omniture

Piala Sudirman 2013 Berakhir, namun Kembara Sukan Chery+ Diteruskan

Chery International
2013-06-03 10:08 114

WUHU, China, 3 Jun 2013 /PRNewswire/ -- Piala Sudirman 2013 telah usai. Malaysia dan pasukan lain memberikan persembahan yang mantap. Para pemain mempamerkan pertukaran kemahiran di gelanggang dan para penonton merasakan kegembiraan dan keghairahan acara tersebut. Sebagai rakan kongsi strategik BWF dan pembekal kenderaan rasmi eksklusif bagi acara utama, Chery telah memberikan sokongan kuat yang bergema dengan semangat perkongsian, bertukar-tukaran dan kegembiraan kepada BWF semasa Piala Sudirman 2013 berlangsung. Dengan menyepadukan platform antarabangsa dengan Kembara Sukan Chery+, Chery memperkenalkan jenama Chery+ dengan lebih baik kepada dunia.

Interaksi Piala Sudirman Chery 2013 masih lagi berterusan. Semasa Piala Sudirman 2013, kolum laporan langsung mengikuti acara itu dengan terperinci. Sehingga kini, laman web itu telah mendapat lebih 10,000 tontonan, hampir 5,000 pelawat dan tambahan hampir 100 ahli Chery+ dari seluruh dunia. Penghasilan T-shirt kreatif telah menambahkan kecemerlangan kepada hentian Kembara Sukan Chery+ Malaysia. Aktiviti mudah ini membolehkan pengguna menggunakan kreativiti sendiri sepenuhnya. Paling penting, penghasilan mereka itu akan benar-benar akan sampai kepada mereka dalam bentuk barangan. Kami telah menerima hampir 200 rekaan T-shirt dan hampir 500 undian setakat ini. Aktiviti ini masih berjalan, dan pengguna dengan paling banyak undian akan menerima hadiah-hadiah kejutan daripada Chery.

Walaupun Piala Sukan Sudirman 2013 sudah usai, Kembara Sukan Chery+ masih giat dijalankan. Jika anda ingin T-shirt rekaan sendiri atau cabaran dalam talian untuk menjadi juara badminton, sila lawati http://www.cheryplus.com/2013Sudirman/.

SUMBER:  Chery International

Source: Chery International
Keywords: Auto Fashion Sporting Events Sports Transportation Web Site New products/services