omniture

Zoomlion Pupuk Semangat Kesukanan dengan Sokong Atlet Generasi Lebih Muda dan Bina Kemudahan Sukan

Zoomlion
2021-07-23 17:01 67

CHANGSHA, China, 23 Julai 2021 /PRNewswire/ -- Zoomlion Heavy Industry Science & Technology Co., Ltd. ("Zoomlion", 1157.HK), sebuah perusahaan pembuatan peralatan canggih yang terkemuka, memupuk semangat kesukanan melalui sokongan untuk atlet-atlet berbakat China.

Selama lebih 17 tahun berturut-turut, Zoomlion telah menyokong pasukan angkat berat Hunan untuk meraih tempat teratas di podium. Pada tahun 2020, syarikat ini menyumbang lebih daripada RMB 1 juta (US$ 154,340) kepada pasukan angkat berat dan merancang untuk menyumbang RMB 1 juta (US$ 154,340) lagi pada bulan Ogos 2021.

"Di Zoomlion, kami menerapkan semangat kesukanan dan percaya bahawa perkara paling penting dalam hidup bukan sahaja untuk menang, tetapi untuk mengambil bahagian. Kami memperkasa semua atlet untuk mencapai impian mereka, bermula daripada penggemar hinggalah mereka yang beraksi di peringkat tertinggi," kata Li Jiangtao, presiden Trade Union of Zoomlion.

Zoomlion turut menganjurkan siri acara Youth Fun Run merentas pelbagai bandar di China untuk memupuk minat terhadap sukan dalam kalangan generasi atlet yang seterusnya. Acara yang paling terkini diadakan di Orange Isle Changsha pada 19 Jun menarik lebih 500 peserta.

Kakitangan Zoomlion dari seluruh dunia turut memupuk semangat kesukanan dengan mengambil bahagian secara kerap dalam aktiviti-aktiviti sukan berkumpulan. Di Australia, pasukan Zoomlion mengembara berjalan kaki di Kokoda Track Memorial Walk di Dandenong, Victoria. Sementara itu, di Asia Tenggara, pejabat Malaysia Zoomlion menubuhkan sebuah pasukan bola keranjang dan kerap bermain dalam permainan tempatan manakala pasukan Thailand bermain badminton pada setiap hari Selasa dan Sabtu.

Sebagai sebuah perusahaan pembuatan peralatan, Zoomlion turut membantu dalam pembinaan projek-projek stadium sukan yang utama. Syarikat berkenaan memainkan peranan penting dalam pembangunan stadium utama tersebut untuk FIFA World Cup Qatar 2022™; Samara Arena, Volgograd Arena dan Saransk Mordovia Arena untuk 2018 FIFA World Cup Russia™; Guangzhou F.C Tianhe Stadium; Leshan Olympic Center; dan Chengdu 2021 31st Summer Universiade Sports Center.

Menerusi dedikasinya yang berterusan terhadap kejayaan atlet dan semangat kesukanan, Zoomlion komited untuk membentuk masa depan sukan di China dan luar negara. Bermula daripada atlet elit hinggalah kakitangan dan komuniti yang lebih luas, semua orang digalakkan untuk bergerak lebih cepat, memasang impian yang lebih tinggi dan menjadi lebih kuat dengan sokongan yang tidak berbelah bahagi daripada Zoomlion.

Source: Zoomlion
Related Stocks:
HongKong:1157 OTC:ZLIOY
Related Links:
Keywords: Mining/Metals Sporting Events Sports Transportation Corporate Social Responsibility