omniture

GWM Rancang Labur RMB 100 bilion dalam R&D Sasar Bidang Tenaga Baharu dan Pintar dalam Lima Tahun Akan Datang

GWM
2021-07-08 19:55 219

BAODING, China, 8 Julai 2021 /PRNewswire/ -- Baru-baru ini, GWM mengadakan Festival Teknologi ke-8 di Baoding bertempat di ibu pejabatnya. Di majlis perasmian, Pengerusi GWM Jack Wei menegaskan bahawa kereta pintar berpacu tenaga bersih generasi seterusnya akan membentuk corak pembangunan industri automobil masa depan yang baharu. GWM merancang untuk melabur sebanyak RMB 100 bilion dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) lima tahun akan datang untuk NEVS dan kenderaan pintar, bagi menawarkan produk yang lebih mesra alam, lebih pintar dan lebih selamat kepada pengguna global.

Laporan rasmi menunjukkan bahawa, dalam bidang tenaga baharu, bateri kuasa "Dayu" yang diperkenalkan oleh GWM dapat memadamkan kebakaran dan letupan sebaik sahaja sel-sel daripada sistem kimia yang berbeza melintasi larian terma, lalu dapat menghapuskan kebimbangan pengguna mengenai keselamatan kenderaan elektrik. Dalam bidang kuasa hibrid pula, DHT hibrid L.E.M.O.N. pertama di dunia yang dilancarkan oleh GWM membolehkan pertukaran minyak-ke-elektrik berdasarkan kecerdasan tempat kejadian, membolehkan kadar penjimatan bahan api mencapai setinggi lebih 50% dalam keadaan operasi bandar. Semakin tinggi kelajuan kenderaan dalam keadaan operasi lebuh raya, semakin tinggi kadar penjimatan bahan api yang dicapai. Dalam bidang tenaga hidrogen, GWM membangunkan pembersih udara katod dengan 4 unsur penapis udara termasuk karbon teraktif dan gentian sintetik untuk melindungi sel bahan api yang dapat menyerap dan menapis dengan kuat bahan berbahaya dan melindungi hayat perkhidmatan sistem kuasa bahan api dengan berkesan. Sistem pengurusan hidrogrennya yang dibangunkan secara bebas memantau dengan aktif keselamatan sistem bagi menjamin keselamatan kenderaan dan individu secara menyeluruh dan dalam masa yang sama mengoptimumkan struktur injap dan saluran paip pada sistem penyimpanan hidrogen.

GWM menggalakkan penaiktarafan "COFIS Intelligence" 1.0 ke 2.0. Ia menerima pakai seni bina elektronik dan elektrik GEEP serba baharu dan cesi kawalan wayar pintar yang menyokong pemanduan automatik tahap L4 dan menggalakkan integrasi dan penaiktarafan kokpit pintar, pemanduan pintar dan perkhidmatan pintar yang memudahkan kenderan GWM untuk menjadi terminal perjalanan pintar bagi menyediakan perkhidmatan yang mencakupi lebih daripada 40 senario. Sebagai contoh, roda stereng pada kokpit pintar GWM iNest 2.0 boleh ditukarkan kepada sebelah tangan kiri, tengah atau tangan kanan yang sepadan dengan papan pemuka manakala tempat duduk boleh diputar 360 darjah, bagi membolehkan mod pertemuan pada bila-bila masa. Sistem kecantikan kolagen dalam-kereta perintis dapat menyokong penjagaan kulit. Penjana gas oksigen yang dipasang di kenderaan dapat memenuhi keperluan penjanaan oksigen untuk kegunaan isi rumah dan perubatan. Keupayaan saling sambungan IOT GWM juga mendayakan saling sambungan kereta-rumah, kawalan suara peranti pintar di rumah dan sebagainya, bagi membawakan "kehidupan-kereta" yang lebih beraneka kepada pengguna.

Saling sambungan kenderaan-perkakas rumah, tempat duduk berputar 360-darjah.
Saling sambungan kenderaan-perkakas rumah, tempat duduk berputar 360-darjah.

GWM sentiasa berpegang pada konsep R&D iaitu "pelaburan berlebihan, R&D jitu". Sehingga kini, ia telah memenangi lebih 10,000 paten teknikal. Tambahan pula, ia memperkenalkan dengan bersungguh-sungguh bakat R&D dan menubuhkan sebuah pasukan yang terdiri daripada pakar dalam pelbagai bidang dari banyak negara, dengan hampir 15,000 anggota kakitangan R&D.

Pelaburan R&D sebanyak RMB 100 bilion akan membolehkan GWM merekrut lebih ramai bakat global, terus menggunakan kekuatannya terhadap bidang tenaga baharu dan pintar serta merealisasikan Strategi 2025 GWM untuk memudahkan pembangunan yang "mesra alam, pintar, dikemas kini dan kolektif".

Source: GWM
Related Stocks:
HongKong:2333 OTC:GWLLY Shanghai:601633
Keywords: Alternative Energies Auto Banking/Financial Service Computer/Electronics Electronic Components Environmental Products & Services Internet Technology Publishing/Information Service Retail Telecommunications Transportation Utilities