omniture

Zoomlion Cemerlang di Luar Negara dalam Separuh Pertama 2021 Hasil Prestasi Produk dan Strategi Penyetempatan yang Mantap

Zoomlion
2021-07-12 08:46 70

CHANGSHA, China, 12 Julai 2021 /PRNewswire/ -- Zoomlion Heavy Industry Science & Technology Co., Ltd. ("Zoomlion"; 1157.HK) melaporkan pertumbuhan pesat dalam pasaran antarabangsa pada separuh pertama tahun 2021, mencapai kejayaan besar dalam pasaran-pasaran penting, bertentangan dengan keadaan semasa. Syarikat ini mengeksport pesanan peralatan jentera pembinaan dan pertanian yang lebih besar ke pasaran-pasaran penting di Eropah, Amerika Utara, Timur Tengah, Asia Tenggara dan Afrika, yang mana projek-projek pembinaan tempatan yang utama sedang berjalan.

Zoomlion Cemerlang di Luar Negara dalam Separuh Pertama 2021 Hasil Prestasi Produk dan Strategi Penyetempatan yang Mantap
Zoomlion Cemerlang di Luar Negara dalam Separuh Pertama 2021 Hasil Prestasi Produk dan Strategi Penyetempatan yang Mantap

Pada bulan April, lapan unit kren menara muatan tan besar Zoomlion TC8039-25 berjaya menutup bumbung Stadium Lusail, di mana FIFA World Cup Qatar 2022™ akan dipersembahkan. Stadium tersebut mencatat rekod dunia untuk bangunan tunggal bumbung jaring-kabel dengan jarak rentang serta kantilever terbesar dalam sistem jaring selain struktur membran terbesar yang mencecah 45,000 meter persegi.

Menurut seorang wakil Zoomlion, iklim padang pasir tropika Qatar, dengan suhu yang tinggi, angin yang kencang dan cuaca berdebu memberi cabaran untuk kren menara dan pemasangan struktur keluli pada altitud 70 meter pastinya seakan-akan "menari di gigi pisau".

Pada bulan Mac, kren rangkak ZCC9800W Zoomlion berjaya menyiapkan beberapa pemasangan penjana turbin angin yang berukuran antara 120 hingga 150 meter untuk sebuah projek janakuasa angin di Vietnam. Menawarkan perkhidmatan setempat, Zoomlion malah menukarkan bahasa akrin, kekunci, skala kren dan manual operasi kepada Bahasa Vietnam demi kemudahan pelanggan. Sebuah pasukan perkhidmatan teknikal turut berkunjung ke sana untuk melatih operator.

Pada bulan April, Zoomlion menghantar 100 unit peralatan menggerakkan tanah ke negara-negara Inisiatif Jalur dan Jalan (BRI) di Asia Tenggara yang akan menyumbang kepada pelbagai projek pembinaan infrastruktur.

Syarikat ini turut menandatangani beberapa perjanjian pesanan dalam pasaran Eropah serta Amerika Utara yang mana permintaan pasaran untuk peralatan tenaga mesra alam meningkat dengan ketara ekoran syarat-syarat emisi yang lebih ketat baru-baru ini. Platform kerja udara bum elektrik Zoomlion yang amat terkenal dengan kelebihan seperti masa operasi yang panjang, pengecasan pantas, ringan dan tanpa bunyi mencatatkan lonjakan jualan. Syarikat ini berusaha tanpa henti untuk membangunkan dan mengeluarkan produk jentera kerja udara dengan tenaga mesra alam.

Latar Belakang Zoomlion

Ditubuhkan pada tahun 1992, Zoomlion Heavy Industry Science & Technology Co., Ltd. (01157.HK) ialah sebuah perusahaan pembuatan peralatan berkualiti tinggi yang menggabungkan antara jentera kejuruteraan, jentera pertanian dan perkhidmatan kewangan. Syarikat ini kini menjual lebih daripada 568 produk canggih daripada 70 barisan produk yang mencakupi 11 kategori penting.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi Zoomlion.

 

 

 

Source: Zoomlion
Related Stocks:
HongKong:1157 OTC:ZLIOY
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Machine Tools, Metalworking and metallurgy Machinery Mining/Metals Transportation