omniture

Enjin GWM ke-10 Juta Tercipta dan 23 lagi rancangan kuasa diumum

GWM
2021-07-14 04:00 322

BAODING, China, 14 Julai 2021 /PRNewswire/ -- Baru-baru ini, enjin HYCET GWM ke-10 juta dikeluarkan daripada barisan pemasangan secara rasminya, lantas menjadikan GWM sebagai syarikat pertama dengan skala 10 juta enjin antara jenama-jenama auto Cina. HYCET menyatakan bahawa ia akan melancarkan 23 produk enjin berasaskan empat bentuk bahan bakar iaitu gasolin, diesel, bahan bakar sintetik dan hidrogen serta enam platform produk dalam tempoh tiga tahun akan datang. Kekuatan penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang kukuh tersebut menggamit perhatian daripada semua lapisan masyarakat.

Sejak penubuhannya, HYCET menumpukan perhatian terhadap penemuan penting dan inovasi, dengan keupayaan pembangunan produk "sehenti". Ia telah membina sebuah makmal produk kebangsaan dengan kapasiti eksperimen dan pengujian serta kekuatan R&D saintifik yang terkemuka di dunia. Ia telah beberapa kali memenangi Anugerah Kemajuan Sains dan Teknologi. Enjin gasolin GW4C20B 2.0T yang dibangunkan sendiri telah mendapat jolokan "Enjin Terbaik China" sebanyak tujuh kali. HYCET turut mengeluarkan enjin dengan teknologi CVVL. Selain daripada HYCET, hanya tiga jenama utama di dunia iaitu BMW, Nissan dan Toyota yang dapat menguasai sepenuhnya teknologi ini. Enjin ke-10 juta yang dikeluarkan daripada barisan pemasangan kali ini merupakan enjin gasolin suntikan-terus dalam-silinder 1.5T dengan model 4B15C. Enjin ini mempunyai kuasa maksimum 135kW, tork maksimum 275 Nm dan kadar penggunaan bahan bakar minimum iaitu 218.2g/kWj, tersenarai antara yang tertinggi dalam industri ini dari segi kecekapan pembakaran dan tahap emisi. Pada masa depan, enjin berkuasa tinggi ini akan dilengkapkan pada HAVAL JOLION dan model-model lain.

Dalam era baharu untuk mencapai pembangunan rendah karbon dan penjimatan tenaga, dengan bergantung pada enam platform produk enjin, HYCET bukan sahaja mengeluarkan semua jenis enjin gasolin dan diesel, tetapi juga berusaha sedaya upaya untuk membangunkan enjin DHT, enjin tenaga hidrogen dan enjin bahan bakar sintetik, untuk menyediakan semakin banyak produk bagi memenuhi kehendak pengguna yang berbeza. Ketika ini, HYCET berjaya melancarkan enjin gasolin hela udara alami 1.5L 4G15H yang direka khusus untuk kenderaan elektrik hibrid. Enjin ini mengintegrasikan beberapa teknologi canggih seperti pam air elektronik, EGR tekanan rendah, pencucuhan berkecekapan tinggi, suntikan bahan bakar berbilang titik 4.5bar, nisbah mampatan 13:1 dan kitaran Atkinson. Sementara itu, produk ini disepadukan sepenuhnya dengan teknologi "L.E.M.O.N. DHT" GWM yang membolehkan enjin tersebut dipromosikan dalam lebih banyak pasaran dan setanding dengan produk automobil Eropah dan Amerika. Tambahan pula, menurut rancangan tersebut, HYCET akan turut melancarkan enjin hibrid khusus 2.0T dengan kecekapan terma melebihi 45% pada tahun 2023 dan melancarkan enjin bahan bakar sintetik khusus berkecekapan terma tinggi yang pertama dan enjin bahan bakar hidrogen masing-masing pada tahun 2024 dan 2025 demi pengalaman yang lebih maju dan lebih mesra alam buat pengguna kereta.

Enjin 4B15C dan 4G15H
Enjin 4B15C dan 4G15H

Pada masa akan datang, HYCET GWM akan melakukan lelaran mendalam secara tiga dimensi untuk permbangunan mesra alam dan rendah karbon, kawalan pintar dan kuasa berkecekapan tinggi dengan mendukung konsep R&D iaitu "melakukan pelaburan bersasar dan menjadi peneraju industri", untuk benar-benar merealisasikan R&D bebas bagi kuasa bergred-tinggi.

Source: GWM
Related Stocks:
HongKong:2333 OTC:GWLLY Shanghai:601633
Keywords: Auto Banking/Financial Service Internet Technology Publishing/Information Service Retail Telecommunications Transportation