SINGAPURA, 3 Jun 2013 /PRNewswire/ -- Sebagai respon terhadap keperluan pengembara masa kini untuk kekal berhubung sepanjang masa, kumpulan hospitaliti Asia yang banyak memenangi anugerah, Meritus Hotels & Resorts mengumumkan pelaksanaan besar-besaran khidmat Wi-Fi percuma merentasi seluruh hartanah milik Kumpulan itu di Singapura, Malaysia, Indonesia dan China.
(Logo: http://www.prnasia.com/sa/2011/12/09/20111209194931399475-l.jpg )
Para pengunjung boleh menikmati akses terus kemudahan percuma itu sepanjang penginapan mereka, bukan hanya di bilik tetamu tetapi juga di mana-mana tempat di dalam premis hotel itu.
Perkhidmatan ini memberi setiap pengunjung jalur lebar yang mencukupi bagi menukar-nukar data melalui rangkaian peribadi maya dan saluran media sosial, serta memuat turun dan memuat naik fail-fail bersaiz sederhana, termasuk format media beraneka. Untuk pengguna jalur lebar besar yang ingin menonton video berdefinisi tinggi atau memuat turun filem, pakej jalur lebar premium boleh didapati pada harga yang berdaya saing.
Para pengunjung yang membawa pelbagai peranti boleh menikmati akses Wi-Fi istimewa sehingga tiga buah peranti.
"Ketersambungan Wi-Fi yang percuma dan berkesan telah menjadi penanda aras yang semakin penting bagi pengunjung hotel," kata Maria Taylor, Naib Presiden Rantau, Hasil Meritus Hotels & Resorts. "Dengan menawarkan penambahan nilai dan mengamalkannya sebagai standard jenama, kami dapat memastikan bahawa kami sentiasa memenuhi keperluan tetamu kami yang sentiasa berevolusi dan kekal di barisan hadapan sebuah industri yang bersaing sengit."
Meritus Hotels & Resorts mengorak kemajuan dalam bidang hospitaliti melalui inovasi produk dan perkhidmatan yang bermatlamat meningkatkan pengalaman tetamu secara keseluruhannya. Pada tahun 2012, hotel kemegahan kumpulan ini, Mandarin Orchard Singapore menjadi hotel pertama di Singapura yang menawarkan penyelesaian "skrin kedua" peranti mudah alih untuk teknologi maju dalam bilik yang menghubungkan para tetamu dengan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan dengan hanya sentuhan butang, dari mana-mana sahaja di dalam hotel itu.
Baru-baru ini Kumpulan ini juga diiktiraf sebagai Perusahaan Paling Dikagumi dalam kategori Inovasi di Anugerah Perniagaan ASEAN yang diadakan di Phnom Penh, Kemboja, bersempena dengan Sidang Kemuncak Pemimpin ASEAN.
Untuk maklumat lanjut mengenai Meritus Hotels & Resorts, lawati www.meritushotels.com.
Mengenai Meritus Hotel & Resort
Meritus Hotels & Resorts adalah sebahagian daripada divisyen hospitaliti Overseas Union Enterprise Limited (SGX-ST: "OUE"), sebuah pemilik, pemaju dan operator hartanah terpelbagai dengan portfolio lengkap aset-aset utama di lokasi-lokasi penting di Singapura dan Amerika Syarikat, serta hotel-hotel di Malaysia dan Republik Rakyat China.
Meritus Hotels & Resorts sudah lama dikenali sebagai ikon hospitaliti Asia di Singapura. Jenama ini berakar umbi daripada The Mandarin Singapura, kini dikenali sebagai Mandarin Orchard Singapore – hotel pertama dengan skala dan mutu seumpamanya yang dibina di Orchard Road pada lewat tahun 1960an.
Lebih dari 40 tahun kemudian, Meritus adalah sebuah jenama hospitaliti yang memenangi anugerah dan menawarkan kepada para pengunjungnya kelembutan, kemesraan dan penjagaan Asianya yang terkenal melalui hotel-hotel dan resort-resort dengan lokasi strategik di bandar-bandar utama dan destinasi resort indah di Singapura, Malaysia, Indonesia dan China. Portfolio semasanya termasuklah hotel pertama Mandarin Orchard Singapore, Marina Mandarin Singapore, Meritus Pelangi Beach Resort & Spa Langkawi, Meritus Mandarin Haikou, Meritus Shantou China, dan Meritus Surabaya City Centre. Jenama ini juga bakal membuka sebuah resort di Bali menjelang penghujung tahun 2013.
Dengan menggabungkan kemudahan perniagaan dan istirehat yang menyeluruh dengan perkhidmatan intuitif mesra, Meritus menyasarkan untuk sentiasa memberikan pengalaman hospitalitinya yang terkenal sambil ia terus memajukan jejak geografinya, terutamanya di Asia Tenggara dan China. Baru-baru ini, Kumpulan itu telah menerima Anugerah Jenama Warisan di Anugerah Jenama Berprestij Singapura 2012. Ia juga disebut sebagai Pemenang Global – Rangkaian Hotel Mewah di Anugerah Hotel Mewah Dunia 2012, serta Perusahaan Paling Dikagumi dalam kategori Pertumbuhan dan Inovasi di Anugerah Perniagaan ASEAN 2012.
Hubungan Akhbar:
Janice Azupardo
Naib Presiden Rantau, Penjenamaan & Komunikasi
Meritus Hotels & Resorts
DID: +65-6831-6385
E-meil: janice.azupardo@meritushotels.com