SINGAPURA, 15 Julai 2021 /PRNewswire/ -- Johnson Controls (NYSE: JCI), peneraju global untuk bangunan yang pintar, sihat dan lestari, hari ini mengumumkan tiga perkongsian yang menjadi peristiwa penting dengan syarikat-syarikat di Asia Pasifik bagi membantu memenuhi matlamat persekitaran, sosial dan tadbir urus (ESG) mereka serta komitmen karbon sifar bersih.
Rose Theater di kaki Gunung Fuji, Jepun, bekerjasama dengan Johnson Controls untuk meningkatkan kecekapan tenaga dan operasinya.
Visal Leng, Naib Presiden dan Presiden, Penyelesaian Bangunan, Asia Pasifik, Johnson Controls, berkata, "Kami menyedari komitmen syarikat-syarikat yang semakin meningkat terhadap penyahkarbonan dan cabaran yang mereka hadapi, termasuk modal dan jurang pengetahuan. Dengan bekerjasama bersama pelbagai pelanggan di seluruh rantau ini, kami telah menemui laluan yang inovatif untuk mereka bagi mencapai matlamat kelestarian mereka. Teknologi digital OpenBlue kami terbukti dapat mengurangkan penggunaan tenaga dengan banyak dan mengurangkan jejak alam sekitar dengan ketara."
Teknologi pam haba tersedia namun kurang digunakan di Asia Pasifik. Pam haba boleh diaplikasikan dalam banyak industri yang mana air panas digunakan dengan banyak seperti dalam pengeluaran makanan, pembuatan semikonduktor dan hotel. Terdapat potensi yang besar untuk mengurangkan emisi karbon dengan menggantikan dandang dan relau yang menggunakan bahan bakar fosil, dengan pam haba. Pam haba bukan sahaja tiga hingga empat kali ganda lebih menjimatkan tenaga berbanding dandang dan relau umumnya, tetapi ia juga dapat menjadikan proses pemanasan neutral-karbon apabila digandingkan dengan tenaga boleh diperbaharui. En. Leng menambah, "Di APAC, kami melihat minat yang semakin meningkat terhadap pam haba, khususnya dari negara-negara dengan peraturan alam sekitar yang lebih ketat seperti New Zealand dan syarikat-syarikat dengan matlamat pengurangan karbon." Keluasan portfolio Johnson Controls – dari segi saiz, kecekapan dan julat suhu – bertaraf dunia dan terus membantu pelanggan mengurangkan emisi karbon mereka.
Kecekapan tenaga terus menjadi hasil yang mudah dicapai untuk penyahkarbonan dalam sektor persekitaran binaan. Pandemik telah mengubah sektor hartanah komersial dan menekankan keperluan untuk kualiti udara dalaman yang lebih baik, menghasilkan keperluan yang lebih besar terhadap penaiktarafan. Ini merupakan jendela peluang untuk bangkit semula dengan lebih baik. Bagi menampung beberapa kos modal pendahuluan, syarikat-syarikat boleh memanfaatkan insentif dan pinjaman mesra alam yang disediakan oleh kerajaan dan bank.
"Keperluan dan kehendak untuk penyelesaian karbon sifar bersih 360-darjah adalah jelas. Perniagaan, kerajaan dan pakatan global kesemuanya telah menetapkan matlamat kelestarian yang bercita-cita tinggi sepanjang dua dekad yang akan datang, dengan banyak pihak yang beraspirasi untuk mencapai penyahkarbonan menjelang tahun 2030," kata Katie McGinty, naib presiden & ketua kelestarian, pegawai kerajaan dan hal ehwal kawal selia di Johnson Controls. "Platform seni bina terbuka penuh OpenBlue kami dapat mendorong 50% dan lebih dalam peningkatan kecekapan tenaga dan emisi karbon yang sepadan. Kami sedia maklum bahawa penyahkarbonan bangunan merupakan sebahagian daripada penyelesaian memandangkan bangunan mewakili kira-kira 40% daripada emisi global."
Pendigitalan merupakan penggalak penting untuk syarikat dan organisasi bagi mencapai sifar bersih menjelang tahun 2050 atau sebelumnya. Johnson Controls menawarkan penyelesaian yang dapat membimbing pelanggan pada peringkat yang berbeza dalam perjalanan pendigitalan mereka untuk mencapai hasil sifar bersih dan matlamat pengurusan risiko. Sebagai contoh, membolehkan peralatan terhubung dengan awan dengan analitik untuk pengoptimuman merupakan sebahagian daripada tawaran perkhidmatan dan penyelesaian OpenBlue yang berterusan. Syarikat ini turut bekerjasama dengan pembangun-pembangun terbesar dan institusi-institusi pendidikan yang paling berpandangan jauh di rantau ini untuk memikirkan laluan menuju bangunan autonomi melalui kembar digital dan kecerdasan buatan.
Johnson Controls telahpun menetapkan sasaran pengurangan emisi bercita-cita tinggi yang mana baru-baru ini diluluskan oleh Science Based Targets Initiative – sebuah organisasi bebas yang menilai dakwaan kelestarian korporat. Sebagai sebahagian daripada komitmen kelestarian alam sekitarnya, Johnson Controls bermatlamat untuk menurunkan emisi operasi sebanyak 55% dan mengurangkan emisi pelanggan sebanyak 16% sebelum tahun 2030. Platform OpenBlue untuk mengoptimumkan kelestarian bangunan akan menjadi tumpuan untuk memenuhi matlamat ini dan akhirnya mewujudkan persekitaran untuk orang yang sihat, tempat yang sihat dan bumi yang sihat.
Latar Belakang Johnson Controls:
Di Johnson Controls (NYSE:JCI), kami mengubah persekitaran tempat orang ramai tinggal, bekerja, belajar dan bermain. Sebagai peneraju global untuk bangunan yang pintar, sihat dan lestari, misi kami adalah untuk memperbaharui semula prestasi bangunan untuk menawarkan perkhidmatan kepada orang ramai, tempat dan bumi ini.
Dengan sejarah inovasi selama lebih daripada 135 tahun, Johnson Controls menyampaikan pelan tindakan masa depan untuk industri-industri seperti rawatan kesihatan, sekolah, pusat data, lapangan terbang, stadium, pembuatan dan selanjutnya melalui penawaran digitalnya yang komprehensif, OpenBlue. Dengan pasukan global yang terdiri daripada 100,000 pakar dalam lebih daripada 150 negara, Johnson Controls menawarkan portfolio teknologi bangunan, perisian dan penyelesaian perkhidmatan yang terbesar di dunia dengan beberapa nama yang paling dipercayai dalam industri ini. Untuk maklumat lanjut, kunjungi www.johnsoncontrols.sg atau ikuti kami di Halaman LinkedIn APAC Johnson Controls.