omniture

XCMG Hantar 972 Unit Peralatan Jentera Pembinaan ke Amerika Selatan

XCMG
2021-07-21 15:35 64
  • Jaringan perikatan global yang mantap membantu XCMG memberi komitmen berpanjangan
  • 972 unit merupakan pesanan tunggal terbesar China bagi eksport jentera dalam 5 tahun kebelakangan ini

LIANYUNGANG, China, 21 Julai 2021 /PRNewswire/ -- Pengeluar jentera pembinaan yang terkemuka XCMG (000425.SZ) menghantar 972 unit produk jentera pembinaan kepada pelanggan di Amerika Selatan melalui COSCO Shipping pada 20 Julai dari Lianyungang, China. Penghantaran kumpulan XCMG melibatkan mesin pengorek, jentera angkut, jentera perata, antara lain, dimuatkan dalam 935 kontena, yang merupakan penghantaran luar negara terbesar tunggal dalam tempoh lima tahun dan kedua terbesar sejak Projek V58 pada tahun 2011.

XCMG Ships 972 Units of Construction Machinery Equipment to South America.
XCMG Ships 972 Units of Construction Machinery Equipment to South America.

"Peristiwa penghantaran dengan kerjasama COSCO Shipping ini adalah sangat penting untuk XCMG dan rakan-rakan kongsi kami. Kami telah mengatasi kesukaran besar penyelenggaraan rantaian bekalan semasa keadaan pandemik COVID-19 dan meningkatkan keyakinan pelanggan global," kata Lu Chuan, Presiden XCMG.

XCMG dan COSCO Shipping telah membentuk satu jalinan kerjasama yang hebat sejak XCMG memenangi bidaan untuk sebuah projek besar di Amerika Selatan pada awal tahun 2021, namun kemudian menghadapi cabaran besar untuk menghantar semua produk dalam tempoh yang singkat semasa pandemik memandangkan rantaian bekalan global dan kapasiti logistik barangan angkut laut dihadkan secara besar-besaran. COSCO Shipping bertindak pantas untuk memperuntukkan sumber dan menyesuaikan satu rancangan penyelesaian untuk XCMG menyelesaikan masalah pengangkutan kontena bagi memastikan penghantaran yang tepat pada masanya dan teratur.

Menjelang penghujung separuh pertama tahun 2021, jumlah eksport XCMG meningkat sebanyak 70 peratus berbanding tahun sebelumnya (YOY). Produk-produknya kini dijual di 187 negara dan wilayah di seluruh dunia termasuk 97 peratus negara Inisiatif Jalur dan Jalan dan kini XCMG memegang bahagian pasaran eksport tertinggi dalam 30 negara.

Projek V58 XCMG-Venezuela pada tahun 2011 yang berjumlah USD744.6 juta merupakan pesanan eksport terbesar bagi jentera pembinaan Cina setakat ini. Kerajaan Venezuela memperkenalkan rancangan faedah 2 juta buah rumah untuk menyelesaikan masalah kehidupan untuk penduduk yang memerlukan sejumlah besar peralatan jentera pembinaan. Dengan barisan produk yang komprehensif, kualiti yang andal serta keupayaan pengilangan dan perkhidmatan yang terkemuka, XCMG menandatangani pesanan eksport terbesar iaitu sebanyak 6,025 unit peralatan.

Membentuk perikatan yang mantap bersama jabatan kerajaan, perusahaan, institusi kewangan dan organisasi yang berkaitan membolehkan XCMG membina platform kolaborasi strategik di luar negara serta menyediakan sokongan produk dan perkhidmatan yang lebih mantap, membawa lebih nilai dan keadaan yang saling menguntungkan buat semua pihak.

Dalam tempoh dua tahun lalu, China Railway Transportation Logistics ("CRTL"), juga salah satu rakan kongsi global XCMG, membantu menghantar lebih 1,000 kontena penghantaran kiub tinggi dengan produk jentera XCMG ke negara-negara Eropah melalui China-Europe Railway Express. Diadaptasi dengan teknologi pengangkutan antara mod CargoBeamer, CRTL membantu mengurangkan kos masa untuk penukaran bogi semasa melintasi sempadan sepanjang perjalanan dari China ke Eropah.

Melalui kerjasama yang semakin kukuh, XCMG dan sekutu-sekutu globalnya boleh meluaskan rangkaian produk, rantaian nilai dan skop global masing-masing dengan membuka pasaran baharu dan berkongsi sumber bermanfaat bagi mewujudkan platform yang inovatif dan mampan untuk seluruh rantaian nilai.

 

Source: XCMG
Related Stocks:
Shenzhen:000425
Related Links:
Keywords: Auto Computer/Electronics Machinery Mining/Metals Transportation