omniture

My Talking Angela 2 Sudah Tiba dan Menuju Terus ke AppGallery

Keseronokan dan persahabatan menjadi keutamaan dalam permainan teman maya baharu yang moden dan menarik daripada pembangun permainan mudah alih Outfit7
AppGallery, Huawei
2021-07-21 15:01 193

SHENZHEN, China, 21 Julai 2021 /PRNewswire/ -- My Talking Angela 2, susulan kepada permainan mudah alih haiwan kesayangan maya yang popular, My Talking Angela, telah dilancarkan di AppGallery. Permainan ini mengikuti kejayaan versi asal, yang menarik beberapa juta muat turun. Permainan baharu daripada Outfit7, peneraju global dalam permainan mudah alih haiwan kesayangan maya, boleh didapati serentak di kedai aplikasi utama lain, mengukuhkan AppGallery sebagai platform aplikasi ketiga terbesar di dunia.

My Talking Angela 2 kini tersedia di AppGallery
My Talking Angela 2 kini tersedia di AppGallery

"Kegembiraan bermain My Talking Angela 2 bukan hanya ia menyeronokkan, malah ia juga menyokong gaya individu pemain," kata Gray Zhang, Ketua Hubungan Permainan dan Pembangunan, CEE dan Nordic, Kumpulan Perniagaan Pengguna Huawei. "Tidak seperti permainan lain yang menjual idea rupa yang "sesuai", tajuk ini jugak menggalakkan hak pemain untuk menjadi sesiapa sahaja yang mereka inginkan dan bermain dengan cara yang mereka inginkan. Kami sangat gembira dapat bekerjasama dengan Outfit7 dan dapat melancarkan permainan hebat mereka di AppGallery."

My Talking Angela 2 menggalakkan pemainnya untuk mengalami keajaiban persahabatan melalui beberapa siri aktiviti yang dinamik yang menonjolkan kepentingan penjagaan dan ekspresi diri. Dengan pilihan penyesuaian yang tidak terkira, pemain dapat mengenakan pakaian, mendandan rambut dan menyolek, dan menghias pangsapuri Angela mengikut citarasa mereka sendiri.

"Dari sejumlah pilihan penyesuaian, ke reka bentuk seni dan permainan berkualiti tinggi, kami menolak batasan apa yang boleh dilakukan di mudah alih dengan My Talking Angela 2," kata Xinyu Qian, Ketua Pegawai Eksekutif Outfit7. "Dalam permainan ini, kami menghidupkan Angela seperti yang belum pernah terjadi sebelum ini, dan kami tidak sabar untuk melihat pendapat para pemain tentang tambahan terbaru kami kepada alam permainan Talking Tom & Friends."

My Talking Angela 2 mengikuti kejayaan Talking Tom Gold Run1, keluaran terdahulu Outfit7, yang kini merupakan antara 5 permainan teratas yang paling banyak dimuat turun di AppGallery di China. Huawei akan menyokong permainan ini dengan mencipta wajah-wajah jam tangan istimewa yang menampilkan Talking Angela untuk barisan jam tangan pintar terkini Huawei. Di samping itu, para peminat dapat menonton Talking Angela dalam siri Talking Tom & Friends2 CGI animasi. Berdasarkan kepada francais dengan nama yang sama yang memenangi pelbagai anugerah, rancangan ini boleh didapati di platform video Huawei, Huawei Video.

Sebagai salah satu pasaran aplikasi yang pesat berkembang di dunia, AppGallery berusaha untuk bekerjasama dengan jenama-jenama dan pembangun permainan yang terkemuka, yang mempunyai tajuk yang menarik paling ramai audiens di seluruh dunia. AppGallery beroperasi di 170 negara di seluruh dunia, dengan 540 juta pengguna aktif bulanan di seluruh dunia.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi https://appgallery.huawei.com/#/app/C104422571

Nota untuk editor:

1 Talking Tom Gold Run kini merupakan permainan keempat yang paling banyak dimuat turun di AppGallery di China; setakat 15 Julai 2021

² Siri The Talking Tom & Friends tersedia di Huawei Video di negara-negara terpilih; harga mungkin berbeza.

Source: AppGallery, Huawei
Keywords: Electronics Gaming Computer/Electronics Entertainment Mobile Entertainment Multimedia/Online/Internet Telecommunications New products/services