omniture

Doctor Who Tiba di Sydney untuk Ulang Tahun ke-50

Vivid Sydney
2013-06-01 16:50 89

SYDNEY, 1 Jun 2013 /PRNewswire/ --  Ulang tahun ke-50 untuk pengembara angkasa raya paling ikonik di dunia, Doctor Who, telah diraikan oleh ramai peminat dan pengunjung festival Vivid Sydney malam ini apabila projeksi pemetaan 3D istimewa program televisyen BBC penuh lagenda itu ditayangkan di mukaan perdana Customs House di Circular Quay sebagai sebahagian daripada acara Vivid Sydney – festival cahaya, muzik dan idea tahunan.

(Photo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130601/HK23010 )

Diterbitkan untuk BBC oleh The Spinifex Group, projeksi itu memaparkan santapan mata yang hebat menggunakan warna, cahaya dan pergerakan ketika Doctor Who mengembara melalui ruang dan masa dan dikejar oleh musuh-musuh ketatnya.

Projeksi Doctor Who ditayangkan pada enam selang masa sepanjang malam dengan muzik daripada rancangan TV itu termasuk I am the Doctor. Siar web pra-rakam istimewa projeksi itu boleh ditonton sehingga 10 Jun di www.youtube.com/vividsydney.

Destination NSW, yang memiliki dan menguruskan Vivid Sydney, bekerjasama dengan BBC Worldwide Australia & New Zealand bagi mencipta malam yang menghiburkan ini, di mana ada juga tayangan pawagam istimewa untuk dua episod daripada siri ketujuh - Asylum of the Daleks danThe Angels Take Manhattan.

Episod-episod ini memaparkan Doctor Who berhadapan dengan dua daripada musuhnya yang paling menggerunkan – makhluk asing Dalek dan Weeping Angel – dan salam perpisahan yang meruntun hati kepada teman-teman beliau, Amy dan Rory Pond.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Destination NSW, Sandra Chipchase berkata, "Memang begitu menyeronokkan bila dapat menarik kehadiran peminat Doctor Who ke projeksi mengagumkan di Customs House ini. Saya pasti semua orang daripada pelbagai lapisan usia akan terpegun melihat Doctor Who mengalahkan musuh-musuhnya. Vivid Sydney telah diperluaskan dengan signifikan tahun ini, dan kerjasama ini adalah contoh hebat bahawa kami sentiasa membawakan lebih banyak pengalaman mengujakan kepada para pengunjung festival Vivid."

Sharon Wilson, Ketua Pemasaran, Jenama, Pengguna dan Usaha niaga Baharu BBC ANZ berkata: "The Spinifex Group telah bertungkus-lumus mencipta paparan yang mempergunakan muka luaran Customs House yang indah itu sepenuhnya. Menyambut Ulang Tahun ke-50 Doctor Who di Vivid Sydney dengan cara yang begitu istimewa dan unik ini amat menyeronokkan."

Vivid Sydney kini berada dalam tahun kelima dan menjadikan pesisir bawah pelabuhan Sydney dilimpahi cahaya setiap malam dari pukul 6 petang sehingga tengah malam dan berakhir pada 10 Jun.

Gambar pegun dan video berkualiti siaran boleh didapati dan sentiasa dikemas kini pada Sabtu 1 Jun dari pukul 9 pagi GMT di: http://www.vividsydney.com/media-centre/

Untuk maklumat lanjut mengenai Vivid Sydney layari www.vividsydney.com.au

HUBUNGAN MEDIA:

Katie Moine, Pegawai Perhubungan Awam Avviso
+61-2-9368-7277 atau +610432-047-568
katiem@avviso.com.au

Source: Vivid Sydney
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Entertainment Music Travel