BEIJING, 31 Mei 2013 /PRNewswire/ -- Persidangan Internet Mudah Alih Global ("GMIC") kali kelima telah diadakan baru-baru ini di Pusat Konvensyen Kebangsaan China. Untuk bertahun-tahun, Sidang Kemuncak Permainan Mudah Alih GGS, satu bahagian teras GMIC, telah menyediakan platform komunikasi dan mengadakan peluang perniagaan bagi ahli profesional permainan mudah alih di seluruh dunia, menggalakkan perhubungan antara pembangun permainan dan saluran global. Naib presiden kanan Perfect World Alex Xu telah menghadiri sidang kemuncak itu sebagai penceramah jemputan, dan juga menghadiri forum meja bulat bertema "Revolusi Modal Usaha Niaga – Modal Usaha Niaga dan Gergasi Permainan di Era Permainan Mudah Alih".
(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20090416/CNTH023LOGO )
Pada forum itu, Xu berkongsi falsafah dan kelebihan pelaburan unik Perfect World, dan menawarkan pendapat yang bernilai terhadap pembangunan pesat permainan mudah alih yang berterusan.
Selama bertahun-tahun, Perfect World telah melancarkan banyak permainan berasaskan klien yang popular. Sementara itu, dipandu oleh konsep pembangunan berkualiti tinggi dan globalisasi, syarikat tersebut terus menumpukan kepada memenuhi permintaan pengguna dan membangunkan produk baharu. Melalui kajian menyeluruh, syarikat ini telah membangunkan permainan web seperti War of the Three Kingdoms, Gourmet Adventurer, Legend of Chu and Han dan Touch dan permainan mudah alih seperti Rise of The King.
Perfect World juga mengikuti konsep ini apabila mencari model pelaburan yang cekap. "Berhadapan dengan projek pelaburan permainan mudah alih dengan kos lebih sepuluh kali ganda daripada yang kita alami sebelum ini, Perfect World masih tetap menumpu kepada pelabur dalam organisasi yang memberikan perhatian teliti kepada setiap perincian produk mereka, memberikan nilai sebenar dan kegembiraan kepada pelanggan mereka di samping berkongsi falsafah dan budaya yang sama dengan Perfect World," kata Xu di forum itu.
Xu seterusnya menerangkan kepada pengasas-pengasas syarikat yang dilaburi oleh Perfect World, "Kami berharap syarikat yang mendapat pelaburan kami dapat menghormati hakmilik intelek, berkhidmat kepada masyarakat dan mengambil pandangan dunia yang positif, di samping menunjukkan kesungguhan, kemampuan dan perlaksanaan yang kukuh dan mempunyai kebolehan yang baik dalam perdagangan dan pemasaran."
Teknologi asli telah menjadi salah satu tanda dagangan Perfect World, dan ini merupakan sebab mengapa syarikat ini telah membangunkan kelebihan pelaburan yang unik. "Perfect World bukan sahaja memberikan dana kepada organisasi yang kami laburi, tetapi juga berkongsi sumber rekaan estetik, penghasilan dan perancangan kami, termasuk teknologi enjin dan juga kod dengan mereka," komen Xu.
Tambahan pula, memandangkan pasaran luar negaranya yang meluas dan pengukuhan sumber globalnya, Perfect World mempunyai kedudukan unik untuk menggunakan kelebihannya sendiri dalam memberikan peluang yang hebat kepada organisasi berpotensi untuk berkembang dan membangun ke peringkat global.