omniture

Kajian Menunjukkan Ekopelancongan Jerung Akan Meningkat Dua Kali Ganda dalam Dua Dekad Akan Datang

The Pew Charitable Trusts
2013-06-01 00:37 137

- Pew menyeru pembinaan pusat perlindungan jerung berdasarkan penemuan terbaru

WASHINGTON, 1 Jun 2013 /PRNewswire/ -- Menurut analisis global baharu yang diketuai oleh para penyelidik di Universiti British Columbia dan para saintis lain, aktiviti memerhati jerung adalah pemacu ekonomi penting bagi berdozen-dozen negara, menjana sehingga $314 juta setiap tahun. Memetik unjuran kajian itu yang mengatakan pelancongan berkaitan jerung boleh meningkat lebih dua kali ganda dalam masa 20 tahun, menjana lebih $780 juta setiap tahun, The Pew Charitable Trusts menyeru lebih banyak perlindungan untuk jerung melalui pembinaan pusat-pusat perlindungan di seluruh dunia.

Bagi menonton aset multimedia yang berkaitan dengan siaran ini, sila klik http://www.prnewswire.com/news-releases/sharks-ecotourism-could-double-in-next-two-decades-study-says-209572001.html

Aktiviti pelancongan berkaitan jerung adalah perniagaan yang semakin maju di seluruh dunia, dengan operasi tetap di sekurang-kurangnya 83 lokasi dalam 29 buah negara. Walaupun tempat-tempat seperti Afrika Selatan, Amerika Syarikat dan Australia biasanya mendominasi industri ini, ekopelancongan jerung kini menjadi ganjaran ekonomi bagi negara-negara merentasi rantau Lautan Hindi dan Lautan Pasifik. Kajian ini mendapati aktiviti memerhati jerung menarik kehadiran kira-kira 590,000 orang pelancong dan memberi sokongan kepada lebih daripada 10,000 pekerjaan setiap tahun.

Peningkatan dalam ekopelancongan jerung dan nilai ekonominya boleh membawa kepada minat bagi membina pusat-pusat perlindungan jerung, yang memainkan peranan kritikal dalam kemantapan sistem marin. Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, sembilan negara — Palau, Kepulauan Maldives, Honduras, Tokelau, Kepulauan Bahamas, Kepulauan Marshall, Kepulauan Cook, French Polynesia, dan New Caledonia — telah membina pusat perlindungan dengan mengharamkan penangkapan jerung secara komersil bagi melindungi haiwan-haiwan dalam perairan mereka.

"Sudah jelas bahawa jerung menyumbang kepada persekitaran marin yang sihat dan sangat penting bagi kesejahteraan jutaan orang seluruh dunia dalam jangka masa panjang daripada segi sosial, budaya dan kewangan," kata Jill Hepp, pengarah pemuliharaan jerung global di Pew. "Banyak negara mempunyai insentif kewangan yang signifikan untuk memulihara jerung dan tempat-tempat tinggal mereka."

Berbeza daripada industri ekopelancongan yang semakin bertumbuh, nilai tangkapan jerung sedunia sedang menurun, sebahagian besar disebabkan oleh penangkapan berlebihan. Kira-kira 100 juta ekor jerung dibunuh setiap tahun, selalunya untuk insang mereka, yang digunakan untuk memasak sup insang jerung, sebuah hidangan popular di Asia.

Kajian Universiti British Columbia ini, yang disokong oleh Pew, telah diterbitkan dalam jurnal akademik Oryx hari ini.

pewenvironment.org   

Source: The Pew Charitable Trusts
Keywords: Environmental Products & Services Travel Advocacy Group Opinion Animal Welfare Animals/Pets Broadcast feed announcements Environmental Issues Environmental Policy New products/services Survey, Polls & Research