NEW YORK, 31 Mei 2013 /PRNewswire/ --
Pengumuman hari ini memaklumkan bahawa suite perisian pemasaran gelung tertutup (CLM) Rainmaker Agnitio yang dinanti-nantikan akan dilengkapi sokongan penuh untuk Windows 8. Tambahan pula, Agnitio telah menyertai Rangkaian Rakan Kongsi Kesihatan dan Sains Hayat Microsoft sebagai rakan kongsi CLM sains hayat.
(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20120924/562917-a )
(Photo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130320/601933 )
Rainmaker, yang bakal diperkenalkan lewat tahun ini, adalah versi baharu suite perisian CLM utama Agnitio. Kemasukan sokongan Windows 8 ini bermakna klien Agnitio kini boleh menggunakan bahan yang sama menerusi sebuah spektrum perkakasan penuh dengan begitu lancar. Sokongan Rainmaker untuk Windows 8 akan memberi kuasa kepada pasukan penjagaan kesihatan maya dan mudah alih bagi menjadi produktif di mana-mana sahaja dan dalam cara yang paling selamat. Windows 8 menawarkan pelanggan Agnitio sebuah platform yang bersedia untuk mengubah cara organisasi penjagaan kesihatan berhubung sesama sendiri dan dengan para pesakit, lalu membolehkan kewujudan sistem kesihatan yang lebih bersepadu dan berpusatkan pesakit.
"Kami teruja dengan kerjasama antara Microsoft ini dan faedah yang diberikan kepada para pelanggan kami," kata Eyal Steinitz, Ketua Pegawai Operasi Agnitio. "Sokongan Windows 8 adalah sesuatu yang telah diminta oleh klien sains hayat sedunia kami. Kami gembira dapat menyediakan Rainmaker pada platform Windows dan juga untuk memasuki hubungan kerjasama yang begitu rapat dengan Microsoft sebagai salah sebuah rakan kongsi sains hayat mereka yang terpilih. Ini menjanjikan kemunculan lebih banyak lagi inovasi yang mengujakan."
Platform perisian Agnitio dibangunkan dengan pengalaman lebih sedekad dalam industri ini dan dikeluarkan sebagai versi iPad pada tahun 2010. Suite Rainmaker baharu membawa CLM pada tahap seterusnya. Ditambah kepada fungsian merentasi platform dengan Windows 8, Rainmaker akan menyediakan banyak ciri-ciri baharu termasuk kemampuan untuk menskalakan aktiviti dengan mudah daripada ePerincian asas sehingga penglibatan penuh CLM saluran berbilang.
Rainmaker juga membenarkan penyesuaian peribadi komunikasi pelanggan dengan penyepaduan penuh sistem analitik dan CRM syarikat yang sedia ada.
"Kami gembira kerana Agnitio membawa sistem CLMnya kepada Windows 8," kata John Richards, pengarah kanan Pemasaran Aplikasi Windows di Microsoft Corp, "Suite Rainmaker Agnitio baharu akan mengambil peluang atas pelbagai fungsi Windows 8 yang penting, termasuk pengoptimuman sentuh, bagi mencipta penglibatan yang lebih mendalam antara fungsi komunikasi dan luar talian para profesional penjagaan kesihatan yang penting untuk beroperasi dalam suasana bilik hospital."
Pelancaran suite Rainmaker Agnitio untuk Windows 8 dijadualkan berlangsung pada Oktober 2013.
Mengenai Agnitio
Agnitio membantu syarikat-syarikat sains hayat menjana perhubungan yang berkesan dengan ahli profesional perubatan. Sebuah penyedia platform perisian pemasaran tarikan yang utama untuk industri-industri farmaseutikal dan perkakasan perubatan, sistem Agnitio sudah digunakan di lebih daripada 45 negara dan dalam 25 bahasa - dan ia digunakan oleh syarikat-syarikat farmaseutikal dan perkakas perubatan besar termasuklah: AMGEN, Allergan, Grünenthal, Roche, and Bayer.
Maklumat lanjut
Untuk maklumat lanjut sila hubungi:
Katrine Bach / Naib Presiden Pemasaran / +45-4030-5995 / kb@agnitio.com
Produk atau perkhidmatan yang dinyatakan di sini adalah tanda dagangan pemilik mereka masing-masing.
Sumber: Agnitio