omniture

Global Atelier Sdn Bhd Pilih Arcc Spaces Sebagai Rakan Kongsi Tempat Kerja Strategik Jangka Panjang

Lokasi pusat di Mid Valley City dan pengalaman pelanggan yang cemerlang merupakan kunci kejayaan syarikat
Arcc Spaces
2021-07-23 16:52 2271

KUALA LUMPUR, Malaysia, 23 Julai 2021 /PRNewswire/ -- Global Atelier Sdn Bhd, syarikat runcit fesyen terkemuka yang mengurus beberapa jenama fesyen yang terkenal di dunia termasuk Fred Perry dan ALT3RD di Malaysia, meraikan ulang tahun kelapannya bersama Arcc Spaces. Terletak di Centrepoint South di Mid Valley City dengan pengalaman pelanggan yang diperibadikan, Global Atelier Sdn Bhd memilih Arcc Spaces untuk menjadi rakan kongsi tempat kerja strategik jangka panjangnya sejak tahun 2013 dan berkembang daripada sebuah syarikat dengan empat orang ahli menjadi sebuah suit pejabat dengan 10 ahli pasukan.

Justin Chan, Regional Operations Manager (Left), & Farez Khan, Marketing & PR Specialist (Right), of Global Atelier Sdn Bhd.
Justin Chan, Regional Operations Manager (Left), & Farez Khan, Marketing & PR Specialist (Right), of Global Atelier Sdn Bhd.

Arcc Spaces membuka pusat pertamanya di Kuala Lumpur pada tahun 2007 dan kini mempunyai tiga pusat di daerah pusat perniagaan (CBD) di Centrepoint South, The Pavillion Tower dan Gardens North Tower. Dengan lokasi-lokasi pusat, tawaran produk premium dan pengalaman pelanggan lima bintang, Arcc Spaces terkenal dengan PKS dan MNC di bandar tersebut untuk mengembangkan perniagaan mereka. Arcc Spaces ialah salah satu penyedia perkhidmatan tempat kerja fleksibel perintis dalam pasaran ini sejak tahun 2003 dengan ibu pejabatnya terletak di Singapura dan jejaknya di China selain Kuala Lumpur. Dengan 16 pusat di rantau ini dan pasukan penyelesaian perusahaan yang berpengalaman, Arcc Spaces menawarkan tempat kerja buatan khas kepada pelanggan berdasarkan keperluan perniagaan mereka termasuk keselamatan pusat daya, ruang pejabat persendirian, kawasan komuniti yang selesa dan bilik mesyuarat yang boleh dibesarkan.

Global Atelier Sdn Bhd memulakan operasi perniagaannya dengan Arcc Spaces dan berkembang dengan pantas. Sebagai rakan kongsi rasmi beberapa jenama fesyen yang terkenal di dunia, lokasi dan suasana pejabat adalah penting untuk menarik minat rakan kongsi dan pelanggan serta menarik dan mengekalkan bakat. Selama bertahun-tahun, Global Atelier Sdn Bhd telah memanfaatkan penawaran daripada Arcc Spaces untuk berhubung dengan pemegang kepentingannya seperti mengadakan latihan kakitangan biasa serta mesyuarat pengurusan stor suku tahun di bilik mesyuarat canggih yang serba lengkap dan menyambut tetamu oleh pasukan pengalaman pelanggan Arcc Spaces yang berpakaian formal serta kemas dan rapi.

Farez Khan, Pakar Perhubungan Awam dan Pemasaran Global Atelier Sdn Bhd berkata, "Kami berasa sangat gembira menyambut ulang tahun kelapan kami dengan Arcc Spaces. Arcc Spaces ialah rakan kongsi tempat kerja strategik jangka panjang kami sejak penubuhan kami bermula. Mereka menyediakan kami dengan penyelesaian tempat kerja yang fleksibel untuk memberi manfaat kepada operasi dan pertumbuhan perniagaan kami. Apabila Syarikat kami berkembang daripada empat kepada sepuluh ahli pasukan, Arcc Spaces mengatur suit pejabat baharu untuk kami bagi memenuhi keperluan segera kami yang pasti sangat mencabar sekiranya kami menggunakan ruang pejabat tradisional. Selain itu, sejak tercetusnya COVID-19, Arcc Spaces memberi perhatian yang tinggi terhadap kebersihan pusat tersebut dan keselamatan semua ahli, bagi membolehkan kami memberi tumpuan ke atas tugas kami."

"Baru-baru ini, pasukan pengalaman pelanggan Arcc Spaces menganjurkan kejutan majlis ulang tahun untuk salah seorang daripada eksekutif kanan kami. Berserta acara perayaan biasa mereka, Arcc Spaces mewujudkan keharmonian, keselesaan dan perpaduan pasukan buat kami."

Varian Saw, Pengurus Besar Arcc Spaces Kuala Lumpur berkata, "Walaupun Arcc Spaces ialah penyedia perkhidmatan penyelesaian tempat kerja yang fleksibel, kebanyakan pelanggan kami merupakan rakan kongsi jangka panjang kami dan kami menghargai hubungan jangka panjang kami bersama mereka untuk berkembang dan maju bersama-sama. Selama bertahun-tahun, kami telah berkembang daripada satu kepada tiga pusat di Malaysia dan beberapa pelanggan kami telah berkembang bersama kami, memindahkan pasukan ke pusat-pusat lain di dalam Kuala Lumpur. Segelintir pelanggan kami kini merupakan rakan kongsi strategik kami untuk kumpulan ini seperti penyelesaian perisian HR, perkhidmatan awan dan vendor makanan dan minuman (F&B). Lebih penting lagi, kami telah membentuk satu komuniti untuk anggota-anggota kami berkongsi pengetahuan dan pengalaman, mencipta peluang perniagaan dan kolaborasi yang bakal terjalin."

"Global Atelier Sdn Bhd ialah salah satu daripada pelanggan jangka panjang kami dan sepanjang lapan tahun kebelakangan ini kami telah berpeluang untuk melihat pertumbuhannya sebagai sebuah syarikat, membina hubungan dengan beberapa pelanggan kami yang lain di Centrepoint South Centre. Pasukan kami akan terus mewujudkan lebih banyak acara sosial dan perniagaan di ketiga-tiga pusat untuk pelanggan kami membina komuniti Arcc Spaces di Kuala Lumpur."

Untuk maklumat lanjut mengenai Global Atelier Sdn Bhd, sila kunjungi: https://www.facebook.com/fredperrymy

Untuk maklumat lanjut mengenai Arcc Spaces, sila kunjungi: https://www.arccspaces.com/

Latar Belakang Arcc Spaces

Arcc Spaces ialah jenama ruang kerja bersama dengan 16 lokasi di Asia yang bekerjasama dengan syarikat-syarikat korporat untuk mentransformasikan cara mereka bekerja dan memacu inovasi melalui jaringan ruang berpandukan hospitaliti. Beribu pejabat di Singapura, Arcc Spaces mempunyai lokasi di Malaysia, Beijing, Shanghai dan Hong Kong. Kami memberi akses kepada himpunan hab perniagaan, ruang istirehat dan makmal yang direka bentuk dengan indah yang berasaskan projek-projek mercu tanda di seluruh bandar pintu gerbang dunia untuk memperkasa pemimpin-pemimpin masa kini untuk bertemu, bekerjasama, belajar dan mengakses bakat serta peluang. Arcc Spaces merupakan sebahagian daripada Arcc Holdings, sebuah syarikat hartanah dan hospitaliti bersifat transformatif yang membangunkan dan mengendalikan pelbagai konsep dalam bidang 'Kerja, Hidup dan Bermain' ('Work, Live and Play'). Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi https://www.arccspaces.com

Source: Arcc Spaces
Keywords: Commercial Real Estate Overseas Real Estate (non-US) Real Estate Retail Contracts