omniture

Pameran Canton ke-130 bakal diadakan dalam talian dan luar talian

Ministry of Commerce, PRC
2021-07-23 16:47 168

GUANGZHOU, China, 23 Julai 2021 /PRNewswire/ -- Pameran Import dan Eksport China ke-130 (Pameran Canton) akan diadakan dalam format tergabung, secara dalam talian mahupun luar talian, antara 15 Oktober dan 3 November 2021. Edisi Pameran Canton ini akan menampilkan paparan dalam 51 bahagian pameran berdasarkan 16 kategori produk berserta "zon penggiatan luar bandar" khusus yang mempamerkan produk dari pelbagai kawasan luar bandar China dan akan dibuka kepada pengunjung secara maya mahupun peribadi.

Pameran Canton ke-130 bakal diadakan dalam talian dan luar talian
Pameran Canton ke-130 bakal diadakan dalam talian dan luar talian

Pameran di lapangan akan terus diadakan menerusi format tiga fasanya yang biasa, dengan setiap fasa berlangsung selama 4 hari. Jumlah ruang pameran ialah 1.185 juta meter persegi dan sekitar 60,000 reruai standard dijangka akan memenuhi kawasan yang sangat luas ini. Wakil-wakil Cina daripada organisasi-organisasi dan syarikat-syarikat luar negara serta para pembeli domestik kesemuanya dijemput untuk menghadiri Pameran tersebut. Laman sesawang pameran dalam talian Pameran berkenaan membangunkan fungsian inovatif yang menggabungkan ruang acara di lapangan dengan lancar bagi membolehkan jumlah pengunjung yang meningkat untuk menghadiri versi luar talian Pameran tersebut.

Pameran Canton ialah acara perdagangan antarabangsa yang komprehensif dengan sejarah paling lama, skala paling besar, kepelbagaian barang pameran yang paling lengkap dan pusing ganti perniagaan yang terbesar di China. Dengan tahun ini merupakan ulang tahun keseratus Parti Komunis China, Pameran Canton ke-130 menjadi sangat penting. Kementerian Perdagangan akan bekerjasama erat dengan Kerajaan Wilayah Guangdong untuk meningkatkan dan mempercepatkan pelbagai rancangan yang disediakan termasuk organisasi pameran, aktiviti sambutan selain mengukuhkan lagi peranan Pameran Canton sebagai platform untuk pembangunan yang menyeluruh dan dalam masa yang sama mengumpul hasil mengagumkan yang diperoleh dalam pencegahan dan kawalan COVID-19.

Dari perspektif pembangunan sosial dan ekonomi, Pameran berkenaan akan berperanan untuk memperkukuh corak pembangunan negara baharu yang menyaksikan peredaran ekonomi domestik sebagai tulang belakang sementara peredaran ekonomi domestik mahupun antarabangsa saling mengukuhkan satu sama lain secara serentak.

Syarikat-syarikat Cina dan antarabangsa dialu-alukan untuk mengunjungi acara besar-besaran tersebut iaitu Pameran Canton ke-130 dan semua orang dapat bersama-sama membantu mencipta masa depan yang lebih baik.

Pusat Dagangan Asing China (China Foreign Trade Centre)

Source: Ministry of Commerce, PRC
Keywords: Banking/Financial Service Retail Trade show news