omniture

P&G, Penaja Rasmi Seluruh Dunia Sukan Olimpik Tokyo 2020, Bekerjasama dengan Lazada untuk Kempen Serantau #GoForGold

Lazada Group
2021-07-19 10:00 70

KUALA LUMPUR, Malaysia, 19 Julai 2021 /PRNewswire/ -- Procter & Gamble (NYSE: PG), sebuah syarikat barangan pengguna bergerak pantas global yang terkemuka merangkap Penaja Rasmi Seluruh Dunia Sukan Olimpik Tokyo 2020, bekerjasama dengan Lazada, rakan kongsi rasmi Sukan tersebut di Asia Tenggara melalui perkongsian seluruh dunia Alibaba dengan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), untuk menyampaikan kempen membeli-belah ekstravaganza kepada pembeli dalam talian menerusi LazMall Super Brand Day.

P&G, Penaja Rasmi Seluruh Dunia Sukan Olimpik Tokyo 2020, Bekerjasama dengan Lazada untuk Kempen Serantau #GoForGold
P&G, Penaja Rasmi Seluruh Dunia Sukan Olimpik Tokyo 2020, Bekerjasama dengan Lazada untuk Kempen Serantau #GoForGold

 

 

Memandangkan ramai yang harus menunda impian mereka pada tahun 2020, kempen #GoForGold bertujuan untuk mendorong warga insan untuk terus bersemangat, mengejar pingat emas dan mencapai impian mereka, walaupun pada saat-saat yang sukar.

Diilhamkan oleh atlet-atlet Olimpik dan Paralimpik yang berusaha untuk membawa perbezaan positif kepada komuniti mereka, kempen ini akan menampilkan filem pendek yang menggabungkan usaha jangka panjang Kewarganegaraan P&G iaitu Kesan kepada Komuniti, Kesetaraan & Rangkuman serta Kelestarian Alam Sekitar. P&G percaya bahawa Sukan Olimpik mempunyai kuasa yang luar biasa untuk menyatupadukan dunia melalui sukan; di Tokyo dan melalui kerjasamanya dengan IOC, P&G menyanjung para atlet dan usaha prihatin mereka yang memberi inspirasi. 

Filem pendek "Kebaikan Anda ialah Kehebatan Anda" menyanjung para atlet yang menunjukkan nilai murni mereka di dalam dan di luar padang permainan. Disampaikan daripada perspektif ibu bapa yang bangga, filem ini menampilkan kehidupan sebenar atlet Olimpik dan Paralimpik yang menerajui dengan kasih sayang dan menunjukkan kepada dunia bahawa kehebatan yang sebenar ialah nilai murni. Filem ini akan disampaikan dalam bentuk penuh secara digital. Ia boleh ditonton dengan mengunjungi pautan (English link) ini.

"Selama bertahun-tahun, P&G telah menyokong para atlet dan keluarga mereka dalam perjalanan untuk mencapai impian Olimpik dan Paralimpik mereka," kata Alexandra Vogler, Pengarah Kanan e-dagang P&G, Asia Pasifik, Timur Tengah & Afrika. "Pada ketika dunia perlu bersatu dan membangkitkan harapan sekali lagi, para atlet ini menetapkan standard emas dari segi ketekunan, keberanian dan tidak mementingkan diri, yang kami harap akan menjadi inspirasi bagi orang lain untuk mengejar impian mereka dan #GoForGold."

"Lazada dengan bangga bekerjasama dengan P&G untuk melanjutkan kebaikan, harapan dan kecekalan dalam semangat kesukanan kepada pengguna di Asia Tenggara. Slogan iklan kami 'Go Where Your Heart Beats' menggambarkan apa yang dunia perlukan sekarang - keberanian dan inspirasi. Kerjasama ini mencerminkan semangat positif, mengekalkan impian dan menjalin hubungan melalui pengalaman membeli-belah LazMall yang diperibadikan. Semua ini boleh dilakukan melalui jejak digital Lazada. Mari kita kekal selamat dan menikmati kemudahan membeli-belah dari rumah," kata James Chang, Ketua Akaun Strategik dan Runcit Kumpulan Lazada.

Selain filem ini, kempen ini juga akan dilaksanakan di Lazada di Asia Tenggara, termasuk Thailand, Filipina, Indonesia, Malaysia dan Vietnam pada 23 Julai 2021 dan juga di Singapura pada 28 Julai 2021. Ekstravaganza membeli-belah di LazMall mempunyai pelbagai tawaran eksklusif untuk produk P&G, seperti Pampers, Olay, Pantene dan Oral-B, yang akan dilancarkan serentak dengan Majlis Perasmian Sukan Olimpik.

Butiran Kempen

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai para atlet dan organisasi yang membawa perbezaan kepada komuniti mereka, sila lawati www.Olympics.com/PG.

Mengenai 2,021 Tindakan Baik P&G pada tahun 2021

Di P&G, menyokong komuniti kami, memupuk kesetaraan dan rangkuman dan melindungi planet ini adalah terkandung dalam cara kami menjalankan perniagaan. Kami percaya bahawa kami mempunyai tanggungjawab untuk membantu meningkatkan kehidupan seharian – melalui produk yang kami hasilkan dan kesan positif yang dibawa oleh jenama dan Syarikat kami. Di bawah kempen Menerajui dengan Kasih Sayang kami, P&G dan jenamanya telah memberikan komitmen untuk melaksanakan 2,021 tindakan baik pada tahun ini.

Mengenai Procter & Gamble

P&G melayani pengguna di seluruh dunia dengan salah satu portfolio yang terkukuh dengan jenama-jenama kepimpinan yang dipercayai, berkualiti, termasuk Always®, Ambi Pur®, Ariel®, Downy®, Dynamo®, Febreze®, Gillette®, Head & Shoulders®, Olay®, Oral-B®, Pampers®, Pantene®, Safeguard®, SK-II®, Tide®, Vicks® dan Whisper®. Komuniti P&G merangkumi operasi di sekitar 70 negara di seluruh dunia. Sila kunjungi http://www.pg.com/ untuk berita dan maklumat terkini mengenai P&G dan jenamanya.

Mengenai Kumpulan Lazada

Ditubuhkan pada tahun 2012, Kumpulan Lazada ialah platform eDagang terkemuka di Asia Tenggara. Kami mempercepatkan kemajuan di Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam melalui perdagangan dan teknologi. Dengan rangkaian logistik dan pembayaran terbesar di rantau ini, Lazada ialah sebahagian daripada kehidupan seharian pengguna kami di rantau ini dan kami menyasarkan untuk melayani 300 juta pembeli menjelang tahun 2030. Sejak tahun 2016, Lazada ialah platform utama Asia Tenggara untuk Kumpulan Alibaba yang dikuasakan oleh infrastruktur teknologinya yang canggih.

Source: Lazada Group
Keywords: Computer/Electronics Electronic Commerce Retail Sporting Events Sports Web Site Contracts Licensing/marketing agreements