omniture

Alzheimer Meninggalkan Petunjuk dalam Darah

Araclon Biotech
2013-06-04 08:00 167

ZARAGOZA, Sepanyol, 4 Jun 2013 /PRNewswire/ --

Penyelidik - penyelidik Alzheimer di Sepanyol telah maju selangkah lagi dalam usaha untuk menemui satu ujian darah bagi membantu diagnosis penyakit Alzheimer.

Dengan hampir 75% daripada anggaran 36 juta pesakit Alzheimer di seluruh dunia yang masih belum menerima diagnosis yang boleh dipercayai, potensi kesan ke atas kehidupan mereka yang mungkin mendapat penyakit ini, kini dan akan datang, adalah sangat besar.

Penyakit Alzheimer adalah satu penyakit neurodegeneratif yang selalu dihidapi oleh golongan yang telah berumur. Simptom yang sering dikaitkan dengan penyakit ini ialah kehilangan memori secara beransur-ansur sehingga ke tahap di mana pesakit-pesakit menjadi sangat bergantung kepada penjaga untuk keperluan harian mereka.Terdapat banyak kajian yang menyokong teori yang mengatakan sekumpulan peptida dikenali sebagai beta amyloid(Aβ),yang didapati secara semulajadi di dalam badan,ialah penyumbang utama kepada penyakit Alzheimer. Melalui satu proses yang masih tidak nyata kepada sains, terdapat satu pengumpulan peptida jenis ini di dalam otak sehingga selepas beberapa tahun menyebabkan rungutan ingatan dan simptom-simptom lain yang berkaitan dengan penyakit ini.

Profesor Manuel Sarasa, Pegawai Khidmat Pelanggan dan pengasas syarikat penyelidikan Sepanyol, Araclon Biotech, dan kumpulannya telah menyempurnakan ujian-ujian darah "ABtest40" dan "ABtest42" untuk mengukur sejumlah kecil peptida di dalam darah.

"Kajian telah menunjukkan bahawa ujian-ujian darah kami untuk Aβ di dalam darah telah menemui satu pertalian yang sangat tinggi antara tahap peptida dan penyakit ini apabila dibandingkan dengan orang yang sihat dan orang yang mempunyai masalah kognitif yang ringan,"((MCI) petanda paling awal tahap kehilangan ingatan.)

"Dengan mengukur tiga aras berasingan dalam darah, tanpa plasma, terikat kepada komponen plasma dan terikat kepada sel-sel darah, untuk dua jenis peptida paling signifikan, Aβ40 dan Aβ42, kemudian membandingkan nisbah aras-aras tersebut dengan kaedah diagnosis yang mantap, kami telah dapat menunjukkan secara tekal, hubungan antara aras Aβdan penyakit ini,"kata beliau.

"Ini bermakna kami, dan dengan perkataan 'kami'saya maksudkan penyelidik-penyelidik Alzheimer secara am, semakin hampir mendapat biopenanda invasif yang minimum untuk penyakit Alzheimer,"ujar Professor Sarasa."Apa yang penting ialah kajian-kajian boleh ditambah pada peringkat awal dan menggunakan perbelanjaan yang lebih rendah.Terapi intervensi boleh diuji pada tahap awal penyakit dan apabila terapi yang efektif ditemui, jenis ujian akan dapat disesuaikan untuk saringan populasi dalam sektor kesihatan awam."

Hasil kajian ini sedang diterbitkan dalam Journal of Alzheimer's Disease 36(3) dalam bulan Julai.

Profesor Sarasa berkata telah ada kajian multinasional yang lebih besar sedang dilaksanakan dengan 255 pesakit dan firma yang berpangkalan di Zaragoza, sebahagian daripada kumpulan syarikat Grifols, yang juga sedang menanti untuk mengesahkan keputusan-keputusan ini dengan lain-lain kumpulan pesakit yang serupa di seluruh dunia.

MENGENAI ARACLON BIOTECH SL

Araclon, sebuah syarikat Grifols, (http://www.araclon.com) telah ditubuhkan oleh Prof. Manuel Sarasa pada tahun 2004 di Zaragoza, Sepanyol. Ia adalah sebuah syarikat yang mengkhusus kepada pengesanan awal dan rawatan penyakit Alzheimer.

MENGENAI JOURNAL OF ALZHEIMER'S DISEASE (JAD)
Journal of Alzheimer's Disease (http://www.j-alz.com) ialah jurnal pelbagai disiplin antarabangsa yang memudahkan kemajuan dalam pemahaman etilogi, patogenesis,epidemiologi, genetik, tingkah laku, rawatan dan psikologi penyakit Alzheimer. Jurnal ini diterbitkan oleh IOS Press (http://www.iospress.com).

Bryony Chinnery
Perhubungan Awam Kaizo
Bryony.Chinnery@kaizo.co.uk
+44(0)203-176-4723

Sumber: Araclon Biotech

Source: Araclon Biotech
Keywords: Biotechnology Health Care/Hospital Clinical Trials/Medical Discoveries Survey, Polls & Research