omniture

Casio bakal Lancar Model Kolaborasi PAC-MAN dengan Gaya Retro, Menyeronokkan menerusi Jam Tangan Digital

CASIO COMPUTER CO., LTD
2021-07-20 09:00 440

TOKYO, 20 Julai 2021 /PRNewswire/ -- Casio Computer Co., Ltd. hari ini mengumumkan pelancaran A100WEPC, satu model kolaborasi yang menampilkan permainan PAC-MAN ikonik yang popular di serata dunia. A100WEPC adalah berasaskan pengeluaran semula jam tangan digital F-100 baru-baru ini yang pada asalnya dilancarkan pada tahun 1978.

A100WEPC
A100WEPC

Permainan arked PAC-MAN mula dilancarkan pada tahun 1980 oleh BANDAI NAMCO Entertainment Inc. (kemudiannya Namco) dan ia mempunyai ramai peminat di seluruh dunia. Jam tangan F-100 dilancarkan pada tahun 1978 dan merupakan jam tangan kuarza Casio yang pertama diletakkan dalam bekas resin bagi menonjolkan fungsian yang canggih dengan jam randik dan fungsi kalendar.

Jam tangan A100WEPC yang baharu ini adalah berdasarkan jam tangan A100 yang dilancarkan baru-baru ini yang mengulangi reka bentuk F-100 asal termasuk susun atur depan empat-butang yang unik. Gayanya direka bentuk untuk membangkitkan rupa retro yang menyeronokkan bagi permainan PAC-MAN. Muka jam tangan menampilkan PAC-MAN piksel yang berwarna-warni dan watak-watak hantu manakala logo ILLUMINATOR tengahnya ditulis menggunakan fon PAC-MAN. Reka bentuk muka jam tangan benar-benar menyerupai skrin permainan PAC-MAN, hinggalah butirannya seperti garisan berwarna merah jambu yang menandakan jalan keluar sarang dari tempat watak-watak hantu muncul. Bekas jam bersadur emas diinspirasikan oleh warna kabinet permainan arked PAC-MAN. Bahagian atas tali jam tangan diukir dengan laser menerusi paparan PAC-MAN dikejar oleh watak-watak hantu dan pemandangan terbalik dengan PAC-MAN mengejar watak-watak hantu dipaparkan di bahagian bawah tali jam. Bahagian belakang bekas jam juga menampilkan logo serta ikon PAC-MAN.

Jam tangan ini didatangkan dengan bungkusan khas yang dicetak dengan ikon-ikon watak PAC-MAN dan skrin skor permainan bagi memberi rupa penuh permainan PAC-MAN.

Maklumat lanjut: https://www.casio-intl.com/asia/en/news/2021/0720_a100wepc/ 

 

PAC-MAN™&©BANDAI NAMCO Entertainment Inc.

 
Source: CASIO COMPUTER CO., LTD
Keywords: Electronics Gaming Entertainment Household/Consumer/Cosmetics Jewelry Retail New products/services