omniture

Shanghai Electric Tersenarai antara 50 Jenama Teratas Paling Bernilai pada nilai RMB 145 bilion, Peningkatan 37.4% Berbanding Tahun Sebelumnya

Shanghai Electric
2021-07-09 17:03 138

SHANGHAI, 9 Julai 2021 /PRNewswire/ -- Shanghai Electric ("Shanghai Electric" atau "Syarikat") (601727.SS dan 02727.HK) telah dinamakan sebagai salah satu daripada 50 jenama teratas yang paling bernilai di China, menurut senarai "500 Jenama Paling Bernilai China" terkini yang dikeluarkan oleh World Brand Lab. Senarai kedudukan tersebut menunjukkan bahawa nilai jenama Shanghai Electric telah mencecah RMB 145 bilion pada tahun 2021, satu peningkatan sebanyak 37.4% berbanding tahun lalu, seterusnya menempatkan syarikat berkenaan di barisan hadapan dalam industri jentera Cina. Sebagai sebuah perusahaan Cina terkemuka yang dapat menjejak kembali sejarahnya sejak tahun 1902, pengeluar berusia seabad ini memainkan peranan penting dalam membentuk evolusi teknologi di China dan terus menerajui inovasi teknologi dalam mempercepatkan peralihan tenaga untuk membantu membina masa depan yang lebih mesra alam dan lebih lestari.

SIjil yang mengiktiraf Shanghai Electric sebagai salah satu daripada 50 jenama teratas paling bernilai di China yang dikeluarkan oleh World Brand Lab pada 22 Jun.
SIjil yang mengiktiraf Shanghai Electric sebagai salah satu daripada 50 jenama teratas paling bernilai di China yang dikeluarkan oleh World Brand Lab pada 22 Jun.

Membangunkan ekosistem tenaga berbilang dimensi untuk mencapai matlamat puncak dan keneutralan karbon

Dengan tenaga boleh diperbaharui, penyimpanan tenaga dan sistem pengurusan tenaga yang menjadi teras dalam fokus teknologinya, Shanghai Electric telah menggunakan teknologi mesra alam yang menghasilkan 100% kuasa boleh diperbaharui dan dalam masa yang sama mempelopori teknologi dan produk tenaga bersepadu yang menggabungkan antara tenaga boleh diperbaharui, penyimpanan tenaga dan mikro-grid pintar. Projek tenaga boleh diperbaharui Bandar Sanxing Chongming yang dikuasakan oleh penyelesaian tenaga bersih bersepadu Shanghai Electric telah menjana lebih 400MW tenaga elektrik mesra alam sejak ia mula beroperasi pada tahun 2018 dan mengurangkan kira-kira 400 tan emisi CO2.

Menggunakan teknologi kawalan dan pengurusan dinamik "penjanaan-grid-beban-penyimpanan", Projek Demonstrasi Tenaga Pintar Shantou oleh Shanghai Electric menjamin bekalan kuasa yang stabil dan berkualiti tinggi sekali gus memanfaatkan sepenuhnya sumber angin dan solar semula jadi yang banyak di wilayah tersebut bagi mencapai keseimbangan tenaga dan pengoptimuman kendiri. Ini membolehkan projek tersebut menjana hampir 100% tenaga boleh diperbaharui dan mengurangkan emisi CO2 sebanyak 6,500 tan setahun.

Menggalakkan kerjasama saling menguntungkan dengan membawa lebih nilai kepada pelanggan

Dijangka menjadi salah satu taman solar yang paling canggih di dunia dengan menara kuasa solar tertumpu tertinggi (CSP) setelah siap, projek Dubai yang dibina oleh Shanghai Electric melaksanakan standard kualiti tertinggi dan membawakan kapasiti solar terpasang yang terbesar.

Di samping itu, sebagai pembekal utama Hualong One (HPR1000) di loji janakuasa nuklear Karachi Pakistan, Shanghai Electric menyediakan peralatan penting seperti dalaman reaktor dan unit penjana turbin stim kepada loji tersebut. Projek berkenaan dapat menjana hampir 10 bilion kWj tenaga elektrik setahun yang dapat memenuhi keperluan penggunaan tenaga 1 juta penduduk tempatan. Ia bersamaan dengan pengurangan 3.12 juta tan penggunaan arang batu standard dan 8.16 juta tan emisi CO2 setahun.

Shanghai Electric membayangkan model pengurusan bandar digital baharu dibina berasaskan teknologi digital yang tangkas dan infrastruktur IT yang fleksibel. Penyelesaian tadbir urus bandar digital syarikat ini diwujudkan untuk menangani cabaran semasa yang dihadapi oleh pengurusan bandar dengan menggabungkan Internet Pelbagai Benda (IoT), alat digital berkuasa dan infrastruktur pintar untuk mencipta sistem yang membolehkan bandar-bandar untuk berkongsi sumber. Sistem ini menghubungkan perkhidmatan sektor awam ke jaringan bandar pintar, lalu menghapuskan halangan data yang wujud antara bandar-bandar bagi membolehkan sistem kerajaan dan pengurusan bandar menjadi lebih selamat, cekap dan tangkas.

Pemerkasaan digital mempercepatkan inovasi teknologi

Direka bentuk bagi mengoptimumkan perkhidmatan untuk sektor peralatan canggih, platform Internet industri boleh diskalakan yang berasaskan awan daripada Shanghai Electric, SEunicloud memanfaatkan pengalaman industri syarikat dan keadaan yang membuahkan hasil untuk membangunkan pelbagai jenis penyelesaian termasuk O&M angin pintar, O&M kuasa terma jarak jauh, perkhidmatan selepas jualan bagi alatan mesin, pengurusan bateri simpanan tenaga bersepadu, robot terapi dan rawatan air teragih.

Platform berkenaan digunakan dalam 15 aplikasi industri dan memfokuskan lapan penyelesaian industri termasuk pendigitalan tenaga hibrid simpanan-solar-angin, pengurusan aset peralatan perusahaan, kilang digital MOM, perlindungan alam sekitar pintar, mencakupi lebih 100,000 peranti pintar dengan nilai berjumlah RMB 140 bilion.

Platform e-dagang dan rantaian bekalan pintar Shanghai Electric menyediakan perkhidmatan pengurusan rantaian bekalan berasaskan Internet yang meliputi hubungan perniagaan huluan dan hiliran penuh daripada pelanggan, pembekal, penjualan, penghantaran dan perolehan. Platform sehenti tersebut menawarkan perlindungan transaksi menyeluruh dan berperanan sebagai tapak perdagangan penting untuk perkhidmatan tenaga, pengilangan peralatan dan komponen standard industri.

"Berlatarbelakangkan era teknologi baharu yang dikuasakan oleh IoT, data raya dan teknologi awan, Shanghai Electric menumpukan strateginya ke atas pengilangan pintar dan pendigitalisan industri, membina ekosistem industri yang unik bagi memperkasa masa depan Tenaga Pintar, Pembuatan Pintar dan Bandar Pintar," kata Zheng Jianhua, Pengerusi Shanghai Electric.

 

Source: Shanghai Electric
Related Stocks:
HongKong:2727 OTC:SIELY Shanghai:601727
Keywords: Alternative Energies Electrical Utilities Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities Awards