HANOI, Vietnam, 15 Julai 2021 /PRNewswire/ -- Sebagai salah satu jenama TV generasi baharu yang terkemuka di dunia, coocaa secara rasminya mengumumkan kerjasamanya dengan Juventus Football Club yang terkenal di dunia dengan tujuan untuk membangkitkan semangat berjuta-juta peminat bola sepak melalui beberapa acara menarik bagi meraikan permainan yang cemerlang bersama seluruh dunia.
Coocaa, sama seperti Juventus FC, sekali lagi bermatlamat untuk mencapai hasil yang mengagumkan yang bukan sekadar menyumbang kepada permainan yang cemerlang, tetapi turut memperkenalkan pengalaman dan kenangan yang unik kepada peminat bola sepak dari seluruh dunia. Dengan berusaha untuk mencapai hasil yang luar biasa, coocaa menjadi penjual Terunggul #1 Lazada semasa kempen "606" dan "707" baru-baru ini dengan pelancaran S6G Pro Max TV yang terkemuka, yang menjadi semakin popular dalam kalangan orang dewasa muda hasil daripada ciri-cirinya yang berkualiti tinggi, kebolehmampuan & moden termasuk kawalan suara bebas-tangan.
Kempen 'bintang-bintang Juventus mendapat pulangan wang tunai 100% untuk TV' Coocaa yang amat terkenal diperkenalkan buat julung kalinya pada 12 Jun yang menyaksikan coocaa memberikan set TV percuma setiap kali Juventus menjaringkan gol pada musim panas yang lalu!
Mengimbau kembali kempen 'bintang-bintang Juventus mendapat pulangan wang tunai 100% untuk TV' coocaa yang menggamit perhatian beribu-ribu peminat sukan bola sepak dari seluruh Asia Tenggara, coocaa mengucapkan tahniah kepada semua peminat yang mengambil bahagian dalam kempen ini, memenangi hamper TV coocaa secara PERCUMA! Semua pemenang boleh dilihat di halaman Facebook dan Instagram rasmi kami.
Jurucakap coocaa kami Tao, Pengarah Jabatan Perancangan Pemasaran, juga ingin berkongsi sepatah dua kata mengenai kejayaan perkongsian baru-baru ini semasa perlawanan tersebut: "Tahniah kepada Juventus atas prestasi cemerlang mereka di UEFA Euro Cup 2020. coocaa amat berbesar hati dapat menjadi rakan kongsi rasmi Juventus. Dalam masa yang sama, kami ingin mengucapkan tahniah yang tulus ikhlas kepada peminat yang memenangi TV coocaa secara percuma, terima kasih kerana memilih TV coocaa, coocaa komited untuk membawa pengalaman TV bukan tradisional dengan harga yang berpatutan kepada setiap isi rumah Asia Tenggara!"
Latar Belakang coocaa
coocaa ialah cap dagangan berdaftar bagi pengeluar TV yang terkemuka dalam pasaran. Sejak tahun 2006, coocaa membawa keseronokan ke rumah, menerusi TV yang memberi inspirasi di seluruh dunia. Dengan berbuat demikian, coocaa bukan sahaja menggalakkan inovasi dan pembangunan teknologi termaju, tetapi juga berusaha untuk mencapai kualiti produk yang akan mengukir senyuman pada wajah pelanggan.
coocaa TV – Rakan Kongsi Rasmi Juventus
Nikmati #CooLife dengan coocaa.
#coocaa tv