PALO ALTO, California, 31 Mei 2013 /PRNewswire/ -- Sciton, pengeluar utama sistem laser dan cahaya perubatan pelbagai aplikasi yang berkualiti tinggi, tersuai khusus dan modular untuk pasaran perubatan estetik, mengumumkan pengenalan CelluSmooth, modul laser inovatif dengan teknologi M3 milik mereka. CelluSmooth memberikan rawatan invasif minimal untuk memotong septae berserat, menggumpalkan lemak dan mengetatkan dermis bagi memperbaiki selulit*.
Prosedur CelluSmooth adalah rawatan pantas, berkesan dan selamat yang menggunakan teknologi M3 milik Sciton yang membenarkan penghantaran laser jarak gelombang 1319 nm dalam tiga mod berbeza. Teknologi M3 CelluSmooth membolehkan pengamal perubatan merawat punca selulit di peha, punggung dan kawasan-kawasan lain tubuh dalam jangka masa prosedur yang singkat. "CelluSmooth menghasilkan keputusan yang berkekalan yang sama dengan atau lebih baik berbanding prosedur kurang invasif lain di pasaran dalam jangka masa separuh atau satu pertiga lebih singkat daripada masa yang diperlukan," kata Dr. Marc J. Salzman, pakar bedah plastik yang diperakui dan pengasas Institut Pembedahan Kosmetik Salzman di Louisville, Kentucky. "Prosedur ini menghasilkan rupa yang lebih licin di kawasan-kawasan bermasalah seperti peha dan punggung dengan lebam dan ketidakselesaan yang minima kepada para pesakit kami. Rawatan ini mempunyai tahap kepuasan pesakit yang tinggi."
"Dibangunkan bersama satu panel yang terdiri daripada pakar bedah plastik dan pengamal perubatan kosmetik yang hebat-hebat, CelluSmooth adalah inovasi terbaru dalam rangkaian teknologi laser Sciton dan mewakili satu penemuan signifikan dalam pengkonturan tubuh," nyata Dan Negus, PhD, Presiden Sciton. "Ia mewakili satu lagi langkah dalam komitmen berpanjangan kami kepada pelanggan dan para pesakit mereka dengan sentiasa mempertingkatkan dan memperkenalkan peranti yang selamat dan berkesan daripada segi klinikal tanpa barangan pakai habisteknikal yang tidak diperlukan," sambung Dr. Negus lagi.
CelluSmooth boleh didapati di platform JOULE yang menawarkan modul berbilang untuk merawat banyak lagi indikasi lain. Ini, digabungkan bersama komitmen 'tanpa barangan pakai habis' Sciton, bermakna para pengamal perubatan boleh menikmati pulangan atas pelaburan yang maksimum.
Ketahui lebih lanjut mengenai CelluSmooth di http://ScitonCelluSmooth.com.
*Melalui ablasi dan penggumpalan tisu |
|
Hanya untuk edaran di luar Amerika Syarikat. |
MENGENAI SCITON:
Sciton komited dalam menyediakan penyelesaian sumber laser dan cahaya yang terbaik seumpamanya untuk para profesional perubatan yang mahukan kelasakan, prestasi dan nilai hebat. Sciton menawarkan peranti perubatan yang berkualiti tinggi untuk prosedur pemecahan lemak berbantu laser, pembaharuan permukaan kulit separa dan penuh, pengelupasan permukaan dan lapisan dalam kulit, pembuangan bulu, terapi cahaya, pengurangan kedutan, rawatan lesi vaskular dan berpigmen serta urat varikos dan juga akne. Untuk maklumat lanjut dan senarai penuh sistem-sistem Sciton, lawati http://www.sciton.com.
HUBUNGAN:
Hubungi Shelly Carmon di +1-650-493-9155 atau shelly.carmon@sciton.com.