omniture

Solvay melancarkan larutan perencat penstabil semula yang baharu untuk pengangkutan dan penyimpanan monomer akrilik yang lebih selamat

Diformulasikan untuk menghentikan pempolimeran luar kawalan secara berkesan dan ekonomik dengan pelarut yang tidak bertoksik
Solvay
2021-07-21 10:50 123

BRUSSELS, 21 Julai 2021 /PRNewswire/ -- Solvay telah menghasilkan Phenothiazine LVT™ 2330, larutan perencat penstabil semula (shortstop) generasi baru yang tersedia diperolehi di seluruh dunia dan ia dihasilkan untuk melindungi asid akrilik dan asid metakrilik, ester dan monomer lain daripada pempolimeran luar kawalan dalam kemudahan penyimpanan pukal, tangki pengangkutan serta kontena.

Pempolimeran luar kawalan mempunyai potensi yang merbahaya kerana tindak balas yang tidak terkawal akan menghasilkan haba yang boleh mengakibatkan kebakaran atau letupan atau keretakan tangki simpanan tertutup dan kontena pengangkutan. Pempolimeran tidak terkawal ini akan mendedahkan orang ramai, harta dan persekitaran kepada risiko yang besar.

"Phenothiazine (PTZ) LVT 2330 yang baru ini terdiri daripada tiga puluh peratus larutan cecair aktif PTZ yang dilarutkan dalam pelarut Rhodiasolv Polarclean HSP[1], salah satu daripada rangkaian produk pelarut Solvay untuk aplikasi industri yang berkesan dan mesra alam," kata Dave Vanzin, Pengurus Teknikal Servis di Solvay. "Ia dihasilkan sebagai alternatif kepada N-Metil-2-pirolidon (NMP) yang digunakan secara meluas di AS dan EU sebagai pelarut untuk perencat penstabil semula, tetapi bahan ini adalah dianggap sebagai bahan yang sangat membimbangkan (SVHC) di bawah peraturan REACH."

Phenothiazine LVT™ 2330 dari Solvay adalah lebih selamat dikendalikan berbanding larutan yang mengandungi NMP kerana mempunyai titik beku yang lebih rendah, oleh itu lebih memanfaatkan penggunaan di fasiliti dan pengangkutan di iklim yang lebih sejuk. Selain itu, kepekatan PTZ dalam Phenothiazine LVT 2330 yang amat aktif membolehkan penggunaan dan penyimpanan penstabil semula (shortstop) yang efisian dan ekonomik.

"Kami melihat potensi pasaran yang besar untuk perencat penstabil semula perintis ini yang mengandungi pelarut tidak bertoksik dan tidak meruap untuk pasaran akrilik di Amerika Utara dan Eropah, di mana ketoksikan kimia merupakan kebimbangan yang semakin meningkat bagi industri dan pihak berkuasa," kata Lars Fischer, Pengurus Pasaran Teknikal Seluruh Dunia Solvay. "Walau bagaimanapun, Asia menawarkan potensi yang terbesar di mana penggunaan perencat penstabil semula adalah tidak seragam dan kini telah diterima dengan lebih meluas untuk membantu mengurangkan risiko kemalangan."

™ Phenothiazine LVT ialah cap dagangan Solvay
® Rhodiasolv ialah cap dagangan berdaftar Solvay
[1]  Parameter Keterlarutan Hansen

Ketahui lebih lanjut Mengenai Solvay di www.solvay.com.

Ikuti kami di Twitter @SolvayGroup

Source: Solvay
Related Stocks:
EuronextBrussels:SOLB OTC:SOLVY
Keywords: Chemical Computer/Electronics Transportation New products/services