KUALA LUMPUR, Malaysia, 19 Julai 2021 /PRNewswire/ -- Bigo Live, platform penstriman langsung yang terkemuka di dunia, menjemput rakyat Malaysia untuk menjamu selera dengan Raja Buah pada musim durian ini dengan strim langsung Jualan Musang King. Di sepanjang strim langsung istimewa ini, Bigo Live akan menghoskan penjual-penjual durian tempatan, Charles, YouTuber Malaysia yang popular (ID Bigo Live: CharlesTee) dan Risteena, pelakon wanita tempatan Malaysia (ID Bigo Live: Risteena) yang akan menawarkan variasi Musang King yang terkenal dari harga promosi serendah RM1.
Musim durian pada tahun ini telah terbantut dengan sekatan pergerakan dan peningkatan kes jangkitan, dan sekatan perjalanan telah memberi kesan negatif kepada jualan peniaga-peniaga tempatan. Untuk mengatasi hal ini, Bigo Live akan menyediakan platform alternatif buat peniaga-peniaga durian untuk membekalkan durian kepada rakyat Malaysia untuk menikmati buah kegemaran mereka di rumah mereka.
Charles akan menawarkan sekotak Musang King dari harga RM1 (terhad kepada 100 kotak) semasa strim langsung beliau pada 17 Julai 2021 pada pukul 9.30 malam. Sebaliknya, Risteena akan menawarkan sekilogram Musang King pada harga RM1 (terhad kepada 200 kilogram) pada 19 Julai 2021 pada pukul 5 petang.
Dengan arahan kawalan pergerakan yang dipertingkatkan yang berlaku di seluruh negara yang menyekat kehidupan dan rutin harian, Bigo Live berusaha untuk membawakan kegembiraan dan positiviti kepada rakyat Malaysia dengan menjadi sumber pilihan untuk hiburan yang interaktif dan menghiburkan. Selari dengan misi ini, Bigo Live akan melancarkan tawaran yang sama di masa terdekat dan menjadikannya lebih tersedia secara meluas kepada pengguna di seluruh negara.
Untuk melihat strim langsung ini, sila muat turun aplikasi Bigo Live di sini (iOS, Android).
Latar Belakang Bigo Live
Bigo Live ialah salah satu komuniti sosial strim langsung yang paling pesat berkembang di dunia di mana pengguna dapat membuat siaran langsung dalam waktu sebenar untuk berkongsi detik kehidupan, menunjukkan bakat mereka dan berinteraksi dengan orang dari pelusuk dunia. Bigo Live mempunyai sekitar 400 juta pengguna daripada lebih 150 negara dan kini menjadi peneraju pasaran dalam industri strim langsung. Dilancarkan pada bulan Mac 2016, Bigo Live dimiliki oleh BIGO Technology yang berpangkalan di Singapura.