omniture

Sinopec Tutup Urus Niaga Perjanjian Pukal Pertama Pasaran Karbon Negara China

SINOPEC
2021-07-23 17:41 45

BEIJING, 23 Julai 2021 /PRNewswire/ -- China Petroleum & Chemical Corporation (HKG: 0386, "Sinopec") berjaya menutup urus niaga perjanjian pukal pertama bagi pasaran karbon negara China pada 21 Julai, membeli 100,000 tan kuota emisi karbon daripada China Resources Group. Bagi setiap data urus niaga rasmi yang didedahkan oleh Shanghai Environment and Energy Exchange (SEEE), ia merupakan urus niaga perjanjian pukal pertama sejak pelancaran rasmi pasaran karbon negara China dan merupakan satu-satunya urus niaga perjanjian pukal pada hari tersebut.

Sinopec Tutup Urus Niaga Perjanjian Pukal Pertama Pasaran Karbon Negara China, membeli 100,000 tan kuota emisi karbon daripada China Resources Group.
Sinopec Tutup Urus Niaga Perjanjian Pukal Pertama Pasaran Karbon Negara China, membeli 100,000 tan kuota emisi karbon daripada China Resources Group.

Sejumlah 17 subsidiari Sinopec mempunyai loji janakuasa bekalan kendiri mereka dimasukkan dalam pasaran karbon negara, antaranya ialah empat buat syarikat iaitu Sinopec Shengli Oilfield, Sinopec Maoming Petrochemical, Sinopec Shanghai Petrochemical dan ZTHC Energy, yang mengambil bahagian pada hari pertama perdagangan karbon. Perniagaan perdagangan karbon Sinopec dikendalikan oleh subsidiari milik penuhnya China International United Petroleum & Chemicals (UNIPEC) sebagai badan operasi utama yang menjalankan urus niaga syarikat-syarikat secara seragam dalam sistem Sinopec menerusi pasaran karbon negara.

Sinopec mengambil bahagian secara aktif dalam pewujudan pasaran karbon perintis dan pasaran karbon negara China, menjalankan pemeriksaan emisi karbon dalam seluruh sistem dan menubuhkan sistem perakaunan data emisi karbon pada tahun 2012 dan memulakan pembinaan sistem maklumat pengurusan aset karbon pada tahun 2015 untuk meningkatkan kecekapan perakaunan emisi karbon dan ketepatan data dengan berkesan. Syarikat-syarikat perintis Sinopec kesemuanya telah memenuhi tugas pematuhan kuota karbon mereka sepenuhnya dan mengumpul pengalaman yang luas untuk menembusi pasaran karbon negara.

Sinopec berusaha tanpa henti ke arah matlamat sifar bersih. Industri tenaga dan kimia merupakan bidang tugas yang penting untuk China bagi mencapai emisi karbon puncak dan membina pasaran karbon. Pada tahun 2020, Sinopec mencadangkan pembinaan syarikat kimia tenaga bersih yang utama di dunia dan buat julung kalinya, "kebersihan" diterapkan ke dalam visi dan matlamat syarikat.

Syarikat ini membina susun atur industri iaitu "satu asas, dua sayap dan tiga aspek baharu" dengan usaha yang bersungguh-sungguh, meletakkan asas kukuh dengan sumber tenaga, mengukuhkan "dua sayap" untuk meningkatkan kualiti minyak yang bersih dan pembangunan industri moden serta meluaskan "tiga aspek baharu" iaitu meneroka tenaga baharu, bahan baharu dan ekonomi baharu.

Seperti yang dicadangkan oleh China untuk mencapai emisi karbon puncak pada tahun 2030 dan mencapai keneutralan karbon menjelang tahun 2060, Sinopec mempercepatkan pembinaan sistem bekalan tenaga bersih, rendah karbonnya, meningkatkan penyesuaian struktur industri dan tenaga serta meneruskan pengurangan emisi gas rumah hijau. Sinopec akan mengurangkan intensiti emisi metana tahunan sebanyak 50 peratus menjelang tahun 2025 dan dalam masa yang sama membina hutan neutral-karbon, stesen minyak neutral-karbon dan model-model tersendiri yang lain bagi mencapai keneutralan karbon menjelang sasaran China dan menyumbang untuk memberi sumbangan baharu bagi menangani perubahan iklim global.

Pasaran karbon ialah pasaran yang mana hak emisi karbon dioksida dan gas rumah hijau yang lain didagangkan sebagai komoditi bagi mencapai matlamat emisi gas rumah hijau mengawal keseluruhan. Ia menerima pakai mekanisme pasaran untuk mengawal dan mengurangkan emisi serta menggalakkan pembangunan ekonomi dan merupakan satu inovasi institusi penting bagi transformasi mesra alam dan rendah karbon.

Sila kunjungi Sinopec untuk maklumat lanjut.

Latar Belakang Sinopec

Sinopec Corp. ialah salah sebuah syarikat tenaga dan kimia bersepadu yang terbesar di China. Operasi utamanya merangkumi penerokaan dan pengeluaran, pengangkutan saluran paip dan penjualan petroleum dan gas asli; penjualan, penyimpanan dan pengangkutan produk petroleum, produk petrokimia, produk kimia arang batu, gentian sintetik, baja dan produk kimia lain; import dan eksport, termasuk perniagaan agensi import dan eksport, petroleum, gas asli, produk petroleum, produk petrokimia dan kimia, serta komoditi dan teknologi lain; dan juga penyelidikan, pembangunan dan aplikasi teknologi dan maklumat.

Sinopec menetapkan untuk 'mendorong kehidupan yang indah' sebagai misi korporatnya, meletakkan 'orang ramai, tanggungjawab, integriti, kejituan, inovasi dan saling menguntungkan' sebagai nilai teras korporatnya, mengejar strategi berorientasikan nilai, pembangunan yang didorong oleh inovasi, peruntukan sumber bersepadu, kerjasama terbuka dan pertumbuhan hijau dan rendah karbon serta berusaha untuk mencapai visi korporatnya bagi membina sebuah syarikat tenaga dan kimia yang terkemuka di dunia.

Source: SINOPEC
Related Stocks:
HongKong:0386 NYSE:SNP
Keywords: Alternative Energies Environmental Products & Services Oil/Energy Utilities Corporate Social Responsibility Licensing/marketing agreements