omniture

DataCash dan Redecard Lancarkan Penyelesaian e-Dagang Paling Menyeluruh di Brazil

DataCash
2013-06-01 00:27 164

LONDON, 1 Jun 2013 /PRNewswire/ --

Redecard mengambil kesempatan ke atas perkhidmatan pembayaran label putih DataCash yang dinamik dan mudah lentur bagi memenuhi keperluan spesifik pasaran Brazil

Penyedia penyelesaian pembayaran global, DataCash, sebuah syarikat Mastercard, hari ini mengumumkan bahawa ia bakal bekerjasama dengan Redecard bagi menyediakan penyelesaian e-Dagang paling lengkap di Brazil, Redecard e-Dagang. Perkongsian ini akan mewujudkan penyelesaian pembayaran yang canggih bagi saudagar-saudagar di seluruh pasaran Brazil.

DataCash memberikan Redecard gerbang pembayaran yang selamat dan sangat lasak bagi memastikan saudagar Redecard memberikan pengalaman pembayaran yang lancar dan mudah kepada pengguna. DataCash menghubungkan pembekal berbilang kepada platform pembayarannya, meringkaskan proses pembayaran dan membantu kesalinghubungan antara saudagar, bank pengeluar dan Redecard sendiri.

Redecard adalah subsidiari Itaú, bank terbesar di Amerika Latin dan salah satu bank terbesar di dunia. Itaú menggajikan lebih daripada 96,000 orang dan mempunyai perniagaan di seluruh Amerika, Asia, Timur Tengah dan Eropah. Pada tahun 2012, pendapatan bersih Itaú adalah sekitar US$7 bilion.

"Kami mempunyai lebih daripada sejuta klien yang melihat kami sebagai sinonim kepada kaedah pembayaran tradisional serta berteknologi canggih. Kami akan membawa semua pengalaman ini kepada 'dunia dalam talian' untuk menangani semua cabaran dan permintaan yang dibuat oleh pasaran ini," kata Marcelo Kopel, Pengarah Eksekutif Redecard.

Produk ini menawarkan keterhubungan maju, menghubungkan pelbagai pembekal dalam urusniaga pembayaran melalui satu platform tunggal yang selamat dan lasak. Ini bermakna saudagar yang menggunakan e-Dagang Redecard akan mendapat faedah daripada satu sistem tunggal yang membolehkan mereka menerima dan memproses rangkaian kaedah pembayaran yang luas, termasuk kad kredit dan kad debit tempatan dan antarabangsa serta Boleto Bancário, kesemuanya disokong oleh peralatan cegah penipuan dan sebuah sistem pengurusan urusniaga.

"Pasaran Brazil adalah salah satu pasaran e-Dagang paling pesat berkembang di dunia," kata Ajay Bhalla, presiden DataCash. "Gerbang pembayaran DataCash bukan saja memenuhi keperluan spesifik Redecard untuk platform yang boleh memproses pembayaran daripada pelbagai sumber, tetapi juga mempunyai keandalan untuk menaik-skala sambil Redecard memperluaskan lagi jejaknya di Brazil. Akhirnya keandalan ini boleh ditawarkan kepada para saudagar, memastikan mereka mampu memenuhi permintaan yang meningkat daripada pengguna hujung untuk mengubah pengalaman pembayaran digital."

Mengenai DataCash

Ditubuhkan pada tahun 1996, DataCash Group Ltd (sebahagian daripada MasterCard Incorporated) menyediakan perkhidmatan pemprosesan pembayaran saluran berbilang sedunia serta penyelesaian pencegah penipuan dan pengurusan risiko maju kepada para saudagar dan bank-bank. Sebagai rakan kongsi global  kepada beberapa jenama sektor permainan, pelancongan, peruncitan dan kewangan yang dikenali ramai, DataCash menggabungkan pemikiran pintar dan penyelesaian hujung ke hujung bagi membantu para pelanggannya mengatasi kerumitan dan perbelanjaan yang berkaitan dengan pemprosesan pembayaran. Teknologi canggih daripada DataCash membolehkan pelanggan menerima dan memproses pembayaran dalam lebih daripada 177 mata wang, daripada lebih 45 jenama melalui saluran e-dagang, m-dagang dan saluran pemegang kad semasa – dengan sekuriti dan keyakinan peralatan yang tersuai khusus untuk memenuhi keperluan perniagaan yang semakin mendesak dan semakin meluas. Pelanggan DataCash melindungi jenama dan reputasi mereka, mempertingkatkan pengalaman pengguna hujung dan menjana keuntungan daripada peluang pemasaran global baharu.

Mengenai RedeCard

Redecard, sebahagian daripada kumpulan Itaú Unibanco, adalah salah satu daripada syarikat akreditasi utama di pasaran Brazil. Aktiviti-aktivitinya termasuklah akreditasi serta merangkap, menghantar, memproses dan melunaskan urusniaga kad kredit dan kad debit. Syarikat ini juga menawarkan kliennya prapembayaran untuk belum terima, sewaan terminal (POS), pengesahan pemeriksaan terminal (POS), serta merangkap dan memproses perkhidmatan untuk kad faedah (Baucar) serta kad kedai (Label Swasta).

Sumber: DataCash

Source: DataCash
Keywords: Computer/Electronics Electronic Commerce Internet Technology New products/services