omniture

ICAPE Group berkembang di Malaysia

ICAPE Group
2021-07-13 09:26 78

DONGGUAN, China, 13 Julai 2021 /PRNewswire/ -- Setahun selepas penubuhan pejabat jualan baharu di Malaysia, diurus oleh En. Jeffrey Wan, ICAPE Group mencapai objektifnya lebih awal dengan pertumbuhan mencecah 20%. Tahun 2021 akan menjadi satu lagi kejayaan penting buat syarikat ini dan pembangunannya di Asia.


Untuk misi ini, ICAPE Group boleh mengharapkan En. Jeffrey Wan sebagai pengarah jualan dan sokongan teknikal tempatan, seorang pakar yang telah bertugas dalam industri elektronik selama lebih daripada 20 tahun: "Saya gembira melihat pejabat ICAPE Malaysia mencapai prestasi yang sangat positif tahun ini. Dengan sokongan kepakaran yang mantap daripada ICAPE Group, kami bukan sahaja memberi tawaran harga yang paling kompetitif kepada pelanggan PCB kami dalam pasaran kami, tetapi juga perkhidmatan yang paling berharga melalui respons sebut harga yang Cepat, masa pendulu yang Pantas dan kualiti produk yang Hebat. Memilih kami akan memberi peluang kepada pelanggan kami untuk menikmati perkhidmatan kilang pembuatan China yang luas dengan tawaran harga yang ideal, serta perkhidmatan pakar dalam QA dan logistik yang disediakan oleh pasukan ICAPE yang berpangkalan di China. Kami memberi perkhidmatan penyelesaian sehenti yang tulen untuk membantu pelanggan kami menjimatkan belanjawan mereka dan mengelakkan masalah yang tidak perlu," kata En. Wan.

ICAPE Group ialah rakan kongsi strategik dalam rantaian bekalan pengusaha-pengusaha industri elektronik. Sejak tahun 1999, syarikat ini berkembang sehingga mencapai 500 orang pekerja di dunia dan menyampaikan lebih daripada 28 juta komponen elektronik setiap tahun di 70 negara. Salah satu kekuatan terbesar ICAPE Group ialah pejabat perkhidmatannya di China yang terdiri daripada 250 orang pekerja yang mengurus projek-projek pelanggan mereka dalam jaringan 75 rakan kongsi kilang. Bermula daripada sebut harga hingga penghantaran, ICAPE Group menawarkan rangkaian perkhidmatan yang lengkap dan menyediakan penyelesaian sehenti untuk membekalkan kesemua teknologi papan litar bercetak yang tersedia dan 10 komoditi bahagian teknikal buatan khas kepada pelanggannya.

Pertumbuhan organik ICAPE Group yang berterusan sejak dua dekad lalu didorong oleh falsafah kedekatan. Setelah ditubuhkan dalam unit perniagaan, pasukan jualan meliputi negara-negara sempadan. Sekiranya permintaan mantap dalam sesebuah negara, ICAPE Group membina pejabat jualan dengan pakar tempatan yang berupaya untuk memberi respons kepada permintaan pelanggan dalam bahasa mereka. Biasanya, selepas beberapa tahun menjalani pembangunan dalam pasaran negara berkenaan, sebuah unit perniagaan baharu ditubuhkan dengan pasukan lengkap dan struktur khusus. Inilah cara ICAPE Group memantapkan kedudukan ketika ini dalam 21 unit perniagaan di seluruh dunia. Sejak dua tahun yang lalu, unit perniagaan baharu telah ditubuhkan di Poland, Sweden, Jepun dan permintaan daripada pelanggan Asia semakin meningkat.

Tertubuh di kebanyakan negara yang strategik di Eropah dan Amerika, ICAPE Group kini berkembang di Asia, memandangkan pendapatan dari Malaysia meningkat sebanyak 20% sejak tahun lalu, bahkan di Indonesia dan Thailand, yang merupakan pasaran-pasaran yang cerah masa depannya untuk syarikat yang berpangkalan di Perancis ini. Kesemua perkhidmatannya disediakan secara dalam talian di www.icape-group.com.

Source: ICAPE Group
Keywords: Computer/Electronics Electronic Components Semiconductors Corporate Expansion