omniture

Pakar XJTLU: EU dan China berminat untuk bekerjasama dalam tadbir urus iklim

Xi'an Jiaotong-Liverpool University
2021-07-16 09:20 158

SUZHOU, China, 16 Julai 2021 /PRNewswire/ -- Dr Evans Fanoulis, Penolong Profesor Xi'an Jiaotong-Liverpool University dalam Perhubungan Antarabangsa, akan merujuk tindakan perubahan iklim EU semasa pembentangan beliau mengenai keutamaan inovasi EU di Sidang Kemuncak Global mengenai Penyumberluaran Pembuatan kali ke-3 di Changchun, China, 19-20 Julai.

"Setakat ini, China dan EU telah membangunkan projek dan sinergi bersama berhubung perubahan iklim, pencemaran dan alam sekitar," kata Dr Fanoulis. "Terdapat dialog peringkat kementerian dan peringkat tinggi bersama yang menumpukan kepada perubahan iklim serta isu alam sekitar dalam kerangka kerjasama strategik EU-China. Terdapat jalinan kerjasama yang luas berhubung isu-isu yang kritikal ini.

"Kedua-dua pihak berminat untuk bekerjasama berhubung tadbir urus iklim global. Bagi tujuan ini, China dan EU telah bersetuju untuk bersama-sama komited terhadap Perjanjian Paris untuk perubahan iklim."

Kolaborasi EU dengan China mengenai inovasi ditekankan khususnya dalam Agenda Strategik 2020, satu perjanjian 2013 antara kedua-dua rakan kongsi untuk mewujudkan sinergi dalam bidang dasar yang berbeza.

"Dalam konteks kerjasama strategik EU-China, EU telahpun membiayai projek-projek berkaitan penyelidikan, inovasi dan pembangunan saintifik," kata Dr Fanoulis.

"Saya rasa EU dan China akan terus bekerjasama dengan erat dan merangka penyelesaian yang inovatif untuk masalah seperti perubahan iklim dan meneroka selanjutnya inisiatif kolaboratif dalam bidang-bidang lain seperti pendidikan dan kesihatan awam, juga lantaran krisis pandemik COVID-19."

Dalam pembentangan beliau, Dr Fanoulis akan turut merujuk dasar perdagangan dan perindustrian EU, pelaburan EU dalam penyelidikan dan inovasi serta kolaborasi EU-China dalam bidang-bidang penting yang lain.

China dan Kesatuan Eropah telah bekerjasama secara produktif dalam beberapa tahun kebelakangan ini, dengan tumpuan terhadap makanan dan produk pertanian, pengurusan air, kesihatan, pendidikan, pengurusan risiko bencana, perubahan iklim dan perlindungan alam sekitar.

Ketika ini, dasar iklim dan alam sekitar akan menjadi sangat penting berikutan pengumuman pada 14 Julai oleh EU mengenai rancangan "Fit for 55" yang besar untuk mengurangkan emisi gas rumah hijau bersih. Rancangan ini dikeluarkan oleh Suruhanjaya Eropah, badan eksekutif EU, yang memperincikan bagaimana 27 negara EU dapat memenuhi matlamat kolektif untuk mengurangkan emisi gas rumah hijau bersih menjelang tahun 2030 sebanyak 55% daripada paras tahun 1990. Matlamat utamanya ialah emisi sifar bersih menjelang tahun 2050.

Sidang kemuncak ini ditaja oleh pihak berkuasa wilayah Changchun dan Jilin serta rakan-rakan kongsi termasuk Pertubuhan Perdagangan Dunia, Pertubuhan Pembangunan Industri Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNIDO), Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP), Volkswagen, BMW, Pfizer dan Baidu.

Source: Xi'an Jiaotong-Liverpool University
Related Links:
Keywords: Education Environmental Products & Services Green Technology Higher Education Trade show news