omniture

Xinhua Silk Road: Persidangan Industri Bahan Baharu Antarabangsa bermula di Bengbu di Anhui Timur China

Xinhua Silk Road
2021-07-20 08:27 213

BEIJING, 20 Julai 2021 /PRNewswire/ -- Persidangan Industri Bahan Baharu Antarabangsa, yang ditaja oleh Kerajaan Rakyat Wilayah Anhui dan International Commission on Glass (ICG), bermula pada hari Jumaat di Bengbu, Wilayah Anhui di timur China.

Foto menunjukkan majlis penandatanganan projek yang diadakan semasa Persidangan Industri Bahan Baharu Antarabangsa di Bengu, Wilayah Anhui timur China, 16 Julai 2021.
Foto menunjukkan majlis penandatanganan projek yang diadakan semasa Persidangan Industri Bahan Baharu Antarabangsa di Bengu, Wilayah Anhui timur China, 16 Julai 2021.

Bertemakan "Bahan baharu, Tenaga baharu, Kehidupan baharu", persidangan ini menarik lebih daripada 1,700 perwakilan yang termasuk ahli akademik dari Akademi Sains Cina dan Akademi Kejuruteraan Cina, orang yang bertanggungjawab untuk persatuan yang berkaitan dengan industri bahan baharu, eksekutif daripada perusahaan-perusahaan terkemuka dalam bidang bahan baharu dan institusi pelaburan kewangan.

Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, Wilayah Anhui telah mempercepatkan pembangunan industri bahan baharu, kata Wang Qingxian, Gabenor Wilayah Anhui dalam ucapan beliau semasa majlis pembukaan persidangan, menambah bahawa semasa tempoh Rancangan Lima Tahun ke-14 dari tahun 2021 hingga 2025, pembangunan industri bahan baharu dijangkakan akan menerima perubahan yang mendalam, dan teknologi bahan baharu semakin pantas menuju ke arah pembangunan pintar.

Huang Xiaowu, setiausaha Jawatankuasa Perbandaran Bengbu CPC, memberi pengenalan yang terperinci mengenai industri bahan baharu Bengbu daripada aspek asas perindustrian, platform R&D, dan pencapaian inovatif, dan menekankan bahawa mengadakan Persidangan Industri Bahan Baharu Antarabangsa ialah peluang yang penting untuk menarik pelaburan dan bakat. Persidangan ini akan menjadi platform yang penting untuk mempertingkatkan kebolehlihatan dan reputasi bandar ini.

Pada majlis pembukaan, projek industri bahan baharu di 14 bandar di Wilayah Anhui telah ditandatangani.

Ia difahamkan bahawa tiga aktiviti mengedok kerjasama perindustrian dan satu aktiviti teknologi dan mengedok elemen kewangan akan diadakan selepas majlis pembukaan, dan satu aktiviti pameran akan diadakan di sepanjang persidangan, mempamerkan pencapaian teknologi yang canggih dalam pembangunan industri bahan baharu. 

Bengbu akan memainkan peranan penuh peneraju platform antarabangsa berstandard tinggi ini, mempercepatkan pembangunan industri bahan baharu, dan membina platform komunikasi kelas atasan, platform yang mengeluarkan hasil dan platform mengedok perdagangan modal perindustrian untuk industri bahan baharu.

Lihat pautan asal: https://en.imsilkroad.com/p/322740.html

Source: Xinhua Silk Road
Keywords: Mining Mining/Metals Publishing/Information Service Trade show news