SINGAPURA, 19 Julai 2021 /PRNewswire/ -- Huawei Mobile Services (HMS) melancarkan Business Connect, perkhidmatan untuk pemilk perniagaan mencipta dan mengurus profil serta senarai perniagaan. Melalui perkhidmatan ini, maklumat perniagaan berdaftar mereka akan disiarkan sebagai hasil carian setempat di enjin gelintar Huawei, Petal Search dan aplikasi navigasi Petal Maps, bagi memberi peluang kepada pemilik perniagaan untuk menghubungkan produk dan perkhidmatan mereka kepada lebih 580 juta pengguna aktif dalam ekosistem HMS.
'Business Connect' oleh Huawei Mobile Services ialah platform untuk pemilik perniagaan mencipta dan mengurus profil serta senarai perniagaan mereka. Kesemua maklumat yang didaftarkan kemudiannya akan muncul sebagai hasil carian setempat dalam aplikasi Petal Maps dan Petal Search, seraya dapat membantu meningkatkan keterlihatan jenama dengan bakal pelanggan. Pemilik perniagaan boleh mendaftar untuk mendapatkan perkhidmatan tersebut melalui https://bizconnect.huawei.com atau emelkan kepada bizconnect@huawei.com.
Business Connect ialah alat yang percuma untuk semua perniagaan, bermula daripada kedai tempatan hinggalah perusahaan besar, bagi mempromosikan senarai perniagaan mereka melalui hasil carian setempat.
Platform ini membolehkan pemilik perniagaan menyesuaikan profil mereka dengan maklumat penting seperti nama dan kategori perniagaan mereka, waktu beroperasi, direktori kedai, maklumat hubungan dan foto. Maklumat ini akan muncul sebagai hasil carian apabila pengguna melakukan carian kata kunci di Petal Search dan Petal Maps, seraya meningkatkan keterlihatan jenama dengan bakal pelanggan.
Selain daripada maklumat perniagaan yang penting, perniagaan juga boleh berhubung bersama pelanggan dengan menyiarkan acara dan promosi terkini mereka. Pelanggan yang mengklik pautan ini akan dihalakan semula ke laman web pra-tetap untuk tempahan dalam talian dan membuat pesanan bagi memacu trafik tambahan ke laman sesawang perniagaan.
"Business Connect memberikan semua bentuk dan saiz perniagaan dengan peluang untuk mendekati audiens HMS dan meningkatkan keterlihatan jenama secara global. Dengan platform ini, pengguna bukan sahaja dapat mengakses senarai yang bermanfaat dengan mudah melalui carian kata kunci, ia juga dapat membantu perniagaan meningkatkan pendedahan jenama dalam ekosistem HMS," kata Shane Shan, Pengarah APAC Huawei Consumer Cloud Services.
Platform ini juga bersedia untuk memastikan keselarasan maklumat dalam aplikasi. Sebarang kemas kini yang dibuat di platform ini akan disegerakkan secara automatik di Petal Maps dan Petal Search. Ini dapat membantu memastikan pelanggan mendapat maklumat dan mengetahui perkembangan terkini, sekali gus menghapuskan kerenyahan pemilik perniagaan untuk mengemas kini maklumat mereka di setiap aplikasi secara manual.
Selain daripada profilnya yang terpusat, Business Connect akan turut memperkenalkan ulasan pengguna dan alat analitik data kelak pada bulan Ogos untuk meningkatkan lagi platform ini. Sistem ulasan pengguna akan membolehkan pengguna dan juga pemilik perniagaan terlibat secara dalam talian dengan meninggalkan dan memberi respons kepada ulasan serta penarafan pada senarai tersebut. Dalam masa yang sama, alat analitik data akan menyediakan laporan tinjauan kepada pemilik perniagaan berdasarkan klik dan pandangan pada profil mereka untuk memperbaiki perniagaan mereka ke arah lebih baik.
Untuk mendaftar Business Connect, kunjungi https://bizconnect.huawei.com atau emel bizconnect@huawei.com untuk mula berinteraksi dengan pelanggan sedia ada dan bakal pelanggan.