omniture

Yeo's dan Yayasan Amal Ng Teng Fong Sediakan RM1 Juta Bantuan Makanan untuk 28,000 Keluarga B40 di Malaysia melalui 'Yeo's Helping Hands'

Yeo Hiap Seng (Malaysia) Bhd.
2021-07-21 14:56 50

KUALA LUMPUR, Malaysia, 21 Julai 2021 /PRNewswire/ -- Syarikat makanan dan minuman yang terkemuka, Yeo Hiap Seng (Malaysia) Bhd (Yeo's), melancarkan Yeo's Helping Hands, satu program tanggungjawab sosial masyarakat (CSR) yang melanjutkan usaha syarikat untuk membantu masyarakat yang memerlukan.

Yeo’s bekerjasama dengan badan bukan kerajaan untuk mengagihkan bantuan makanan.
Yeo’s bekerjasama dengan badan bukan kerajaan untuk mengagihkan bantuan makanan.

 

Bantuan Makanan Yeo's diagihkan kepada masyarakat dengan kenderaan St John Ambulans.
Bantuan Makanan Yeo's diagihkan kepada masyarakat dengan kenderaan St John Ambulans.

Inisiatif pertama di bawah Yeo's Helping Hands ini akan menyaksikan pek bantuan makanan diagihkan kepada kira-kira 28,000 keluarga B40 yang paling terjejas akibat COVID-19 dalam kehidupan dan mata pencarian mereka.

Menjalin kerjasama dengan Yayasan Amal Ng Teng Fong, sejumlah RM 1 juta telah disalurkan untuk membiayai program bantuan makanan bagi menolong kira-kira 28,000 keluarga B40. Setiap isi rumah ini akan menerima pek makanan yang terdiri daripada barang keperluan makanan dan juadah istimewa yang merangkumi makanan dalam tin Yeo's, mi segera Cintan dan air kotak Yeo's.

Yeo's bekerjasama erat dengan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia, Refuge for the Refugees, St. John Ambulans Malaysia, Persatuan Kesejahteraan Rakyat Malaysia dan pertubuhan amal yang lain bagi memastikan pek makanan ini dapat diedarkan dengan pantas melalui rangkaian mereka yang sedia ada dan sampai ke tangan keluarga yang menetap di pelbagai pelosok negara ini di saat mereka memerlukan.

Mengulas mengenai inisiatif ini, En. Samuel Koh, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Yeo's, berkata, "Sebagai sebuah syarikat yang telah lama bertapak di Malaysia, kami ingin menghulurkan bantuan dan menyokong keluarga dengan cara yang praktikal pada waktu yang kritikal ini. Kami akan terus mencari jalan untuk berkhidmat dan menjaga komuniti kami."

"Kami bersimpati dengan mereka yang terjejas oleh cabaran yang belum pernah terjadi sebelum ini dan penting untuk kami memberi sokongan dengan cara yang kami mampu. Lebih penting berbanding sebelum ini, kita perlu berganding bahu sebagai satu komuniti dan saling mengambil berat antara satu sama lain untuk menempuh cabaran ini bersama-sama," tambah En. Daryl Ng, Pengarah Yayasan Amal Ng Teng Fong.

Latar Belakang Yeo's

Yeo Hiap Seng ialah sebuah syarikat Makanan dan Minuman Asia terkenal yang telah mempelopori inovasi dalam makanan dan minuman Asia selama lebih daripada seabad lamanya. Ia merupakan syarikat pertama di dunia yang membungkus minuman Asia dalam karton aseptik Tetra Brik menggunakan proses UHT dan syarikat pertama yang menawarkan kari ayam dalam bentuk tin. Rangkaian minuman kacang soya dan teh kekwa popular Yeo's dijual secara meluas di Asia dan dalam kalangan masyarakat Cina di Eropah dan Amerika Utara.

Hari ini, Kumpulan ini menawarkan perkhidmatan dalam lebih daripada 30 pasaran di seluruh dunia yang mana pelbagai makanan dan minuman Asia daripada Yeo's dikenali kerana rasanya yang asli dan kualiti yang luar biasa.

www.yeos.com.sg

Latar Belakang Yayasan Amal Ng Teng Fong

Yayasan Amal Ng Teng Fong ditubuhkan pada tahun 2010 bagi memperingati mendiang pengasas Sino Group, Encik Ng Teng Fong. Yayasan ini merupakan penyokong setia terhadap pendidikan, pembangunan belia dan khidmat masyarakat. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Yayasan Amal Ng Teng Fong telah menyokong lebih 200 pertubuhan bukan kerajaan tempatan dan perusahaan sosial. Selain daripada menyokong usaha yang baik seperti Festival Seni Hong Kong, National Gallery of Singapore serta pemulihan Tembok Besar dan Yanxi Gong, Yayasan ini menyediakan bantuan kewangan kepada pelajar daripada keluarga yang kurang bernasib baik di Hong Kong dan China melalui Biasiswa Ng Teng Fong. Ia turut menyokong inisiatif ilmiah Peking University, Tsinghua University dan Zhejiang University di China serta National University of Singapore, Singapore University of Technology+ and Design dan Nanyang Technological University di Singapura.

www.ntfcf.org.hk

Untuk Maklumat Lanjut Pihak Media

Pat-Lin Communications
S.S. Patricia
HP : 019 668 3083 
patricia@patlin.com.my

Source: Yeo Hiap Seng (Malaysia) Bhd.
Related Links:
Keywords: Beverages Food/Beverages Corporate Social Responsibility Not for profit