omniture

Xinhua Silk Road: Laporan indeks ekonomi dan perdagangan China-Rusia (Harbin) diperkenal secara rasmi pada hari Rabu

Xinhua Silk Road
2021-07-19 09:46 272

BEIJING, 19 Julai 2021 /PRNewswire/ -- Laporan indeks ekonomi dan perdagangan China-Rusia (Harbin) (2021) dikeluarkan secara rasmi pada hari Rabu di Harbin, Wilayah Heilongjiang timur laut China.

Laporan indeks ekonomi dan perdagangan China-Rusia (Harbin) (2021) dilancarkan pada hari Rabu di Harbin, Wilayah Heilongjiang, timur laut China.
Laporan indeks ekonomi dan perdagangan China-Rusia (Harbin) (2021) dilancarkan pada hari Rabu di Harbin, Wilayah Heilongjiang, timur laut China.

Laporan berkenaan, bermula dengan pembangunan perdagangan China-Rusia, mencerminkan dengan tepat jumlah perdagangan antara China dan wilayah-wilayahnya bersama Rusia dengan cara yang menyeluruh dan berbilang peringkat selain memantau secara saintifik tahap pembangunan serta trend perdagangan dua hala melalui penubuhan sistem indeks yang boleh dihitung.

Pada tahun 2020, indeks perdagangan China-Rusia mengekalkan trend yang stabil dan mencecah 194.06 mata, seperti yang ditunjukkan oleh laporan tersebut.

Menurut laporan tersebut, kadar pertumbuhan perdagangan China-Rusia disenaraikan di tempat pertama antara rakan-rakan dagangan utama China. China kekal sebagai rakan dagangan utama Rusia, manakala Rusia merupakan rakan dagangan ke-10 terbesar China. Biarpun dengan impak COVID-19, kedua-dua negara ini mematuhi prinsip faedah bersama dan hasil yang saling menguntungkan, yang menunjukkan daya tahan yang kuat dalam kerjasama ekonomi dan perdagangan.

Luan Zhicheng, Naib Datuk Bandar Harbin, menyatakan bahawa Harbin akan melihat pelancaran indeks ekonomi dan perdagangan China-Rusia sebagai pautan untuk menggalakkan kerjasama yang praktikal secara komprehensif antara Harbin dan Timur Jauh Rusia agar dapat membangunkan Harbin menjadi zon galas penting bagi kerjasama yang menyeluruh antara China dan Rusia serta memberi sumbangan yang lebih besar dalam membina tanah tinggi baharu untuk keterbukaan dan kerjasama.

Indeks ekonomi dan perdagangan China-Rusia menunjukkan secara kuantitatif tahap dan trend pembangunan ekonomi dan perdagangan China-Rusia dengan cara digital, kata Wu Xuejun, pembantu presiden China Economic Information Service (CEIS).

Indeks berkenaan telahpun dikeluarkan selama tiga tahun berturut-turut sejak keluaran pertamanya pada tahun 2019, menurut Wu, menambah bahawa ia telah menjadi alat yang penting untuk menilai pembangunan ekonomi dan perdagangan China-Rusia serta amat diiktiraf oleh pakar-pakar dalam bidang ini.

CEIS yang bertanggungjawab terhadap penyelidikan dan pembangunan indeks ekonomi dan perdagangan China-Rusia, merupakan salah satu organisasi perkhidmatan maklumat ekonomi yang terbesar di China dengan rangkaian perkhidmatan paling luas serta kategori produk yang paling komprehensif. Ia melaksanakan empat platform perkhidmatan maklumat yang utama termasuk platform maklumat kewangan negara "Xinhua Finance", platform perkhidmatan maklumat komprehensif bertumpukan Jalur dan Jalan "Xinhua Silk Road", platform perkhidmatan maklumat kredit negara "Xinhua Credit" dan "Xinhua Index".

Pautan asal: https://en.imsilkroad.com/p/322699.html

Source: Xinhua Silk Road
Keywords: Banking/Financial Service Publishing/Information Service Economic news, trends, analysis Survey, Polls & Research Trade policy