omniture

Peng Liyuan gesa kerjasama untuk pendidikan wanita, pengurangan kemiskinan

CCTV+
2021-07-23 16:31 117

BEIJING, 23 Julai 2021 /PRNewswire/ -- Laporan daripada CCTV+:

Peng Liyuan, isteri Presiden Cina Xi Jinping, pada hari Selasa menyeru agar melaksanakan usaha bersepadu dan berterusan demi memperkukuh kerjasama untuk pendidikan wanita dan pengurangan kemiskinan.

Peng, utusan khas bagi Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) untuk kemajuan pendidikan kanak-kanak perempuan dan wanita, membuat kenyataan tersebut semasa berucap melalui pautan video forum pendidikan wanita dan pengurangan kemiskinan, yang ditaja bersama oleh All China Women's Federation dan institusi-institusi berkaitan Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO).

Menyatakan bahawa membasmi kemiskinan dan merangkul kegembiraan menonjolkan ideal umum untuk wanita dan pendidikan akan memberi kuasa kepada wanita untuk menghapuskan kemiskinan, Peng berkata bahawa Cina telah mencapai kemenangan sepenuhnya dalam perjuangan memerangi kemiskinan dan beratus-ratus juta wanita di China telah keluar daripada belenggu kemiskinan.

China telah mengambil beberapa langkah untuk memastikan agar wanita sama layak untuk mendapatkan pendidikan dan mereka menjadi benefisiari, peserta dan penyumbang dalam perjuangan memerangi kemiskinan, kata Peng.

Beliau menyebut satu program oleh kerajaan tempatan di Wilayah Guizhou untuk membangunkan industri khusus kraftangan wanita dan Zhang Guimei, seorang guru besar, membantu kanak-kanak perempuan di kawasan pergunungan yang dilanda kemiskinan merealisasikan impian kolej mereka.

Peng menyatakan bahawa ketika ini, masih terdapat 435 juta orang wanita yang hidup dalam kemiskinan di seluruh dunia di tengah-tengah jurang pendidikan yang ketara antara jantina dan cabaran baharu dalam menghadapi pembasmian kemiskinan yang dibawa oleh COVID-19.

Memuji peranan wanita dalam menggalakkan pembangunan SCO sepanjang 20 tahun yang lalu sejak penubuhannya, Peng menyeru agar saling bekerjasama dan berterusan memperkukuh kerjasama untuk pendidikan wanita dan pengurangan kemiskinan, menambah bahawa ini akan dapat menerangi jalan harapan untuk wanita melalui pendidikan dan membawa lebih banyak peluang kepada wanita untuk menjadikan kehidupan lebih baik.

Source: CCTV+
Keywords: Education Publishing/Information Service Women-related news