omniture

Syarikat telekomunikasi Filipina jalankan ujian kebolehkendalian teknikal MNP yang berjaya


Globe Telecom
DITO Telecommunity Corporation
Smart Communications, Inc.
2021-07-16 19:01 232

MANILA, Filipina, 16 Julai 2021 /PRNewswire/ -- Operator Rangkaian Mudah Alih (MNO) utama Filipina iaitu DITO, Globe Telecom dan Smart Communications bersetuju dengan kerajaan dalam pelaksanaan Akta Kemudahalihan Nombor Mudah Alih (MNP) dan melalui syarikat usaha sama mereka, Telecommunications Connectivity Inc. (TCI) berjaya menyelesaikan ujian peringkat awal keupayaan teknikal dan kebolehkendalian mereka pada 14 Julai 2021 yang lalu.

Usaha bersama tersebut tidak lama lagi akan memberi pilihan kepada pelanggan untuk menyimpan nombor mudah alih mereka secara kekal, walaupun apabila mereka menukar penyedia rangkaian atau menukar langganan.

Berlatarbelakangkan pandemik yang masih berterusan ini, MNO berkata hasil daripada ujian teknikal peringkat awal ini adalah 'dalam jangkaan'. Selepas ujian peringkat awal menghasilkan keputusan yang positif, langkah-langkah seterusnya adalah untuk menyelaraskan proses peralihan luar, melaksanakan perlindungan daripada penipuan dan keselamatan, mengoptimumkan sistem dan operasi perniagaan bahagian belakang tepat pada masanya demi pengalaman peralihan yang lebih lancar dan lebih cepat untuk pelanggan sebelum 30 September 2021.

Dengan melaksanakan ujian peralihan sebenar yang berjaya, DITO, Globe dan Smart mendapat pandangan dan butiran awal mengenai cara untuk mengatasi kebimbangan yang masih ada dan cabaran yang mungkin wujud, sebelum menjadikan perkhidmatan tersebut tersedia kepada semua pelanggan.

DITO, Globe dan Smart telah berusaha sedaya upaya untuk memenuhi komitmen bulan Julai bersama Suruhanjaya Telekomunikasi Nasional (NTC) bagi mencapai kesediaan teknikal awal, sebelum demonstrasi peralihan antara rangkaian (interport) sebenar dengan pengawal selia syarikat telekomunikasi, pencapaian yang penting dalam proses MNP.

"Sebagai penggiat terbaharu dalam industri ini, kami benar-benar teruja untuk menyediakan perkhidmatan ini kepada rakyat Filipina di mana sahaja mereka berada. Apabila kami memasuki industri ini, ia benar-benar untuk menggalakkan persaingan dan inovasi. Dengan Akta Kemudahalihan Nombor Mudah Alih, kami telah memecahkan halangan dan memberi kuasa kemudahan kepada rakyat Filipina untuk akhirnya beralih kepada penyedia perkhidmatan pilihan mereka," kata Peguam Adel Tamano, Ketua Pegawai Tadbir DITO.

"Ujian peringkat awal memberi pandangan yang lebih jelas kepada kami berhubung pengalaman pelanggan apabila mereka memanfaatkan MNP, termasuk pengalaman pelanggan apabila mereka beralih antara rangkaian kepada nombor Globe daripada rangkaian lain dan sebaliknya. Kami banyak belajar dalam proses ini dan kami akan mengaplikasikannya untuk menjadikan peralihan mudah dan lancar buat pelanggan kami sebaik sahaja MNP tersedia buat semua," kata Issa Guevarra-Cabreira, Ketua Pegawai Komersial Globe.

"Kami berusaha dua kali ganda lebih bersungguh-sungguh bersama rakan sejawat kami daripada Globe dan DITO untuk mematuhi syarat-syaratnya. Ini selaras dengan hala tuju syarikat kami: penumpuan pelanggan sebagai hala tuju utama (Utara Sebenar) kami. Kami sentiasa berada di bahagian depan dalam penggunaan teknologi untuk mencipta pengalaman yang lebih baik buat semua orang dan ujian peringkat awal yang berjaya ini akan membantu kami memahami dan menyusun semula sistem dan proses kami, agar kami dapat menjadikan pengalaman MNP ringkas dan mudah buat pelanggan kami. Lagpipun, menjadikan perkara ringkas, menggunakan teknologi, merupakan teras dalam janji jenama Smart," kata Jane J. Basas, Naib Presiden Kanan Smart dan Ketua Perniagaan Tanpa Wayar Pengguna.

Akta Republik No. 11202, juga dikenali sebagai Akta Kemudahalihan Nombor Mudah Alih, memastikan agar pengguna telefon bimbit dapat menyimpan nombor mereka walaupun apabila mereka beralih kepada penyedia perkhidmatan yang lain atau apabila mereka menukar langganan daripada pascabayar kepada prabayar, atau sebaliknya.

Latar Belakang DITO Telecommunity Corporation 

DITO Telecommunity Corporation, dahulunya dikenali sebagai Mindanao Islamic Telephone Company, Inc. (MISLATEL) ialah syarikat telekomunikasi utama yang paling baharu di Filipina selepas ia dianugerahkan Sijil Kemudahan dan Keperluan Awam oleh Suruhanjaya Telekomunikasi Nasional pada tahun 2019. Dilancarkan secara komersial pada 8 Mac 2021, DITO komited untuk menyediakan perkhidmatan telekomunikasi yang bertaraf dunia, pantas, berpatutan dan selamat yang dapat menghubungkan rakyat Filipina yang berada di lebih daripada 7,641 pulau ke seluruh pelosok komuniti global. DITO ialah sebuah syarikat Filipina dan merupakan satu konsortium yang terdiri daripada Udenna Corporation, Chelsea Logistics dan Infrastructure dan China Telecommunications Corporation.

Latar Belakang Globe Telecom 

Globe ialah syarikat telekomunikasi khidmat-penuh yang terkemuka di Filipina dan disenaraikan secara terbuka di PSE dengan simbol saham GLO. Syarikat ini menampung keperluan telekomunikasi dan teknologi pengguna serta perniagaan mencakupi seluruh rangkaian produk dan perkhidmatan termasuk perkhidmatan mudah alih, tetap, jalur lebar, sambungan data, internet dan perkhidmatan terurus. Ia mempunyai kepentingan yang besar dalam teknologi kewangan, penyelesaian pemasaran digital, pendanaan modal teroka untuk syarikat pemula dan rawatan kesihatan maya. Pada tahun 2019, Globe menjadi penandatangan United Nations Global Compact, komited untuk melaksanakan prinsip-prinsip kemampanan sejagat. Prinsipalnya ialah Ayala Corporation dan Singtel, peneraju-peneraju industri yang diiktiraf di dalam negara dan wilayah ini.

Latar Belakang Smart Communications, Inc. 

Smart Communications, Inc. (Smart) ialah subsidiari komunikasi tanpa wayar dan perkhidmatan digital milik penuh PLDT, Inc., syarikat telekomunikasi bersepadu penuh yang terbesar di Filipina. Sehingga kini, rangkaian mudah alih Smart meliputi 96% daripada penduduk Filipina dari Batanes hingga Tawi-Tawi. Smart juga telah dinamakan sebagai rangkaian data mudah alih terpantas di negara ini dalam separuh kedua tahun 2020 oleh firma analitik pihak ketiga Ookla. Baru-baru ini, Smart juga meraih kemenangan yang jarang berlaku dalam Anugerah Pengalaman Rangkaian Mudah Alih Filipina April 2021 oleh firma analitik bebas Opensignal. Usaha ini juga merupakan sebahagian daripada komitmen syarikat untuk membantu Filipina mencapai 17 Matlamat Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu termasuk SDG no.4: Pendidikan Berkualiti dan SDG no.9: Industri, Inovasi dan Infrastruktur.

Source:
Globe Telecom
DITO Telecommunity Corporation
Smart Communications, Inc.
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Entertainment Mobile Entertainment Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Contracts