omniture

Persidangan Perjalanan Penyelidikan Dunia 2021 diadakan di Haikou

World Research Travel Organization Sichuan Representative
2021-07-17 03:55 436

HAIKOU, China, 17 Julai 2021 /PRNewswire/ -- Hainan ialah destinasi pelancongan ibu-bapa-anak yang terkenal di China dan cuti musim panas merupakan musim puncak untuk pelancongan di Hainan. Aktiviti promosi bersama ''Kanak-kanak' MUDA Gembira pada Musim Panas di Hainan' 2021 (2021 ''Child' YOUNG Happy in Summer in Hainan') dilancarkan secara rasmi mulai 14 Julai 2021 hingga 15 Julai 2021.

Sebagai sorotan utama aktiviti promosi bersama tersebut, Persidangan Perjalanan Penyelidikan Dunia (ke-2) 2021 menampilkan tema 'Hainan - Keseronokan dan Pembelajaran Bergabung Bersama - Letakkan Hainan di Rak Buku Anda' ('Hainan-Fun and Learning Come Together- Put Hainan on Your Bookshelf') telah diadakan secara besar-besaran di Haikou, Wilayah Hainan, China.

Persidangan Perjalanan Penyelidikan Dunia 2021 menerusi tema Hainan - Keseronokan dan Pembelajaran Bergabung Bersama - Letakkan Hainan di Rak Buku Anda' diadakan di Haikou, Wilayah Hainan, China mulai 14 Julai 2021 hingga 15 Julai 2021.

Ng Yen Yen, bekas Menteri Pelancongan Negara Malaysia, Franz Wolfgang Eder, bekas Pengarah Bahagian Geologi UNESCO, Long Yongtu, ketua perunding untuk kemasukan China ke WTO dan bekas Naib Menteri Perdagangan Luar Negeri dan Kerjasama Ekonomi, serta pakar, ilmuwan dan beratus-ratus wakil industri dari tiga belas negara dan wilayah di seluruh dunia dijemput untuk menghadiri persidangan ini secara dalam talian/luar talian.

Persidangan ini dianjurkan bersama Jabatan Pelancongan, Kebudayaan, Radio, Televisyen dan Sukan Wilayah Hainan serta Word Research Travel Organization (WRTO).

Menjadikan 'Persidangan Perjalanan Penyelidikan Dunia 2021' sebagai aktiviti utama, aktiviti promosi siri perjalanan penyelidikan 'Hainan - Keseronokan dan Pembelajaran Bergabung Bersama - Letakkan Hainan di Rak Buku Anda' menghimpunkan pakar dan ilmuwan dalam bidang penjalanan penyelidikan, penyedia perkhidmatan perjalanan penyelidikan, wakil daripada badan industri dari dalam dan luar negara bagi mengkaji trend pembangunan perjalanan penyelidikan global. Persidangan ini memilih persidangan luar talian + Audio Sebenar Secara Langsung dalam talian, yang terdiri daripada satu persidangan utama + 2 mesyuarat forum selari. Semasa berlangsungnya Persidangan ini, kandungannya melibatkan 'Kertas Putih mengenai Pembangunan Perjalanan Penyelidikan Hainan', bahan pengajaran perancangan WRTO, Sepuluh Rutin Perjalanan Penyelidikan Berkualiti Terbaik Hainan dan sebagainya telah dikeluarkan dan WRTO turut melesenkan kumpulan pertama tapak perjalanan penyelidikan yang diperakui dan melakukan perkongsian tema.

Persidangan ini turut mengadakan dua forum selari iaitu 'Forum Perjalanan Penyelidikan Menggalakkan Komunikasi Silang Budaya Global Dan Perkembangan Remaja Berlatarbelakangkan Pelabuhan Perdagangan Bebas' dan 'Forum Terokai Budaya Lautan, Inovasikan Pendidikan Masa Depan' yang menumpukan trend pembangunan masa depan perjalanan penyelidikan di Wilayah Hainan, menganalisis kepentingan perjalanan penyelidikan secara sistematik untuk perkembangan remaja berlatarbelakangkan pelabuhan perdagangan bebas serta mencari peluang untuk pembangunan industri perjalanan penyelidikan di Wilayah Hainan pada masa depan.

Semasa berlangsungnya persidangan ini, dua kumpulan tetamu telah diaturkan untuk mengkaji kursus-kursus perjalanan penyelidikan di Haikou dan Qionghai. Para tetamu memberi analisis yang komprehensif terhadap sampel kursus-kursus perjalanan penyelidikan yang disesuaikan untuk Hainan oleh WRTO agar dapat berkongsi pencapaian pembangunan perjalanan penyelidikan.

Source: World Research Travel Organization Sichuan Representative
Keywords: Fashion Hotels and Resorts Household/Consumer/Cosmetics Retail Transportation Travel Trade show news