omniture

Anugerah Fair Play Menarini Antarabangsa Menarini: Program dan Nama para Pemenang Edisi XXV Diumumkan

Menarini I.F.R.
2021-07-16 20:59 450

ROM, 16 Julai 2021 /PRNewswire/ -- Kira detik bagi ANUGERAH FAIR PLAY MENARINI ANTARABANGSA XXV telah bermula dan acara tahun ini telah diumumkan secara rasmi hari ini di sebuah Sidang Media yang diadakan di Rom. Susulan daripada pembentangan program pada tahun 2021, nama para pemenang yang akan diberi penghargaan pada 1 September atas permainan mereka yang adil serta tingkah laku beretika dalam sukan, diumumkan. Edisi ini diwujudkan untuk mencapai tahap baharu dalam meraikan ulang tahun ke-25 anugerah ini dengan cara yang sangat istimewa, yang telah dimulakan pada tahun 1997 dengan hasrat untuk menonjolkan nilai-nilai terbaik dalam dunia sukan.

Pada tahun ketika pasukan bola sepak kebangsaan Itali memenangi kejuaraan Euro 2020 manakala acara pembukaan Sukan Olimpik Tokyo pula semakin hampir, anugerah Fair Play Menarini Edisi XXV ini bakal menyatukan juara dan legenda sukan yang menampilkan sisi kegigihan sukan terbaik mereka melalui kisah dan teladan yang mereka paparkan.

Tahun ini juga bakal menyaksikan pengenalan Kategori Khas "Model untuk Generasi Muda," yang diperkenalkan khusus untuk memperingati juara bola sepak Paolo Rossi dan akan dianugerahkan kepada dua bintang bola sepak terbaik iaitu Hans Mueller dan Marco Tardelli.

Pada tahun ini, dunia bola sepak akan turut diwakili oleh jurulatih Siniša Mihajlović, pemain bola sepak Belanda, Patrick Stephan Kluivert dan bekas pengadil, Pierluigi Collina yang akan disertai oleh legenda sukan lain seperti jurulatih dan bekas pemain tenis Sweden, Stefan Edberg , peninju Patrizio Oliva (juga dikenali sebagai "Sparrow Hawk"), bekas pemain bola keranjang pasukan Cantù, Pierluigi Marzorati dan pemegang rekod renang Hungary, Katinka Hosszú.

Mengiringi anugerah ini ialah Pharmaceutical Group Menarini yang memilih untuk mengaitkan namanya dengan nilai-nilai etika dan permainan adil yang ditampilkan oleh acara tersebut.

"Anugerah Fair Play Menarini Antarabangsa Edisi XXV ini juga akan menjadi suatu acara untuk mengiktiraf pengorbanan besar para profesional penjagaan kesihatan, penyelidik dan mereka yang berada di barisan hadapan yang memerangi musibah pandemik ini melalui nilai-nilai sukan yang positif," ulas Ennio Troiano, Ketua Sumber Manusia Global Menarini. "Pada detik permulaan semula yang bersejarah ini, kami berharap nilai permainan yang adil dapat membimbing kita dalam menghadapi cabaran lain pada masa akan datang."

Edisi ke-25 Anugerah Fair Play Menarini akan dilancarkan pada 30 Ogos di Castiglion Fiorentino dan diteruskan pada 31 Ogos di Florence. Majlis penganugerahan ini akan dipentaskan dan disiarkan secara langsung di Sportitalia pada 1 September dengan Lorenzo Dallari dan Rachele Sangiuliano sebagai pengacara.

Pemenang Anugerah Fair Play Menarini Antarabangsa XXV:

Hans-Peter Mueller dan Marco Tardelli – Anugerah istimewa sempena memperingati Paolo Rossi, "Model for the younger generation" (Model untuk generasi muda)
Siniša Mihajlović – "Sport and health" (Sukan dan kesihatan)
Massimo Bonini – "Fair play" (Permainan adil)
Pierluigi Collina – "Values of sport" (Nilai sukan)
Eleonora Maria Goldoni – "Fair play and solidarity" (Permainan adil dan perpaduan)
Patrick Stephan Kluivert – "Social values of sport" (Nilai sosial sukan)
Stefan Edberg – "Sporting career and fair play" (Kerjaya sukan dan permainan adil)
Pierluigi Marzorati – "Lifetime of sport" (Sukan seumur hidup)
Matteo Marconcini – "Promoting sport" (Penggalakan sukan)
Patrizio Oliva – "Sport and life" (Sukan dan kehidupan)
Katinka Hosszú – "Fair Play life model" (Model permainan adil dalam kehidupan)
Romano Battisti – "Sport beyond Sport" (Sukan selain Sukan)
Lucia Blini – Anugerah Istimewa sempena memperingati Franco Lauro, "Narrating the emotions" (Penceritaan emosi)

Ikuti kami di Media sosial: 
Facebook: @PremioFairPlayMenarini
Twitter: @PremioFairPlay 
Instagram: @PremioFairPlay_Menarini
YouTube: Premio Internazionale Fair Menarini

Tanda pagar rasmi
#FairPlayMenarini #PremioFairPlayMenarini #XXVFairPlayMenarini

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1574956/Menarini_Fair_Play_Logo.jpg?p=medium600

Source: Menarini I.F.R.
Related Links:
Keywords: Entertainment Health Care/Hospital Sporting Events Sports Sports Equipment & Accessories Awards