omniture

Microsoft Umum Trainocate Holdings Pemenang Anugerah Microsoft Learning Partner of the Year, 2021

Trainocate Holdings
2021-07-19 09:12 230

SINGAPURA, 19 Julai 2021 /PRNewswire/ -- Hari ini, Trainocate Holdings mengumumkan bahawa ia telah memenangi Microsoft Learning Partner of the Year, 2021. Syarikat ini diberi penghormatan antara bidang global rakan kongsi Microsoft terunggul kerana mendemonstrasikan kecemerlangan dalam inovasi dan pelaksanaan solusi pelanggan berdasarkan teknologi Microsoft.

Trainocate Holdings, Anugerah Rakan Belajar Terbaik Tahunan Microsoft
Trainocate Holdings, Anugerah Rakan Belajar Terbaik Tahunan Microsoft

 

Anugerah Rakan Kongsi Terbaik Tahunan Microsoft
Anugerah Rakan Kongsi Terbaik Tahunan Microsoft

 

"Kami amat terharu kerana diiktiraf sebagai Global Learning Partner of the Year. Ini turut memperkukuhkan keyakinan kami bahawa penyelarasan bersama Microsoft sebagai rakan kongsi strategik memainkan peranan penting dalam transformasi perniagaan kami – menghasilkan pertumbuhan 547% berbanding tahun sebelumnya (YoY) yang belum pernah terjadi sebelum ini dalam perniagaan Microsoft kami secara keseluruhan. Sejak permulaan program ESI, Microsoft menyediakan Trainocate dengan platform yang optimum untuk jangkauan yang lebih luas kepada ramai pelanggan Azure baharu - mendayakan dan meningkatkan kemahiran mereka dengan pengetahuan dan keupayaan untuk merealisasikan sepenuhnya potensi perkhidmatan Azure Cloud. Memenangi Global Learning Partner of the Year hanya akan menginspirasikan kami untuk mencapai kejayaan yang lebih besar dengan Microsoft," kata Takashi Ozawa, Pengerusi Lembaga & Ketua Pegawai Eksekutif Bersama Kumpulan Trainocate .

Anugerah Microsoft Learning Partner of the Year memberi pengiktirafan kepada rakan-rakan kongsi Microsoft yang telah membangunkan dan menyampaikan penyelesaian berasaskan Microsoft yang cemerlang sepanjang tahun lalu. Anugerah-anugerah diklasifikasikan dalam pelbagai kategori, dengan penerima-penerima anugerah dipilih daripada himpunan dengan lebih daripada 4,400 pencalonan dikemukakan dari lebih 100 negara di seluruh dunia. Trainocate Holdings diberi penghormatan kerana menyediakan penyelesaian dan perkhidmatan yang luar biasa dalam Pembelajaran - Kecemerlangan Perniagaan.

"Saya berbesar hati untuk mengumumkan pemenang dan finalis bagi Anugerah Rakan Kongsi Terbaik Tahunan Microsoft 2021," kata Rodney Clark, Naib Presiden Korporat Microsoft, Global Partner Solutions, Channel Sales and Channel Chief. Rakan-rakan kongsi yang luar biasa ini menunjukkan komitmen yang mendalam untuk membina penyelesaian yang bertaraf dunia buat pelanggan 'from cloud-to-edge' - dan membawakan antara yang terbaik dan paling pintar yang dapat ditawarkan oleh ekosistem kami."

Latar Belakang Trainocate Holdings

Trainocate Holdings mempunyai pengalaman selama lebih 25 tahun sebagai salah satu penyedia latihan pembangunan IT dan profesional yang paling dipercayai, dengan kehadiran yang mantap di rantau Asia-Pasifik. Ketika ini, Trainocate beroperasi di 14 negara dan wilayah iaitu Singapura, Malaysia, Indonesia, Thailand, Vietnam, Filipina, Jepun, India, Sri Lanka, Tanah Besar China, Hong Kong, Taiwan, Australia dan AS. Trainocate memperkasa individu dan organisasi untuk menerima pembelajaran sepanjang hayat berserta pemerolehan kemahiran digital bagi menjamin daya saing dan kemandirian di tempat kerja yang dinamik. Kepercayaan ini memuncak kepada Trainocate dan Microsoft bekerjasama selama separuh dekad, menyelaraskan usaha kedua-dua pihak untuk mendayakan transformasi digital global bersama-sama.

Untuk maklumat tambahan:

Candy Liu – Eksekutif Kanan Pemasaran
Telefon Bimbit: (+65) 9185 1602
Emel: candy.liu@trainocate.com

Syazana Khan - Communications and Branding Specialist
Telefon Bimbit: +6016 427 5799
Emel:
syazana.khan@trainocate.com

Source: Trainocate Holdings
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Awards Financial Technology