omniture

Rockwell Automation diiktiraf sebagai finalis "Microsoft Internet of Things Partner of the Year" bagi Tahun 2021

Peneraju industri diiktiraf daripada lebih 4,400 pencalonan di lebih 100 negara
Rockwell Automation
2021-07-15 10:15 267

MILWAUKEE, 15 Julai 2021 /PRNewswire/ -- Rockwell Automation, Inc. (NYSE: ROK), syarikat terbesar di dunia dalam industri automasi dan transformasi digital telah dinobatkan sebagai finalis Anugerah Rakan Kongsi Microsoft Internet of Things 2021. Syarikat ini telah diiktiraf antara bidang global rakan kongsi Microsoft yang terunggul kerana mempamerkan keunggulan dalam inovasi dan pelaksanaan penyelesaian pelanggan berdasarkan teknologi Microsoft.

"Kami merasa cukup berbesar hati untuk menerima pengiktirafan ini daripada Microsoft," kata Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Rockwell Automation Blake Moret. "Mencapai hasil adalah perkara yang dititikberatkan oleh Rockwell dan jalinan kerjasama dengan Microsoft membantu kami untuk menunaikan janji tersebut. Sistem perindustrian pintar kami membolehkan pelanggan kami menjimatkan kos infrastruktur mereka dengan lebih lancar, mempercepatkan keberkesanan pelaburan mereka dan meningkatkan produktiviti."

Anugerah Rakan Kongsi Tahunan Microsoft mengiktiraf rakan-rakan kongsi Microsoft yang telah membangunkan dan menyampaikan penyelesaian berasaskan Microsoft yang luar biasa sepanjang tahun lalu. Anugerah-anugerah diklasifikasikan dalam pelbagai kategori, dengan penerima anugerah dipilih daripada lebih 4,400 pencalonan yang dikemukakan dari lebih 100 negara di seluruh dunia. Rockwell Automation diiktiraf kerana menyediakan penyelesaian dan perkhidmatan yang cemerlang untuk IoT.

Anugerah Rakan Kongsi Tahunan Internet of Things mengiktiraf rakan kongsi Microsoft yang merekabentuk, membangun dan menggunakan penyelesaian IoT yang dibina berasaskan inovasi pintar 'cloud' dan 'edge', seperti Azure, IoT dan peranti 'edge' bersama pelanggan mereka. Penyelesaian ini dapat membantu mempercepatkan syarikat-syarikat meningkatkan perniagaan mereka dengan meningkatkan kejelasan atau kebolehlihatan terhadap aset digital mereka seperti bagaimana keadaan atau kondisi aset tersebut pada sesuatu masa tertentu atau dapat meramalkan penyelenggaraan yang diperlukan bagi mengelakkan masa yang akan terbuang untuk membaiki aset tersebut ataupun "downtime". Hasilnya, mereka dapat memacu hasil perniagaan dan meningkatkan nilai pelanggan.

"Saya berbesar hati untuk mengumumkan pemenang dan finalis bagi Anugerah Rakan Kongsi Tahunan Microsoft 2021," kata Rodney Clark, Naib Presiden Korporat, Penyelesaian Rakan Kongsi Global, Jualan Saluran dan Ketua Saluran, Microsoft. "Rakan kongsi yang luar biasa ini telah menunjukkan komitmen yang mendalam untuk membina penyelesaian yang bertaraf dunia kepada pelanggan – bermula daripada 'cloud' hingga ke 'edge' – dan mewakili antara yang terbaik dan paling pintar yang ditawarkan oleh ekosistem kami."

Siaran akhbar Microsoft dengan maklumat lanjut mengenai anugerah tersebut dan senarai penuh pemenang dan finalis boleh didapati di: https://news.microsoft.com/2021/07/08/microsoft-announces-2021-partner-of-the-year-awards-winners-and-finalists/

Latar Belakang Rockwell Automation

Rockwell Automation Inc (NYSE: ROK) merupakan peneraju global dalam industri automasi dan transformasi digital. Kami menghubungkan imaginasi manusia/pengguna dengan potensi teknologi bagi mengembangkan apa yang mungkin boleh dilakukan secara insani, seterusnya mewujudkan dunia yang lebih produktif dan mampan. Beribu pejabat di Milwaukee, Wisconsin, Rockwell Automation mempunyai kira-kira 24,000 penyelesai masalah khusus untuk pelanggan kami di lebih daripada 100 negara. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai bagaimana kami membawa Connected Enterprise® kepada realiti di seluruh perusahaan industri, sila layari www.rockwellautomation.com.

 

Source: Rockwell Automation
Related Stocks:
NYSE:ROK
Keywords: Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Awards