omniture

Syarikat Fintech Hong Kong Velotrade Peroleh Dana dan Jalin Kerjasama dengan Vynn Capital

Vynn Capital
2021-07-13 09:00 169

KUALA LUMPUR, Malaysia, 13 Julai 2021 /PRNewswire/ -- Velotrade, peneraju kewangan perdagangan yang semakin berkembang dengan ibu pejabat di Hong Kong, telah memperoleh dana dan menjalin kerjasama dengan Vynn Capital, firma modal teroka berfokuskan Asia Tenggara dengan pelaburan yang terkenal seperti Carsome dari Malaysia dan Travelio dari Indonesia. Velotrade mengendalikan platform digital yang memadankan syarikat-syarikat korporat yang memerlukan modal kerja dengan pelabur-pelabur institusi yang bersedia memberikan pendahuluan dana. Menerusi pembiayaan serta perkongsian baharu dengan Vynn Capital ini, Velotrade merancang untuk meningkatkan infrastruktur teknologinya dan berkembang ke geografi baharu di Asia Tenggara.

Syarikat Teknologi Kewangan Hong Kong Velotrade Peroleh Dana dan Jalin Kerjasama dengan Vynn Capital
Syarikat Teknologi Kewangan Hong Kong Velotrade Peroleh Dana dan Jalin Kerjasama dengan Vynn Capital

Velotrade, dilancarkan pada tahun 2017, sejak itu memberi pembiayaan jangka pendek invois belum lunas kepada beribu-ribu syarikat korporat termasuk syarikat Fortune 500 dan PKS (Perusahaan Kecil dan Sederhana), yang menunjukkan keperluan segera untuk pembiayaan pembekal. Di samping itu, didorong oleh objektif untuk memberi hasil berterusan dalam tempoh jangka panjang, syarikat ini mengikuti pengurusan risiko yang berhemah dan mematuhi peraturan pengurusan risiko tambahan sebagai satu-satunya platform pembiayaan perdagangan yang dilesenkan oleh Suruhanjaya Sekuriti dan Niaga Hadapan Hong Kong, yang meletakkan Velotrade di kedudukan sebagai sumber kelas aset baharu kebolehterimaan perdagangan yang dipercayai untuk pelabur-pelabur institusi. Dengan ekosistem pelanggan yang semakin berkembang, Velotrade terus menambah produk ke dalam penawarannya dan sangat aktif dalam pembiayaan e-dagang, pembiayaan pesanan belian, pinjaman eksport dan sebagainya.

Velotrade turut diiktiraf oleh bank-bank global yang utama seperti MUFG Bank, menerusi pelantikan terkini syarikat fintech ini sebagai pengurus pemprosesan invois dalaman MUFG Bank. Selain itu, Velotrade dianugerahkan penghargaan berprestij menerusi anugerah Penyelesaian Invois PKS Terbaik di TechChallenge, satu inisiatif bersama antara Bank for International Settlements Innovation Hub (BISIH) dan The Hong Kong Monetary Authority (HKMA).

Melalui perkongsian dengan Vynn Capital, Velotrade akan meningkatkan lagi operasinya dan berkembang ke Malaysia dan pasaran-pasaran lain di Asia Tenggara. Selain daripada pembiayaan, Vynn Capital akan menyumbang kepakaran pembinaan syarikat dengan aktif dan menyediakan akses kepada jaringan sumber yang luas di Asia Tenggara kepada Velotrade. Berhubung kerjasama dengan Vynn Capital, Vittorio De Angelis, Pengerusi Eksekutif dan pengasas bersama Velotrade, berkata, "Kami sangat gembira untuk bekerjasama dengan Vynn Capital. Perkongsian ini akan membantu kami memperluas jangkauan geografi kami dan mengukuhkan lagi kehadiran kami di Malaysia dan seluruh pelosok Asia Tenggara. Apabila memilih rakan kongsi, amat penting memiliki sinergi untuk mengeksploitasi dan dua firma kami ada banyak untuk dikongsikan bersama!"

"Kami percaya bahawa sektor kewangan dan pasaran modal dijangka akan melakukan peningkatan yang lebih besar dalam kecekapan. Institusi-institusi kewangan besar sedang melihat bagaimana teknologi dan pendigitalan dapat membantu melancarkan perjalanan mereka dan mendorong mereka ke hadapan. Velotrade menjadi tumpuan dalam semua tindakan: pandemik ini menggalakkan permintaan terhadap perkhidmatan mereka kerana terdapatnya lonjakan yang sangat tinggi dari segi transaksi rentas sempadan. Kami bersedia untuk mengintegrasikan Velotrade ke dalam ekosistem portfolio kami dan kami berpandangan yang sangat optimis untuk syarikat berkembang lebih mendalam ke negara-negara seperti Malaysia dan Indonesia," tambah Victor Chua, Rakan Pengasas & Pengurusan Vynn Capital. Baru-baru ini, Vynn Capital mengumumkan bahawa firma ini berganding bahu dengan Tunku Ali Redhauddin ibni Tuanku Muhriz, Penasihat Kanan untuk firma ekuiti persendirian terkemuka TPG Capital bagi menyokong syarikat-syarikat portfolio seperti Velotrade.

Latar Belakang Velotrade

Velotrade ialah platform pembiayaan perdagangan digital yang digunakan oleh semua saiz perniagaan untuk membiayai aliran tunai mereka. Syarikat-syarikat korporat boleh mengakses pembiayaan melalui diskaun invois, pembiayaan e-dagang, pembiayaan pesanan belian dan aset pembiayaan kewangan yang lain. Dana disuntik oleh pelabur dengan kecairan berlebihan bagi mereka yang mencari kaedah alternatif untuk mencapai pulangan menarik dengan rangka risiko-pulangan yang menggalakkan.

Menggunakan teknologi terkini yang tersedia untuk menjalankan analisis kredit yang komprehensif dan menggabungkan prosedur pematuhan moden, platform Velotrade ialah cara yang cekap dan pantas untuk syarikat-syarikat mendapatkan pembiayaan bagi memenuhi ketidakseimbangan aliran tunai mereka. Syarikat-syarikat korporat yang memerlukan pembiayaan dan pelabur-pelabur yang berminat untuk mengakses kelas aset pembiayaan kewangan boleh memohon untuk dimasukkan ke platform Velotrade.

Maklumat lanjut mengenai Velotrade: https://www.velotrade.com 

Latar Belakang Vynn Capital

Vynn Capital ialah firma modal teroka peringkat awal yang ditubuhkan dengan objektif untuk merapatkan jurang antara industri tradisional dan ekonomi baharu melalui pembangunan teknologi. Industri-industri penting yang menjadi tumpuan termasuk Pelancongan, Hartanah, Makanan dan FMCG, Ekonomi Wanita serta Penggerak Perniagaan (termasuk logistik dan teknologi kewangan).

Pasukan ini terdiri daripada golongan profesional yang berpengalaman dalam pelaburan peringkat awal hinggalah pembiayaan peringkat akhir serta operasi perniagaan. Falsafah pelaburan berkisarkan penciptaan nilai sinergi antara rakan kongsi dan syarikat yang disokong oleh Vynn. Selain daripada melabur, Vynn Capital membantu pelaburnya atau Rakan Kongsi Terhad memahami industri dan pasaran baharu menerusi pasukan dan rangkaian setempatnya di seluruh bandar-bandar utama Asia Tenggara. Ketika ini, Vynn Capital aktif di Malaysia, Singapura, Indonesia, Vietnam, Thailand dan Myanmar. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi http://www.vynncapital.com

Untuk pertanyaan media sila hubungi:

Velotrade

Pemasaran - Hong Kong

Marketinghk@velotrade.com 

Vynn Capital

Am

vc@vynncapital.com 

Source: Vynn Capital
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Licensing/marketing agreements Venture Capital Financial Technology