omniture

Bambu peroleh penyedia teknologi pengurusan pelaburan Tradesocio untuk percepat pertumbuhan global

Pemerolehan Tradesocio akan memperluas keupayaan kekayaan digital Bambu, menggandakan bilangan pekerja menjadi 130 dan mempercepatkan lagi pengembangan global
Bambu
2021-07-15 08:09 150

SINGAPURA, 15 Julai 2021 /PRNewswire/ -- Bambu dengan sukacitanya mengumumkan pemerolehan Tradesocio, sebuah syarikat Teknologi Kekayaan (WealthTech) yang menggaji 65 pekerja, mengkhusus dalam pengurusan pelaburan dan teknologi perdagangan dengan pejabat-pejabatnya di Singapura, India dan Dubai. Pemerolehan ini mengukuhkan daya saing gabungan perniagaan ini di seluruh dunia dengan ketara. Bambu akan berada di kesemua hab kewangan utama dan memperluas keupayaan kekayaan digital yang meliputi perdagangan stok dan mata wang kripto.

Bambu peroleh penyedia teknologi pengurusan pelaburan Tradesocio untuk percepat pertumbuhan global.
Bambu peroleh penyedia teknologi pengurusan pelaburan Tradesocio untuk percepat pertumbuhan global.

Melalui pemerolehan ini, Tradesocio membawa pengalaman selama bertahun-tahun menyampaikan dan mengendalikan platform perdagangan berjumlah tinggi merentas pelbagai kelas aset. Pemerolehan ini meletakkan Bambu di kedudukan unik yang akan memberikan agensi yang lebih besar kepada pelanggan melalui keupayaan sistem lebih luas yang melangkaui penawaran platform penasihat robo sedia ada. Di samping itu, kehadiran Tradesocio di seluruh EMEA dan India, berserta portfolio pelanggan sedia ada, dijangka akan memperluas jangkauan Bambu dalam pasaran kekayaan digital global yang berkembang dan berubah dengan pesat.

Ned Phillips, Ketua Pegawai Eksekutif Bambu, berkata, "Selepas lima tahun membina asas yang kukuh, Bambu kini memasuki fasa pertumbuhan yang pesat. Urus niaga ini membantu kami dalam tiga bidang penting: ia memperluas penawaran produk kami ke dalam stok dan kripto, ia memberikan kami jejak global yang lebih luas dan membolehkan kami untuk meluaskan pasukan kami dengan berkesan agar sepadan dengan permintaan yang pesat. Kami percaya ini meletakkan kami di kedudukan yang baik untuk Siri C kami dan cita-cita untuk menjadi peneraju global dalam Teknologi Kekayaan."

Ini bukanlah pemerolehan terakhir oleh Bambu memandangkan mereka meramalkan untuk memperoleh lebih banyak syarikat yang dapat mengukuhkan campuran produk mereka dan jangkauan global untuk memberi kesan ke atas industri kekayaan digital.

Latar Belakang Bambu

Bambu ialah penyedia teknologi kekayaan digital global yang terkemuka untuk institusi-institusi kewangan. Kami membolehkan syarikat-syarikat untuk menjadikan penyimpanan dan pelaburan mudah dan pintar untuk pelanggan mereka. Platform berasaskan awan dikuasakan oleh algoritma proprietari dan alat pembelajaran mesin kami. Syarikat ini menawarkan perkhidmatan kepada lebih 20 institusi kewangan di seluruh dunia. Ditubuhkan pada tahun 2016, Bambu beribu pejabat di Singapura dengan sebuah subsidiari di United Kingdom serta wakil-wakil Amerika Syarikat dan EMEA. Untuk maklumat lanjut, kunjungi https://bambu.co/ dan ikuti kami di LinkedIn dan Twitter.

Latar Belakang Tradesocio 

Tradesocio menyediakan Teknologi Digital yang membantu institusi-institusi Pelaburan Kewangan mengurus, menawarkan dan mengakses perkhidmatan kewangan yang selamat dan menguntungkan. Kami membolehkan institusi-institusi kewangan menarik kumpulan pelanggan yang lebih luas, bermula daripada peruncitan hinggalah pelabur institusi bernilai bersih tinggi dan menawarkan mereka dengan akses kepada pelbagai perkhidmatan kewangan, lalu membawa peluang yang sama rata kepada dunia. Kami menawarkan penyelesaian pengurusan pelaburan digital yang disesuaikan kepada komuniti pengurusan pelaburan yang lebih luas yang dapat mengurangkan kos dan meningkatkan potensi pendapatan.

Kami menyediakan penyelesaian pengurusan kewangan hujung-ke-hujung yang lengkap, bermula daripada pembangunan, pengehosan dan penyelenggaraan hinggalah keselamatan dan sokongan teknikal pasca-jualan.

Source: Bambu
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Acquisitions, mergers, takeovers Financial Technology