omniture

Geekvape dan Paris Saint-Germain Umum Perkongsian Rasmi

SHENZHEN GEEKVAPE TECHNOLOGY CO., LTD
2021-07-26 08:48 15

SHENZHEN, China, 26 Julai 2021 /PRNewswire/ -- Pada 23 Julai (GMT+8), sebelum musim Ligue 1 yang baharu bermula, Geekvape, jenama vape yang terkenal di dunia dan Paris Saint-Germain, sebuah nama besar bola sepak Eropah, bersama-sama mengumumkan perkongsian rasmi bermula daripada musim 2021-2022. Ini merupakan kali pertama dalam sejarah bahawa 'gergasi' bola sepak bekerjasama dengan jenama vape. Kedua-dua pihak akan bekerjasama untuk kempen, iklan televisyen dan produk jenama bersama di negara-negara yang dibenarkan. Peminat Geekvape di seluruh dunia juga berpeluang untuk melihat pasukan ini dalam kehidupan sebenar.

GEEKVAPE AND PARIS SAINT-GERMAIN ANNOUNCE OFFICIAL PARTNERSHIP
GEEKVAPE AND PARIS SAINT-GERMAIN ANNOUNCE OFFICIAL PARTNERSHIP

Keanggunan dan Kecemerlangan

"Geekvape sentiasa mengikuti konsep jenama 'Cinta Hidup' ('Love of Life') dan membina pengalaman hidup yang cemerlang, sementara Paris Saint-Germain terkenal kerana permainan bola sepak yang elegan," kata Allen Yang, Ketua Pegawai Eksekutif Geekvape Technology. "Dalam sektor-sektor mereka sendiri, Geekvape dan Paris Saint-Germain berkongsi semangat yang sama terhadap 'Kecemerlangan' dan 'Keanggunan'. Berdasarkan kepada idea umum ini, kami telah bergabung pada hari ini. Enam tahun setelah penubuhannya, Geekvape berkembang menjadi jenama antarabangsa yang menawarkan perkhidmatan kepada berjuta-juta pengguna di seluruh dunia. Kerjasama dengan Paris Saint-Germain merupakan langkah penting dalam penaiktarafan strategik jenamanya dan dalam masa yang sama akan menarik minat lebih ramai pengguna untuk merasai tenaga positif yang dibawa oleh sukan bola sepak melalui keajaiban bola sepak Paris Saint-Germain."

Marc Armstrong, Ketua Pegawai Perkongsian Paris Saint-Germain berkata: "Kami dengan berbesar hati menyambut Geekvape ke dalam keluarga Paris Saint-Germain. Geekvape ialah jenama Cina inovatif dengan cita-cita seluruh dunia. Kami berkongsi keazaman yang sama untuk menyatukan kecemerlangan dan keanggunan. Kami tidak sabar-sabar untuk bekerjasama bagi membangunkan kempen yang kreatif."

Latar Belakang Geekvape 

Geekvape, ditubuhkan pada tahun 2015, ialah sebuah syarikat teknologi inovatif yang beribu pejabat di Shenzhen, China. Misi Geekvape adalah untuk membina pengalaman kehidupan kreatif dan memberi pengalaman produk yang andal. Setelah sekian lama, Geekvape terus mencipta dan berfikir dengan cara yang berbeza, bertujuan untuk membawa impak yang positif kepada masyarakat.

Latar Belakang Paris Saint-Germain 

Kelab bola sepak Paris Saint-Germain ditubuhkan pada tahun 1970 dan menyambut ulang tahun ke-50nya pada tahun 2020. Sejak pembelian kelab tersebut oleh QSI pada tahun 2011, ia telah berubah menjadi salah sebuah kelab bola sepak terunggul dan jenama sukan global di dunia. Sejak itu, kelab ini selanjutnya memenangi 27 trofi hanya dalam tempoh sepuluh tahun, 43 dalam sejarahnya, lalu menjadi kelab bola sepak yang paling berjaya di Perancis. Paris Saint-Germain telah menarik minat ramai pemain hebat termasuk Ronaldinho, Beckham, Ibrahimovic dan ketika ini, Neymar Jr dan Mbappé, kedua-duanya tersenarai antara pemain yang terbaik di dunia. Populariti antarabangsa kelab ini tidak pernah berhenti berkembang. Kini, ia merupakan salah sebuah kelab yang paling banyak diikuti di dunia, berkembang daripada sifar pengikut menjadi sebuah komuniti dengan lebih 100 juta pengikut media sosial hanya dalam tempoh sepuluh tahun. Kelab sukan perintis ini yang kini merangkumi bola sepak lelaki, bola sepak wanita, bola baling dan judo menambah e-sukan pada tahun 2016. Menyumbang kembali kepada masyarakat merupakan asas bagi kelab ini yang membuat peningkatan drastik kapasiti Yayasannya bagi membangunkan program-program besar untuk golongan belia yang kurang bernasib baik.

Source: SHENZHEN GEEKVAPE TECHNOLOGY CO., LTD
Related Links:
Keywords: Sporting Events Sports Tobacco Contracts Licensing/marketing agreements MAT (Mature Audience)