada 25 Jun, Shanghai International Port Group (SIPG) melancarkan projek pusat arahan dan kawalan pintarnya dengan sokongan daripada Cawangan Shangdong, NeZha Technology dan Huawei. Ini merupakan projek pertama di dunia yang mengaplikasikan teknologi perangkaian optik untuk kawalan jauh terpusat di pelabuhan -- menandakan pencapaian besar dalam operasi pelabuhan pintar generasi seterusnya. Di upacara pelancaran, Cawangan Shangdong, NeZha Technology dan Huawei turut menandatangani Perjanjian Kerjasama Inovasi Kembar Pintar Pelabuhan bagi menegaskan hasrat ketiga-tiga pihak untuk meneruskan kerjasama mereka dalam membina pelabuhan pintar yang bertaraf dunia sekali gus menggalakkan transformasi digital SIPG.
Berbanding dengan generasi rangkaian tetap terdahulu, teknologi perangkaian optik Huawei menawarkan lebar jalur yang lebih baik, kependaman lebih rendah, keandalan lebih tinggi dan lebih banyak sambungan, berupaya untuk memenuhi keperluan IoT industri daripada pelabuhan pintar. Hasil daripada ciri-ciri lebihan dan keandalannya yang utama dalam pasaran, seni bina optik yang direka bentuk untuk projek ini memastikan sambungan yang selamat dan andal untuk pelbagai aplikasi kawalan jauh yang memandu jentera pelabuhan, di samping turut mengaktifkan operasi pelabuhan yang lebih pintar, perubahan yang lancar dan perlindungan pelaburan berorientasikan masa depan.
"Projek ini menandakan aplikasi praktikal pertama kawalan jauh terpusat di kawasan bandar melalui peralatan pelabuhan menggunakan rangkaian optik termaju. Ia mengetengahkan komitmen kami terhadap inovasi dan penggunaan teknologi canggih dalam usaha untuk menetapkan kedudukan kami sebagai peneraju dalam pasaran. Ketika ini, kami membina pelabuhan yang pintar, mesra alam, berteknologi tinggi dan cekap. Kami memanfaatkan peluang yang dibawakan oleh transformasi digital, mengoptimumkan model operasi dan pengurusan pelabuhan kami. Berpandukan Rancangan Lima-Tahun ke-14, SIPG akan terus membangunkan hab perkapalan yang bertaraf dunia. Bagi mencapai matlamat ini, kami menyasarkan untuk membina industri pelabuhan digital yang kompetitif di peringkat antarabangsa dan mempercepatkan pembangunan Pusat Perkapalan Antarabangsa Shanghai serta pelabuhan yang hebat. Visi kami adalah untuk menjadi pengendali terminal dan pembekal perkhidmatan logistik pelabuhan yang terkemuka di dunia," kata En. Gu Jinshan, Pengerusi SIPG.
Terminal Automatik Terbesar Dunia dengan Tindak Balas Kecemasan Lebih Baik dan Operasi Tanpa Gangguan
SIPG berada di barisan hadapan inovasi, membina pelabuhan mesra alam pintar yang bertaraf dunia untuk mendorong pembangunan ekonomi.
Pusat arahan dan kawalan pintar untuk kawalan jauh terpusat di kawasan bandar menggunakan rangkaian optik termaju digunakan di Fasa IV Pelabuhan Yangshan – terminal kontena terbesar dan paling automatik di dunia. Terminal ini meliputi 2,350 meter garis pesisir dan menempatkan tujuh himpitan kontena air dalam, 21 kren kapal-ke-pantai (STG), 108 kren gantri dipasang di rel (RMG) dan 125 kenderaan berpandu automatik (AGV). Beroperasi sejak Disember 2017, Fasa IV Pelabuhan Yangshan meningkatkan serta merta daya pemprosesan kontenanya dan mengendalikan 11 juta TEU setakat ini. Bahkan, terminal ini terus mencatat pelbagai rekod. Kapasiti pengendalian maksimum sepanjang masanya melebihi 21,000 TEU dan kren STGnya berulang kali menjalankan lebih 1000 operasi dalam hari kalendar. Tahap pengeluaran ini menonjolkan keberkesanan sistem automatik sekali gus turut menguji kestabilannya.
Dengan teknologi perangkaian optik yang mempunyai kependaman yang rendah dan keandalan tinggi, arahan dan kawalan ke atas kren pangkalan (QC) serta kren limbungan tidak lagi berlaku di pelabuhan. Sebaliknya, kawalan jauh dilaksanakan dari Taman Logistik Tongsheng dan pusat bandar Shanghai. Terletak sejauh lebih 100 km dari pelabuhan, pengendali jarak jauh mengawal pelbagai peralatan pelabuhan berat dari satu titik ke pelbagai lokasi. Ini membawa banyak kelebihan seperti pengurangan kekerapan berulang alik untuk kakitangan, kebolehramalan ketersediaan kakitangan yang lebih baik dan daya tarikan tempat kerja.
Kawalan jauh divisualisasikan merupakan komponen penting kerana ia dapat meningkatkan kecekapan operasi pelabuhan dengan ketara. Projek ini membolehkan SIPG meningkatkan tindak balas kecemasan terminal dan keupayaan perkhidmatan tanpa gangguan dalam keadaan yang luar biasa seperti keadaan cuaca yang melampau. Ini menunjukkan komitmen SIPG dalam menyampaikan perkhidmatan yang stabil dan cekap kepada pelanggannya dan melambangkan langkah penting dalam membina Pusat Perkapalan Antarabangsa Shanghai.
Perangkaian Optik Membolehkan Kawalan Pelabuhan Jarak Jauh Terpusat Pertama Dunia dari Jarak 100 km
Dalam pelabuhan pintar, sebahagian besarnya rangkaian optik digunakan dalam penyelesaian Huawei OTN untuk melaksanakan saling sambungan WAN antara pelabuhan serta dalam penyelesaian Huawei Industry OptiX bagi mengawal peralatan pelabuhan besar dengan tepat dan cekap. Projek ini dilihat sebagai projek 'rumah api' untuk aplikasi perangkaian optik dalam aspek-aspek berikut:
· Pertama, teknologi perangkaian optik diaplikasikan dalam bidang kawalan industri (kawalan QC) buat kali pertama untuk merealisasikan penggunaan "gentian-ke-mesin" yang akan membantu mencipta semula seni bina rangkaian pelabuhan besar. Teknologi Peruntukan Lebar Jalur Dinamik Dipertingkat (eDBA) memberi lebar jalur tetap dan parameter QoS ke saluran yang membawa perkhidmatan kawalan industri dan lebar jalur fleksibel untuk membawa video definisi ultra-tinggi (UHD), melaksanakan kawalan QC jarak jauh yang lebih lancar melalui teknologi konvensional. Tambahan pula, teknologi perangkaian optik memudahkan lapisan rangkaian dan membawa rangkaian mesin dan kampus secara berpusat, dengan sistem pengurusan rangkaian divisualisasikan (NMS) yang mengurangkan beban kerja O&M sebanyak 60%.
· Kedua, ini merupakan aplikasi pertama teknologi perangkaian optik kepada WAN tulang belakang bagi pelabuhan besar. Lebuh raya data optik sepenuhnya dibina antara pelabuhan yang terpisah secara geografi, mencapai keupayaan penghantaran yang luar biasa dengan kapasiti ultra-besar Tbit/s, kependaman rendah paras-μs dan getaran sifar bagi jarak melebihi 100 km. Penghantaran sedemikian mewujudkan kemungkinan yang tidak terhingga untuk aplikasi teknologi baharu dan Kembar Pintar Pelabuhan. Ini dapat mempercepatkan lagi transformasi digital industri pelabuhan dan potensi kolaborasi perkhidmatan SIPG secara besar-besaran.
Membina Kembar Pintar Pelabuhan untuk Mendorong Pembangunan Ekonomi Digital
En. Wang Guoyu, Presiden Unit Perniagaan Pengangkutan Global Huawei Enterprise BG, berkata: "Huawei membangunkan 'Kembar Pintar Pelabuhan' merentas seluruh proses, seni bina perkhidmatan dan kitaran hayat pelabuhan pintar berdasarkan kepada inovasi aplikasi dan pengumpulan ekosistem. Kami menggunakan teknologi digital — seperti awan dan visi pintar — untuk berintegrasi secara mendalam dengan senario perkhidmatan industri-industri tradisional dan memanfaatkan ICT baharu bagi meningkatkan kecerdasan dan kuasa pengkomputeran. Dengan berbuat demikian, kami dapat mendayakan pendigitalan dan penaiktarafan industri, mewujudkan produktiviti baharu untuk perusahaan intensif-buruh konvensional dan mendorong pembangunan ekonomi digital."
Memfokuskan Semangat Navigasi dalam Era Baharu dan Mempercepatkan Transformasi serta Penaiktarafan Industri Perkapalan
Cawangan Shangdong, NeZha Technology dan Huawei menandatangani Perjanjian Kerjasama Inovasi Kembar Pintar Pelabuhan. Dengan matlamat untuk mewujudkan pembekal perkhidmatan pelabuhan komprehensif yang bertaraf dunia, ketiga-tiga pihak akan melabur dan membina projek-projek besar, berpandukan oleh penggunaan teknologi canggih dan membangunkan aplikasi demonstrasi industri. Ketiga-tiga pihak tersebut juga akan menghimpunkan bakat terunggul, teknologi dan sumber modal bagi memperkasa transformasi digital SIPG setinggi yang mungkin.
Bagi tujuan mengumpul dan menyampaikan amalan serta kaedah transformasi digital yang berjaya kepada pelabuhan-pelabuhan di seluruh dunia, ketiga-tiga pihak tersebut menubuhkan pusat inovasi Kembar Pintar Pelabuhan bersama yang dapat mencapai pengesanan, saling sambungan dan kecerdasan semua-senario. Mereka akan memperkukuh kerjasama dalam pembinaan pelabuhan pintar, penaiktarafan perkhidmatan asas, inovasi teknologi dan pemupukan bakat. Bertujuan untuk membina pelabuhan yang bertaraf dunia, mereka akan mempercepatkan penambahbaikan kecerdasan, kecekapan dan pengalaman SIPG keseluruhan.
Huawei akan memanfaatkan sepenuhnya produk dan kelebihan teknikalnya bagi menyediakan produk, penyelesaian dan perkhidmatan ICT yang komprehensif serta cekap untuk SIPG, lalu mendorong lagi pertumbuhan pendigitalan kumpulan ini. Ketiga-tiga pihak juga akan terus bekerjasama untuk menggalakkan pembinaan pelabuhan mesra alam dengan bantuan daripada teknologi kuasa digital Huawei yang terkemuka.