omniture

Rick Waugh mengumumkan persaraannya dari Scotiabank berkuatkuasa 31 Januari 2014; Brian Porter bakal menjawat jawatan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif berkuatkuasa 1 November 2013

Scotiabank
2013-06-02 00:30 120

TORONTO, 1 Jun 2013  /PRNewswire/ -- Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Scotiabank Rick Waugh hari ini mengumumkan niat beliau untuk bersara sebagai Ketua Pegawai Eksekutif berkuatkuasa 1 November 2013, selepas 10 tahun menjawat jawatan itu dan 43 tahun bersama Bank tersebut. Beliau akan kekal sebagai Pengarah Lembaga dan menjawat jawatan Naib Pengerusi Bank sehingga 31 Januari 2014.

(Photo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130531/LT23880 )

Lembaga Pengarah telah melantik Brian Porter sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif berkuatkuasa 1 November 2013. Brian telah dilantik sebagai Presiden pada 1 November 2012 dan sejurus sebelum itu beliau merupakan Ketua Kumpulan, Perbankan Antarabangsa, yang memantau semua urusan perbankan peribadi, perniagaan kecil dan komersil Bank itu dalam lebih daripada 55 buah negara di luar Kanada. Brian juga merupakan Ketua Kumpulan Pengurusan Risiko dan Perbendaharaan Global Scotiabank. Beliau menyertai Scotiabank pada tahun 1981, dan telah memegang beberapa jawatan pengurusan lain, termasuk Naib Pengerusi Perbankan dan Pasaran Global.

"Rick Waugh telah memandu Scotiabank mengharungi tempoh masa pertumbuhan pesat, menjana pulangan mengagumkan untuk para pemegang saham dan kakitangan semasa tempoh-tempoh yang sukar. Tumpuan beliau kepada pelanggan, pempelbagaian, pasaran-pasaran baharu muncul dan pengurusan risiko serta nilai-nilai peribadinya yang kuat, telah membentuk pertumbuhan dan hala tuju Bank itu dalam masa sepuluh tahun terakhir ini," kata John Mayberry, Pengerusi Lembaga.

Lembaga telah menyatakan keyakinan mereka terhadap Brian Porter dengan melantik beliau sebagai Presiden pada bulan November 2012. Mayberry menambah lagi,"Kami dengan sukacitanya mengambil langkah seterusnya dalam penggantian hari ini dengan mengesahkan beliau menjawat jawatan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif berkuatkuasa 1 November 2013. Brian mempunyai pengalaman yang pelbagai dalam Bank ini, termasuk peranan kritikal sebagai Ketua Pegawai Risiko. Lembaga berasa yakin dengan kemampuan Brian untuk terus menghasilkan keputusan yang kuat dan memajukan model perniagaan yang jelas dan mudah serta terbukti sangat berkesan untuk para pelanggan, pemegang saham dan kakitangan."

"Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Brian Porter atas pelantikan beliau sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif," kata Rick Waugh, CEO Scotiabank. "Beliau mempunyai kerjaya yang hebat di Scotiabank. Brian dan pasukan pengurusan membawa pengalaman, nilai dan budaya yang bertepatan bagi memastikan kejayaan berterusan Bank kami."

"Saya sangat berbesar hati kerana telah diamanahkan dengan jawatan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, dan saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Lembaga Pengarah dan Rick Waugh  kerana yakin dengan kemampuan saya untuk terus memberi hasil keputusan yang berkualiti tinggi, tekal dan boleh ramal untuk semua pemegang saham kami," kata Brian Porter, Presiden, Scotiabank.

Scotiabank adalah penyedia perkhidmatan kewangan multinasional utama dan bank paling antarabangsa di Kanada. Dengan lebih dari 83,000 orang kakitangan, Scotiabank serta sekutu mereka telah berkhidmat kepada kira-kira 19 juta pelanggan dalam lebih daripada 55 buah negara seluruh dunia. Scotiabank menawarkan rangkaian produk dan perkhidmatan yang luas termasuk perbankan peribadi, komersil, korporat dan pelaburan. Pada bulan Disember 2012, Scotiabank menjadi bank Kanada pertama yang dinamakan sebagai Bank Global Tahunan dan Bank Tahunan di Amerika oleh majalah The Banker, sebuah penerbitan Financial Times. Dengan aset bernilai $754 bilion (sehingga 30 April 2013), Scotiabank berdagang di Bursa Saham Toronto (BNS) dan Bursa Saham New York (BNS). Untuk maklumat lanjut sila lawati www.scotiabank.com.

Untuk maklumat lanjut:

Diane Flanagan diane.flanagan@scotiabank.com (416) 933-2176
Ann DeRabbie ann.derabbie@scotiabank.com (416) 933-1344

Source: Scotiabank
Related Stocks:
NYSE:BNS Toronto:BNS
Keywords: Banking/Financial Service Personnel announcements