omniture

Ingersoll Rand Lancar Pemampat Putaran Skru Siri GDK Baharu

Ingersoll Rand
2021-07-07 12:00 302

MELBOURNE, Australia, 7 Julai 2021 /PRNewswire/ -- Ingersoll Rand Inc. (NYSE:IR), penyedia bertaraf global bagi penciptaan aliran misi kritikal dan penyelesaian industri, dengan bangganya melancarkan pemampat putaran skru berminyak pelincir Siri GDK baharu yang berkecekapan tinggi.

Siri GDK ini merupakan barisan produk pertama di Asia Pasifik yang mengintegrasikan dan memanfaatkan teknologi inovatif daripada Ingersoll Rand dan Gardner Denver's Industrial Group, susulan penggabungan kedua-dua syarikat ini. Menggabungkan reka bentuk kejuruteraan termaju, teknologi bertaraf dunia dan kawalan kualiti yang ketat berserta sumber dan kepakaran global, Siri GDK memberikan kitaran hayat dan kos kendalian antara terendah dalam pasaran; menghasilkan antara pemampat dengan nilai terbaik yang boleh didapati hari ini.

Dikuasakan oleh motor Magnet Kekal Hibrid (HPM) hasil ciptaan Ingersoll Rand, Siri GDK merangkumi sepuluh model baharu yang dapat menampung pelbagai kadar aliran, bermula antara 0.81 m3/min sehingga 13.41 m3/min. Direka bentuk untuk menyampaikan kelajuan boleh ubah berkecekapan tinggi yang utama dalam kelasnya serta prestasi yang cemerlang, Siri GDK merupakan penyelesaian ideal untuk pelbagai jenis industri dan aplikasi; termasuk pembaikan automotif, pembuatan kabinet, pempakejan dan pembuatan am.

Pemampat Putaran Skru Siri GDK Gardner Denver
Pemampat Putaran Skru Siri GDK Gardner Denver

Motor Magnet Kekal Hibrid memberi penjimatan tenaga yang signifikan

Motor HPM hasil ciptaan Ingersoll Rand ialah unit dengan kadar IE5, IP66 yang direka bentuk untuk kecekapan dan keandalan maksimum. Menampilkan reka bentuk kompak iaitu 30% lebih kecil berbanding motor frekuensi boleh ubah konvensional, motor HPM GDK dapat disambungkan terus ke rotor jantan aliran pemampat udara. Konfigurasi unik ini menghapuskan kehilangan tenaga daripada rangkaian pemacu yang dialami dalam reka bentuk pemampat konvensional, lalu mengurangkan penggunaan tenaga dengan ketara. Digabungkan dengan pemegun belitan boleh tanggal, penyelenggaraan dan perkhidmatan unit ini adalah lebih mudah, yang membantu mengurangkan lagi kos.

Kawalan penuh memberi produktiviti maksimum

Pemampat Siri GDK menggunakan pengawal skrin sentuh pintar termaju LE-120. LE-120 ini memberi kawalan yang ringkas dan mesra pengguna untuk sistem udara termampat. Pemantauan komponen kritikal yang berterusan, digabungkan dengan kawalan "pintar", membolehkan LE-120 mengoptimumkan operasi pemampat bagi memenuhi keperluan udara termampat hiliran. Ini membolehkan Siri GDK menyediakan operasi andal yang dapat memberi tekanan yang stabil dan konsisten; memaksimumkan produktiviti dan membantu mengurangkan masa henti sistem biarpun dalam aplikasi industri yang paling mencabar.

Latar Belakang Ingersoll Rand Inc.

Ingersoll Rand Inc. (NYSE:IR), didorong oleh semangat keusahawanan dan penetapan minda pemilikan, berdedikasi untuk membantu menjadikan kehidupan lebih baik buat kakitangan, pelanggan dan komuniti kami. Pelanggan bergantung pada kami untuk kecemerlangan dipacu teknologi kami dalam penciptaan aliran misi kritikal dan penyelesaian industri dalam lebih 40 jenama yang disegani yang mana produk dan perkhidmatan kami cemerlang dalam keadaan yang paling rumit dan sukar. Portfolio produk kami terdiri daripada pemampat udara, pam, peniup dan sistem untuk pengurusan cecair, pemuatan dan pengendalian bahan, serta alat kuasa. Menerusi lebih 16,000 pekerja di seluruh dunia, pasukan kami membangunkan pelanggan sepanjang hayat melalui komitmen harian mereka terhadap kepakaran, produktiviti dan kecekapan. Untuk maklumat lanjut, kunjungi www.IRCO.com.

 

 

 

Siri GDK Gardner Denver Pemampat Skru Putaran

 

 

 

Source: Ingersoll Rand
Related Stocks:
NYSE:IR
Keywords: Machine Tools, Metalworking and metallurgy Machinery Mining/Metals New products/services