omniture

Penginapan 72 Jam Tanpa Visa Memberi Peluang Hebat Penjelajahan Beijing dan Shanghai

Air China
2013-06-01 14:13 129

BEIJING, 1 Jun 2013 /PRNewswire/ -- Baru-baru ini Air China melancarkan produk-produk darmawisata "penginapan 72 jam tanpa visa" di Beijing dan Shanghai dengan kerjasama beberapa operator pelancongan domestik. Produk-produk ini memberi para penumpang peluang untuk menerokai beberapa tarikan utama di kedua-dua bandar ini dan menghargai budaya China yang mengagumkan.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20080625/CNW017LOGO )

Beijing dan Shanghai memulakan polisi penginapan 72 jam tanpa visa pada 1 Januari 2013 untuk penduduk dari 45 buah negara yang memegang visa dan tiket udara untuk sebuah negara atau rantau ketiga. Sebagai respon kepada polisi itu, Air China dan beberapa operator pelancongan domestik telah bekerjasama dalam memperkenalkan darmawisata yang inovatif dan tersuai khusus selama satu hingga tiga hari yang memenuhi keperluan penumpang penerbangan bersambung.

Ibu negara China, Beijing, berada di pinggir moden sejarah dan budaya China. Bersiar-siar melalui Kota Terlarang, selusuri Tembok Besar, berjalan-jalan di Istana Musim Panas, berseronok di Jalan Sanlitun Bar, nikmati hidangan gulai kambing biri-biri, makan itik Beijing atau bersiar-siar di kejiranan hutong lama – Beijing menawarkan banyak benda untuk dinikmati para penggemar budaya oriental. Sudah tentu, Shanghai juga ada banyak tawaran mengujakan bagi para pengunjung. Berjalan-jalan di tengah kedamaian bersejarah Taman Yuyuan selepas sarapan; lihat-lihat bazar Chenghuangmiao dan jalan-jalan lama Shanghai untuk menjamu selera dan bersantai di waktu tengah hari; sebelum makan malam, pergi ke Jalan Nanjing, yang merupakan salah satu tempat paling sibuk dalam Shanghai moden; selepas makan malam, dapatkan pandangan hebat dari Menara Oriental Pearl dan bangunan-bangunan bersejarah di Bund.

Sebagai penyewa Lapangan Antarabangsa Ibu Negara Beijing dan ahli Star Alliance, rangkaian penerbangan udara terbesar di dunia, Air China mempunyai sebuah rangkaian sedunia yang menyeluruh dengan Beijing bertindak sebagai habnya dan Shanghai sebagai gerbang antarabangsanya, menerbangkan para penumpang ke 1329 destinasi dalam 194 buah negara. Air China menawarkan pelbagai pilihan meluas untuk penerbangan kepada para penumpang yang layak mendapat penginapan tanpa visa dan penerbangan bersambung di Beijing, memastikan mereka akan mendapat sambungan yang lancar ke bahagian-bahagian dunia yang lain.

Jika anda berminat untuk darmawisata ini, layari laman web Air China www.airchina.com untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pejabat tiket Air China yang terdekat dengan anda.

Source: Air China
Related Links:
Keywords: Airlines/Aviation Travel New products/services