omniture

Capillary Technologies Terus Memenangi Anugerah di Anugerah Agensi Terbaik Tahunan Marketing Magazine

Capillary Technologies
2013-05-31 17:28 189

HONG KONG, 31 Mei 2013 /PRNewswire/ -- Kemenangan berturut-turut dalam Kategori CRM & Kesetiaan di majlis anugerah Singapura dan Hong Kong mengukuhkan kepimpinan pasaran Capillary di rantau Asia-Pasifik dan menetapkan kedudukan suite Intelligent Customer Engagement™nya sebagai penyelesaian utama hubungan pengguna dan pengurusan kesetiaan

Capillary Technologies, penyedia utama penyelesaian perisian awan yang membantu perniagaan berinteraksi secara pintar dengan pelanggan melalui saluran mudah alih, sosial dan dalam kedai, sekali lagi memenangi anugerah Agensi Terbaik Tahunan (AOTY), memenangi anugerah AOTY Perak dalam CRM & Kesetiaan di Anugerah Agensi Terbaik Tahunan 2013 anjuran Marketing Magazine yang diadakan pada 29 Mei di Hotel JW Marriott di Hong Kong. Kemenangan itu diumumkan dalam masa beberapa hari selepas Capillary diiktiraf sebagai Agensi Perak Terbaik Tahunan dalam CRM & Kesetiaan di anugerah Marketing Magazine Singapura.

Anugerah tahunan Marketing Magazine dianggap sebagai penunjuk utama prestasi agensi dan merupakan satu-satunya penganugerahan yang dinilai sepenuhnya oleh pemasar klien. Dengan kerjasama Lighthouse Research, Marketing Magazine memanggil satu panel hakim terhormat yang terdiri daripada 21 orang pemasar klien kanan daripada jenama-jenama terkemuka seperti PWC, HP, Adidas, Samsonite dan HSBC. Tahun ini, para hakim menilai ratusan agensi berkenaan prestasi perniagaan dan projek, kestabilan kakitangan, kepimpinan dan parameter wawasan.

Capillary kini memberikan perkhidmatan kepada klien-klien seperti Courts, Puma, Pizza Hut, KFC dan Guardian merentasi rantau Asia Pasifik dan ia juga dikenali sebagai sebuah syarikat yang bertenaga dan ghairah dalam membawakan amalan CRM terbaik sedunia kepada perusahaan-perusahaan seluruh Asia dan rantau berdekatan. Dengan suite Intelligent Customer Engagement™nya, Capillary boleh menjalinkan pengalaman sosial dan kesetiaan mudah alih dengan mana-mana sistem titik jualan (POS) -- daripada terminal legasi hinggalah ke peranti mudah alih dan tablet canggih serta menyepadukan semua keupayaan yang diperlukan pemasar pengguna untuk melibatkan diri dengan pelanggan mereka.

"Pengiktirafan berturut-turut daripada komuniti pemasaran Asia Pasifik membuktikan kepakaran Capillary dalam memberikan penyelesaian Hubungan Pelanggan & Pemasaran Kesetiaan generasi seterusnya yang boleh ditala lagi bagi memberikan hasil keputusan cemerlang dalam mana-mana pasaran," kata Anant Choubey, Ketua Rantau Asia Selatan dan China, Capillary Technologies. "Capillary telah memperkenalkan penyelesaian pintar dan inovatif terhadap ekonomi maju dan membangun. Kami membantu peruncit menghapuskan cara pemikiran 'satu saiz muat semua' mengenai penglibatan pelanggan, bagi mengambil pendekatan yang lebih tersuai khusus, memahami dan mendapat perkongsian pandangan pelanggan dan mempengaruhi keputusan pembelian pada masa ia dibuat."

Dalam senario perniagaan yang bergerak pantas di mana kegemaran pengguna bertukar-tukar dan kebanyakan pembelian adalah belian gerak hati, Capillary menyediakan kelebihan persaingan yang tidak pernah dilihat sebelum ini. Capillary memberi kuasa pada klien mereka untuk mengatur kedudukan pengaktifan CRM tersasar dan program pemecutan kesetiaan, menukar setiap titik jualan (POS) dan antara muka saluran berbilang kepada peranti penglibatan pelanggan serta memberi tindak balas serta-merta dan menglibatkan pelanggan bila mereka berada di dalam kedai dan membuat keputusan pembelian.

Capillary membantu perniagaan dalam 16 buah negara meningkatkan jualan kedai yang sama dengan tekal, mempertingkatkan kesetiaan terhadap jenama dan memberikan pengalaman dalam kedai yang tersuai khusus kepada pengguna dengan kesudahan perniagaan boleh ukur, termasuk peningkatan jualan tipikal sebanyak 5-7 peratus dan 4-6 kali ganda pulangan atas margin daripada pelaburan pemasaran dan CRM mereka.

MENGENAI ANUGERAH AGENSI TERBAIK TAHUNAN

Sejak ia dimulakan, para pemenang Agensi Terbaik Tahunan di pilih berdasarkan satu pembolehubah tetap: pilihan agensi untuk pemasar klien. Bagi dipertimbangkan sebagai finalis yang disegani, agensi-agensi tidak perlu melakukan apa-apa selain daripada apa yang mereka lakukan selama ini – memberikan usaha yang terbaik untuk klien mereka dan berkomunikasi dengan komuniti pemasar klien.

Mengenai Capillary Technologies

Platform berasaskan awan Capillary memberi kuasa penglibatan pelanggan hujung ke hujung, kemasukan klien, penyelesaian kesetiaan dan CRM sosial kepada lebih daripada 140 jenama besar merentasi 10,000 buah kedai dan membawa kepuasan pembeli serta-merta kepada 70 juta pengguna seluruh dunia. Pelanggan Capillary termasuklah peneraju industri seperti Pizza Hut, Puma, United Colors of Benetton, Marks & Spencer, Nokia dan Nike. Capillary adalah sebuah syarikat 100 Teratas Sedunia Red Herring dan baru-baru ini juga telah memenangi anugerah untuk Anugerah 12 Permata Tersembunyi 2012 Forbes dan Anugerah CEO Bawah 30 Tahun yang 'Bakal Berjaya dalam Tahun 2013'. Capillary disokong oleh pelabur modal usaha rentan utama termasuk Sequoia Capital, Norwest Venture Partners dan Qualcomm Ventures. Lawati http://www.capillarytech.com untuk maklumat terperinci.

Pertanyaan Media: Vaibhav Khamesra, Pengarah Pemasaran, press@capillarytech.com, +1650419322

Sumber: Capillary Technologies

Source: Capillary Technologies
Keywords: Advertising Computer Software Computer/Electronics Publishing/Information Service Awards